Friday, May 20, 2011

Saya nak solat di stadium, kapten jadi imam

Saya nak solat di stadium, kapten jadi imam

Welcoming you, kitty!

As-salam =)

Hehe.. banyak betul entri hari ini! Nampak sangat aku punya banyak waktu yang terluang.. a.k.a tak study lagi! Haha.. tu sudah pasti lar kan? Dalam entri another pet aku ada mention yang akan finally adopt kucing. And now I do have pet cat! **hooray!!** for me!

Enjoy the snapshots!

Hari 1: Namanya 'Lazy'!

Hari 2: Nama ditukar ke 'Bairly' (idea Shasha!)

Bairly dan taman permainan. Termenung apa tu?

Hari 3: Aku pula tukar nama dia sebagai 'kunyit'! haha..

Hari 4: Baru reti nak gigit tikus tu! Kalau tak dibuatnya as bantal peluk!

Kucing ni bukanlah fully baka persian cat. Ada la baka dua-dua belah ibu-bapa dia. Haha... bulu panjang je lebih tapi bila kasi mandi, huh! cekeding wa cakap lu! Haha.. kalau korang perasan la kan... nama dia makin hari makin bertukar-tukar kan? Lazy la, Bairly la... ada lagi sebenarnya! Shasha kadang2 panggil dia ni 'Daisy' 'cause Shasha tak reti nak tengok betina-jantan. But, finally kami panggil 'adik' jek! Aku mula panggil dulu sebab pada aku dia ni macam adik bongsu dalam family. Tak sangka panggilan tu diterima ramai. Memang adik bongsu lar... sebab:

  1. Tempat tidur demand! - jenis kucing yang suka sejuk! suka tidur dalam bilik yang ada air-cond! So, malam-malam akan tidur dengan kami. Sangkar yang kami beli tak guna pun!
  2. Tak akan berak selagi pasir tak dibersihkan! - Haha... demand kan? Tapi bagus jugak la 'cause walaupun tak dibersihkan, dia tak berak sepah2. In fact, dia tak akan berak.
  3. Makanan mau basah! - Ni lagi satu hal. Makanan dia mesti demand yang jenis basah punya. Of course la tak layan sangat perangai dia ni takut nanti banyak songeh pula di kemudian hari! cuma tetap beli makanan basah. kasi makan pagi2 je. masa2 lain dia akan dipaksa makan makanan kering. Oh ya! Cap mesti mau kena dengan selera. Lupa cap apa adik suka!
Agak demand lar jugak kan? Mama saja layan selera dia sebab nak bagi naik sikit badan dia tu. Kasi gemuk sikit then sayonara makanan basah! 

Oh ya! Ingat tak pet tortoise Appa & Momo? Sekarang ni dah jadi tortoise Damansara! Haha... good luck la hangpa! .. kakak malas nak tukar2 air, kasi makan, so Appa & Momo were adopted by Kak Pija (housemate kakak). Tak apa! Kak Pija rajin! Jernih masa depan tortoise aku... =)

Oh, my bakso! Finally I found you!

As-salam =)

Bakso?? Errk.. sedap ke?

Bakso versi foodcourt Butterworth

Belum cuba, belum tahu! 
Ini bakso pertama aku untuk tempoh 21 tahun. 
Reaksi aku? "Uniknya!"
Bakso, lebih kurang je dengan mi/bihun sup ..
Cuma tambah meatball ajek!
dan dimakan dengan cilipadi dan kicap
Harganya?? RM5.00 sahaja!
Sangat mahal untuk para pelajar di hujung semester macam aku!
Tapi, nak buat macam mana! .. teringin! Hehe..

Bawah ni adalah resepi bakso yang aku search kat internet. Aku saja cari coz nak tahu bakso ni yang original macam kat Indonesia or modified. So, terjawab sudah pertanyaan aku. Ini bakso yang sudah dimodifikasi, and technically this is sort of Malaysian version of bakso (yet, made by Indonesian ok!).

Bahan-bahan ( 7-8 org )

  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Taugeh
  • Kobis dihiris halus
  • *UTK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam
  • *UTK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa

Cara-cara

  1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
  5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa.... 
**Macam sedap! Mesti cuba!

Pirates of Carribean - On stranger tides

As-salam =)

I suppose to be at home yesterday, but last minute change of decision lead me to Sunway Carnival, Penang. Fendi and I, we went for a movie, new release entittle, PIRATES OF CARRIBEAN - ON STRANGER TIDES. Well, as always... **HOORAY** for POC!=) I don't really follow POC (it was my first) and I am not a 'movie-manic', just a unplanned date.



It was a good and an interesting to be watched. Seriously, POC's fans, MUST WATCH this! I totally fall in love with it. =)


p/s: I am not planning to write a long entry or something, just too much boredom! I suppose to be at home by now, avoiding the discomforts and heart-ache. Heart, be happy, please!




Sunday, May 15, 2011

6 perkara yang Allah S.W.T sembunyikan

SETELAH ALLAH SWT SELESAI MENCIPTAKAN JIBRAIL AS DENGAN BENTUK YANG CANTIK, DAN ALLAH MENCIPTAKAN PULA BAGINYA 600 SAYAP YANG PANJANG, SAYAP ITU ANTARA TIMUR DAN BARAT (ADA PENDAPAT MENYATAKAN 124,000 SAYAP). SETELAH ITU JIBRAIL AS MEMANDANG DIRINYA SENDIRI DAN BERKATA:



"WAHAI TUHANKU"

* ADAKAH ENGKAU MENCIPTAKAN MAKHLUK YANG LEBIH BAIK DARIPADA AKU?

* LALU ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD..."TIDAK"

* KEMUDIAN JIBRAIL A.S BERDIRI SERTA SOLAT DUA RAKAAT KERANA SYUKUR KEPADA ALLAH SWT. DAN TIAP-TIAP RAKAAT ITU LAMANYA 20,000 TAHUN. SETELAH SELESAI JIBRAIL AS SOLAT,

* MAKA ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD




"WAHAI JIBRAIL, KAMU TELAH MENYEMBAH AKU DENGAN IBADAH YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH, DAN TIDAK ADA SEORANG PUN YANG MENYEMBAH KEPADAKU SEPERTI IBADAT KAMU, AKAN TETAPI DI AKHIR ZAMAN NANTI AKAN DATANG SEORANG NABI YANG MULIA YANG PALING AKU CINTAI, NAMANYA MUHAMMAD, DIA MEMPUNYAI UMAT YANG LEMAH DAN SENTIASA BERDOSA SEKIRANYA MEREKA ITU MENGERJAKAN SOLAT DUA RAKAAT YANG HANYA SEBENTAR SAHAJA, DAN MEREKA DALAM KEADAAN LUPA SERTA SERBA KURANG, FIKIRAN MEREKA MELAYANG BERMACAM-MACAM DAN DOSA MEREKA PUN BESAR JUGA. MAKA DEMI KEMULIAANKU DAN KETINGGIANKU, SESUNGGUHNYA SOLAT MEREKA ITU AKU LEBIH SUKAI DARI SOLATMU ITU KERANA MEREKA MENGERJAKAN SOLAT ATAS PERINTAHKU, SEDANGKAN KAMU MENGERJAKAN SOLAT BUKAN ATAS PERINTAHKU"




* KEMUDIAN JIBRAIL A.S BERKATA

"YA TUHANKU, APAKAH YANG ENGKAU HADIAHKAN KEPADA MEREKA SEBAGAI IMBALAN IBADAT MEREKA?"

* LALU ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD



"YA JIBRAIL, AKAN AKU BERIKAN SYURGA MA'WAA SEBAGAI TEMPAT TINGGAL...."



* KEMUDIAN JIBRAIL AS MEMINTA IZIN KEPADA ALLAH UNTUK MELIHAT SYURGA MA'WAA. SETELAH JIBRAIL AS MENDAPAT IZIN DARI ALLAH SWT MAKA PERGILAH JIBRAIL AS DENGAN MENGEMBANGKAN SAYAPNYA DAN TERBANG, SETIAP DIA MENGEMBANGKAN DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH MALAIKAT JIBRAIL AS SELAMA 300 TAHUN SEHINGGA IA MERASA LETIH DAN LEMAH DAN AKHIRNYA DIA TURUN SINGGAH BERTEDUH DI BAWAH BAYANGAN SEBUAH POHON DAN DIA SUJUD.

* KEPADA ALLAH SWT LALU IA BERKATA DALAM SUJUD ;

* "YA TUHANKU APAKAH SUDAH AKU MENEMPUH JARAK PERJALANAN SETENGAHNYA ATAU SEPERTIGA, ATAU SEPEREMPATNYA?"

* KEMUDIAN ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD




"WAHAI JIBRAIL, KALAU KAMU DAPAT TERBANG SELAMA 3000 TAHUN DAN MESKIPUN AKU MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADAMU SEPERTI KEKUATAN YANG ENGKAU MILIKI, LALU KAMU TERBANG SEPERTI YANG TELAH KAMU LAKUKAN, NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SAMPAI KEPADA SEPERSEPULUH DARI BEBERAPA PERPULUHAN YANG TELAH KUBERIKAN KEPADA UMAT MUHAMMAD TERHADAP IMBALAN SOLAT DUA RAKAAT YANG MEREKA KERJAKAN..."

MARILAH SAMA2 KITA FIKIRKAN DAN BERUSAHA LAKUKAN.. SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN ENAM PERKARA IAITU ;




* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN REDHA-NYA DALAM TAAT

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN MURKA-NYA DI DALAM MAKSIAT

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN NAMA-NYA YANG MAHA AGUNG DI DALAM AL-QURAN

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN LAILATUL QADAR DI DALAM BULAN RAMADHAN

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN SOLAT YANG PALING UTAMA DI DALAM SOLAT (YANG LIMA WAKTU)

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN (TARIKH TERJADINYA) HARI KIAMAT DI DALAM SEMUA HARI




SEMOGA KITA MENDAPAT BERKAT DARIPADA ILMU INI.
WALLAHUALAM
KALAU RAJIN... TOLONG SEBARKAN CERITA INI KEPADA SAUDARA MULIM MUSLIMAT YANG LAIN AGAR MENJADI RENUNGAN DAN PELAJARAN KEPADA KITA SEMUA. ILMU YANG BERMANFAAT IALAH SALAH SATU AMAL YANG BERKEKALAN BAGI ORANG YANG MENGAJARNYA MESKIPUN DIA SUDAH MENINGGAL DUNIA.....

*****************
Dipetik dari notes sorang hamba Allah S.W.T.

Saturday, May 14, 2011

Be strong, dear!

As-salam =)

Life is not easy as we expected..
and can turned out to be miserable as it can be!

Cik Puteh & Cik Merah
So, be strong, my dear!
I will always be there for you ...
.. through rough and happy time!
I may not help much, but I wish my presence can ease and bring smile to you =)


Babah & durian =)

As-salam =)

I simply can't resist durian! Oh, the sweet and strong smell of the durian could just blow me away! I mentioned about buying durian to mother on the first day at home. But, as always a mother would say.. "Xde duit la! Bulan ni banyak pakai duit. Tunggu babah balik." .. and I certainly do not blame her for that. Money really is like running water, keep on flowing.

But, as for today, babah insisted mother to go out and find me some durians. So, grateful! Alhamdulillah. They went out again after Maghrib just to feed and serve me durians for dinner. Am I lucky or what?

Well, I didn't really have the picture of my favorite fruit now. But I am pretty sure that everybody knows how durian looks like, aite? .. and it's not necessary to attach one.

But it sure one special durian, though! =)

Thanks, dear babah! There's no other father like you .. <3

Saturday, May 7, 2011

Stop all the madness! I admit it my fault.

As-salam =)

Makin hari, makin lupa pula tujuan asal join blogging nih.. Bukan untuk tambah stress atau meringankan mulut, tapi untuk kongsi pengetahuan-pengetahuan am yang aku search or appear. So, nampak sangat lari dari niat asal kan? 

Punca kepada masalah ini ialah:
  1. Jati diri tak kukuh (biasalah, dah nama pun orang Melayu!)
  2. Jati diri kurang kukuh (orang melayu suka berpura-pura pandai, biasalah!)
  3. Jati diri yang sangat kurang kukuh (no komen!)
  4. Tak ada pendirian yang tetap
  5. Tak ukur baju di badan sendiri
  6. Berharap jadi orang lain (ye keh??)
Macam banyak je masalah ni? Ok lah, mula muhasabah diri sendiri. Kenapa keadaan semakin meruncing? Ok, dah faham! Salah diri sendiri yang makin lama makin lantang bersuara dan suka jaga tepi kain orang.
It's ok .. terima kasih kerana menyedarkan aku sebelum aku makin hanyut. Grateful to have you! Honestly, yang sudah tu sudah. Kalau itulah pandangan orang terhadap aku, maksudnya akulah yang makin hari makin pelik.

Cara penyelesaian:
  1. Alihkan perhatian
  2. Kukuhkan jati diri (eerr.. boleh keh?) ** Payah2 sangat, tutup aje akaun ni! Kan senang? 

Ok, back to live a normal life! =)

Dear Maizatul Suraya, no need to sakit-sakit kepala, dear. Ini bukan masalah orang Melayu, cuma masalah diri aku sendiri yang berkecelaruan. Maklumlah, musim-musim baligh ni! Kau pun of course faham kan sayang? Aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab kadang-kadang aku terstep in to your life, mempengaruhi fikiran kau dengan mencadangkan idea-idea yang tak sepatutnya. Won't happen again, ok sayang? Let's get back to our normal life.

Kepada Mimosa San,
Aku pun nak minta maaf kat kau atas segala salah dan silap aku. Maafkan aku. Kalau nak specifickan, banyak dosa aku kat kau. Ok? Kalau aku boleh baiki diri sendiri, kau pun boleh. Kita semua boleh! =) Cuma perlukan semangat yang kuat. Itu aje!

What a relief! =) 

Honestly, please slap me!

As-salam =)

Frankly, i hate that kind of attitude, yet it really suits you best ~ bcoz it draws attention to you like you hardly want it to be! and honestly, if i ever mention about helping, pity or sympatise .. , please slap me on the face ok? I don't mind having scars on my face rather than bleed my heart, tore my head... again!

God, for once please .. let me forget! keep it away from me.

Dah biasa dah.

As-salam =)

Saya dah tak ada apa-apa untuk dikatakan lagi. Saya sangat terkilan dengan sikap macam tu. Dari dulu sampai sekarang memang tak pernah nak berubah. Kalau perlukan sangat-sangat baru dicari. Itu pun untuk kesenangan sendiri. Sejujurnya, saya sangat sedih! 

Tak apa. Peringatan untuk diri sendiri.

Sekian.

Thursday, May 5, 2011

I wish I have guts.

As-salam, again! =)

Really hoping that I have the guts to tell you that:
  1. You are not always right.
  2. You act too stupid sometimes.
Am I really gonna do that? Of course not! Siapalah saya. Pacar yang hina, rendahnya martabatku. Hey, be happy lar .. less a burden! Stick that in mind~ OK? No need too emotional entry, no need an emotional entry .. just an emoticon will do .. =)

HAPPY, live today like it your last day!
Mom will understand! 

Six questions to ponder in choosing a life partner

As-salam, and a very good morning .. =)

This is actually not my write. Remember Dr. Ben Kim I mention earlier on the entry about how to make/cook a healthy omelette? Hah, here is what he shared with me on April 27th, 2011. Enjoy! 

............................................


I've long felt that choosing a life partner should be a subject that is thoroughly discussed sometime in high school and perhaps even in university. It amazes me that so little time, if any, is given to considering this topic on a meaningful level in school. Near as I can tell, it's probably the single most important decision that all of us can make. My take is that most people who get married in modern society don't have the foresight and life experience needed to make the best possible choice. I'm sure that some people do think things out to a degree that would make Dr. Phil and Oprah proud, but from my little spot on the planet, it looks like most of us, myself included, rely mainly on our instincts to choose the one person we want to be with forever. And why wouldn't we? Society teaches us that love is what matters. Love is the only thing that matters. And what is love? Isn't it that special feeling that occupies your thoracic cavity and makes you feel blissfully alive? Well, here are some thoughts that I would like my loved ones to consider in choosing a life partner:

Do you like him?

To me, it's not about if you love him. It's if you actually like him.
The challenge is in knowing if what you are feeling is genuine like as opposed to fool's like, which I think is really just a symptom of being intoxicated with lust (which I don't have anything against - I just wouldn't recommend choosing a life partner with fool's like being a primary source of fuel to maintain a healthy relationship).
How do you know if you genuinely like and admire him? Ask yourself if you would want your child or future child to marry someone like him. And in answering this question, think about how he consistently behaves, not what he says.
As most of us know, feelings of "being in love" come and go. I wouldn't want to rely on such feelings to keep my life partnership healthy and intact. Much better, I think, to have a foundation of genuine like in place. Because ultimately, we want to spend our time with those we genuinely like.

Why do you like her?

Being drop dead gorgeous, having a trust fund, and taking good care of you are all weak reasons to like someone. They belong in the what she can do for mecategory, which includes the need-to-have-a-trophy-partner-by-my-side-so-that-I-feel-less-like-the-troll-that-lives-deep-within-me reason. Not a very solid foundation.
She can make you laugh your socks off? You admire the way she treats others, especially in instances when she is unaware that you are aware of what she is doing? She inspires you to strengthen your character? You respect her work ethic? Here and there, she blows you away with her thoughts? Now we're talking about some power fuel to sustain feelings of respect, genuine like, and even adoration for a lifetime.

Do you have the same basic attitudes and beliefs about religion?

Specifically, do both of you have about the same tolerance level for other people's beliefs? If not, think carefully about how this might affect the way that you feel about raising your children together.

Speaking of children...

Do both of you have similar feelings on having or not having children? If both of you want to have children, do you have a good inkling of what type of parent your partner would make?

Are you relatively clear on how much time you would like to spend with parents, siblings, relatives, and friends on both sides of your family?

If you're the type that would absolutely love having your parents in their golden years living next door or at least in the same town, I would suggest making this perfectly clear and asking your potential life partner to give this careful consideration and letting you know how it sits with him or her.
I imagine that very few life experiences can create more sorrow than not being able to spend time with your loved ones or, on the other side of the fence, being forced to spend time with people who make it clear through their behavior that they don't cherish you.

Do you have similar money values?

What do both of you like to spend your money on? Do you spend the bulk of your money on things or experiences? How much do you spend on items and experiences that aren't essential to your survival? How much do you like to save?
***
Those are the big ones for me. They're the issues that rise above the inevitable squabbles that accompany all life partnerships and float around in potential deal-breaker territory.
To be clear, if you just don't like who the other person is (not as obvious as you'd think or hope in the honeymoon phase), if you don't really laugh together, if you don't have the same basic attitudes about religion, having children, raising children, other family members, close friends, and money, you have one or more deal-breakers staring you in the face.
And people who genuinely care for you won't want to hear "but I love him." Because they'll be able to see what you can't see in the moment; that what you have isn't the kind of love that can sustain a healthy life partnership; it's something else that will probably make you want to punch yourself in the face a few times every day for the rest of your life beginning in the near future.
Okay, I'm getting carried away, but hopefully, my thoughts on this topic are clear. And for sure, they're just my thoughts, things that I hope my loved ones consider before they choose to get married, should they decide that marriage is for them.

..............................................................

It's pretty obvious that he's really good at this. Don't you think? 

Monday, May 2, 2011

Tips to excel in exam

As-salam =)

Hi! My beloved friends. I'm here today is just intend to ask you guy an ordinary and conventional interrogation. Have you ever experienced any melancholy of feel when you have spent your entire high-peak hour or even night shift time just for studying? However, the CGPA/ result which attain was not a satisfactory level? In accordance with this, I am very sure most of you will definitely response to me with a positive answer "YES". This is just the mainstream of my topic today. 

In this magnificent hour, I would like to ask permission from you all in order to lend me some time for me to elucidate and share with you this superior and outstanding system. Before I really get into topic, try to flashback the latest exam encounter. How do you really confront and handle it?? Are you did exactly what I have done before?? Switch off the TV and radio, scold your brother or sibling who are making unpleasant sound whenever you try to concentrate in order to establish a quiet environment? I think you did it and frequently. 

Actually is not a faulty action, it is just an impractical motion. You see, in this world everyone is trying to attain the zenith of life or I should say try to achieve the acme of mission. And I am very sure you too encompass in this circumstance. However, in order to strike these result, many and various of step we need to go through and this which make us confuse and don't know where to start and how to originate from. Nowadays, people are very zealous and keen to the word SUCCESS. Since this, I would like to take this enchanted moment to share with you this genius choice.

Sunday, May 1, 2011

Perhatikan 25 tanda ini pada anda!

As-salam =)

Maaf, kalau hari ni banyak sangat entri yang aku post kan. Bukan berniat untuk annoyed kan sesiapa, cuma niat nak berkongsi ilmu yang pada pandangan aku amat berguna! Tapi sayangnya, tak boleh copy and paste. Ini link ke laman sesawang tu ..


Semoga ilmu ni membantu! =)

**Serius, wajib baca!

Makan di luar - Pilih secara bijak!

As-salam =)


MAKAN DI LUAR
PILIH SECARA BIJAK
MAKAN UNTUK KESIHATAN


Nikmati makanan untuk kesihatan
Makan cara sihat membantu mengurangkan risiko terhadap penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, kanser (barah), sembelit, obesiti dan kerosakan gigi. Dengan memakan pelbagai jenis makanan mengikut cara yang betul, mengamalkan senaman dengan tetap menghindari dari minum minuman keras dan tidak merokok, akan menjadikan hidup anda lebih baik dan sihat.
Membeli makanan yang telah siap dimasak atau makan diluar merupakan cara yang mudah tetapi biasanya makanan tersebut mengandungi lemak dan garam yang tinggi dan kandungan fiber (serat) yang rendah.
Ia tidak menjadi masalah jika anda jarang makan di luar tetapi jika anda selalu makan di luar, buatlah pilihan makanan dengan bijak mengikut garis panduan berikut :
·         Nikmatilah makanan anda
·         Pelbagaikan pilihan makanan berpandukan piramid makanan
·         Banyak memakan makanan yang kaya dan diperbuat dari bijirin dan ubi
·         Tambahkan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
·         Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
·         Pilih makanan yang mengandungi kurang gula dan garam
·         Pilih minuman yang tidak bergula
·         Pilihlah gerai, restoran atau tempat makan yang bersih bagi menjamin makanan yang selamat
·         Makan untuk keperluan bagi mencapai berat badan yang sesuai
Cara mengamalkannya
Nikmatilah makanan anda
Makan di luar telah menjadi perkara biasa bagi penduduk Malaysia. Amatlah penting bagi memastikan makanan tersebut berkhasiat di samping kenikmatannya. Dengan mempelbagaikan pilihan makanan akan memastikan badan anda memperolehi zat-zat yang diperlukan. Jangan hanya makan satu jenis makanan dengan banyak. Tiada makanan yang perlu dihindari kecuali atas sebab-sebab kesihatan. Pilihan yang bijak akan menjamin kesihatan anda dan tidak perlu untuk menghindari makanan kesukaan anda.
Jika anda ingin mengurangkan berat badan, perhatikan apa yang anda makan dan imbangkan dengan aktiviti fizikal. Pelbagaikan pilihan makanan yang rendah lemak dan tingkatkan kegiatan fizikal.
Pelbagaikan pilihan makanan anda
Makanan membekalkan tenaga dan khasiat bagi membantu kesihatan badan. Khasiat makanan adalah diperolehi dari makanan yang dimakan. Tiada satu jenis makanan yang akan memberi semua zat yang diperlukan, oleh itu pelbagaikan pilihan makanan bagi memastikan kesemua khasiat diperolehi.
Apabila memesan makanan, beritahu apa yang anda inginkan. Anda akan dapat melihat perbezaan nilai pemakanan yang wujud dalam pemilihan anda.
Anda boleh memudahkannya dengan memilih makanan dari piramid makanan setiap hari.
Makan sedikit           -           lemak, minyak dan gula

Makan sederhana - daging, ayam, ikan dan kekacang

Makan banyak -       sayur-sayuran dan buah-buahan

Makan lebih banyak -         bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian

Banyakkan makan makanan yang kaya dengan bijirin dan ubi-ubian
Kumpulan makanan ini merupakan kumpulan karbohidrat kompleks yang memberi punca utama tenaga. Ia juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan protein. Bagi memperolehi serat yang lebih, pilih lebih banyak roti mil penuh dan produk yang tidak dimurnikan jika boleh, bagi memperolehi lebih serat.

SUMBER
PILIHAN YANG BIJAK
KURANGKAN MAKAN
Nasi
Beras perang
Nasi goreng, nasi lemak, nasi briyani
Roti
Roti mil penuh, capati, roti pita mil penuh
Puri, roti canai, roti telur
Bijirin sarapan pagi
Pelbagaikan pilihan mil penuh. Contoh : bran
Bijirin yang disalut gula atau madu
Mee dan pasta
Cuba pelbagai jenis termasuk mil penuh
Mee kari, koay teow
Ubi-ubian
Pelbagaikan pilihan dari sumber ini, contoh : kentang, keledek, ubi kayu, keladi
Makanan bergoreng,
Contoh : ubi kentang goreng

Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber yang kaya dengan mineral dan vitamin. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga kurang mengandungi lemak tetapi kebanyakan kita kurang memakannya. Setiap kali makan di luar, pesan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
Setiap hidangan mesti disertai dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Makan lebih banyak sayur-sayuran berdaun hijau atau ulam
  • Pelbagaikan sayuran berkanji seperti kentang, jagung dan labu
  • Apabila memesan makanan cuba tambahkan lebih banyak sayuran dalam nasi, mee dan sandwic
  • Pilih sayur-sayuran yang dimasak tanpa minyak atau sedikit minyak dan tiada santan
  • Pilihlah buah-buahan untuk makanan pencuci mulut
  • Pilih buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seperti jambu batu, betik, mangga dan limau
  • Pesan buah-buahan tanpa dikupas kulitnya, jika ianya boleh dimakan, untuk mendapatkan lebih serat
  • Pesan perahan buah-buahan tanpa gula

Pilih makanan yang rendah gula dan garam
Gula
Gula hanya mengandungi kalori tanpa khasiat lain. Kebanyakan makanan bergula juga mengandungi lemak yang tinggi seperti coklat dan kek. Ini boleh menyebabkan pengambilan tenaga yang berlebihan yang boleh menyebabkan obesiti.


Cara untuk mengurangkan gula
·         Kurangkan pengambilan manisan seperti pastri manis dan kek sebagai pencuci mulut. Pilihlah buah-buahan untuk menggantikannya.
·         Minta air masak atau pesan perahan buah-buahan tanpa gula. Kurangkan memesan minuman bergas
·         Jika boleh, kurangkan penambahan gula dalam minuman anda. Minta gula dan susu dihidangkan berasingan.
Garam
Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Ini akan menambahkan risiko mendapat penyakit jantung, penyakit buah pinggang dan angin ahmar. Oleh itu adalah lebih baik jika kita mengurangkan pengambilan garam.
Bagaimana untuk mengurangkan garam
·         Apabila memesan makanan, minta makanan tanpa monosodium glutamat (MSG)
·         Minta supaya garam dikurangkan dalam masakan
·         Minta agar tidak ditambah garam di dalam kentang goreng
·         Rasa dahulu sebelum menambah kicap atau sos
·         Awasi makanan yang tinggi dengan garam. Makan sedikit sahaja makanan berikut :
-       Ikan masin, telur masin dan sayur masin
-       Makanan diproses contoh bacon, sosej, ham
-       Belacan, cencaluk, budu
·         Kurangkan makan snek seperti kentang goreng, kacang goreng bergaram dan makanan ringan lain yang masin dan selalu dihidang sebagai pembuka selera.
Memilih makanan yang kurang lemak dan kolesterol
Sedikit lemak adalah diperlukan bagi kesihatan dan juga untuk mengenakkan makanan. Walau bagaimanapun pada kebiasaannya kita mengambil terlalu banyak lemak. Ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan juga berat badan yang berlebihan. Pemilihan makanan yang rendah kolesterol dan lemak tepu akan dapat mengurangkan tahap kolesterol di dalam darah dan risiko penyakit jantung. Kolesterol dalam makanan adalah dari sumber haiwan.
Awasi kandungan lemak semasa makan di luar

Hidangan nasi :

-       Seboleh-bolehnya pilihlah nasi putih
-       Bagi masak lemak dan kari, makanlah daging, ikan dan sayuran dan tinggalkan kuah yang berlemak
-       Lebihkan sayur-sayuran
-       Kurangkan protein haiwan
Mi :
-       Cuba makan masakan mi yang kurang lemak atau minyak, contoh : mi sup, mi hailam, mi tom yam
-       Jika makan mi kari, elakkan dari menghirup kuahnya
-       Minta lebih sayur-sayuran
Sup :
-       Sup cair mengandungi kurang lemak dan adalah lebih baik dari yang berkrim. Cuba memakan “bun” tanpa mentega atau majerin.
Burger :
-       Pilih burger yang kecil tanpa mayonis atau pilih sos yang kurang lemak seperti cili, tomato, mustad atau sos makanan laut
Ayam goreng :
-       “Lebih rangup” bermakna lebih lemak. Buangkan kulit untuk mengurangkan lemak. Kurangkan pengambilannya.
Pizza :
-       Nikmatilah pizza berinti sayur-sayuran dengan setengah keju. Kurangkan inti yang berlemak seperti pepperoni dan salami.
Salad
-       Makanlah lebih salad. Hadkan ramuan salad yang berlemak tinggi seperti keju, buah zaiton, telur. Hidangkan sos salad berasingan.
Pencuci mulut :
-       `Mencuci mulut’ dengan buah-buahan, dadih segar berlemak rendah atau agar-agar, adalah lebih baik daripada pai epal berlemak atau ais krim.

Ubi kentang :

-       Ubi kentang tanpa menambah bahan-bahan lemak. Kentang goreng amat berminyak, makanlah sedikit atau berkongsi.

Jika timbul keinginan untuk makan lebih, seperti burger besar, kentang goreng atau masakan berlemak semasa kenduri, kurangkan makanan pada waktu makan yang seterusnya.
Ingat! Keseluruhan diet adalah penting dan bukan hanya satu jenis makanan.
Istilah amaran kandungan lemak yang tinggi
Char, pan fried, percik, masak lemak, gulai lemak, bergoreng.
Jika tidak pasti tentang bahan masakan atau penyediaan makanan, jangan malu untuk bertanya.
Lebihkan meminum air
Dalam keadaan cuaca yang panas dan lembab seperti di Malaysia, kita perlu banyak meminum air untuk menggantikan kehilangan cecair dari badan khususnya bagi seseorang yang aktif dalam aktiviti fizikal
·         Minum lebih air, 6 hingga 8 gelas setiap hari
·         Air kosong adalah lebih baik dibanding dengan minuman manis, bergas atau minuman keras yang mengandungi kalori dan aditif makanan. Contoh minuman yang tidak ditambah gula ialah teh cina, air mineral atau suling, jus buah-buahan tanpa gula, barli tanpa gula.
·         Minum sebelum dahaga
Pilih menu yang sihat
Digalakkan
Kurang digalakkan
Mi sup
Laksa asam
Nasi putih
Popiah basah
Idlee, tosai atau chappati
Leng chee kang
Nan
Sup sayur
Piza bersayur
“Vinegrette salad dressing”
Ayam panggang
Jus buah-buahan tanpa gula
Ubi kentang bakar
Burger kecil
Sup cair

Mi kari atau goreng
Laksa lemak
Nasi minyak atau goreng
Popiah goreng
Puri
Cendol
Roti canai
Sup ekor
Piza “supreme” berdaging
“Creamy salad dressing”
Ayam goreng
“Milk shake”
Kentang goreng
Burger besar
Sup pekat


Keselamatan makanan
Bila makan di luar, pilihlah premis makanan dan gerai yang bersih serta yang mengamalkan kebersihan makanan. Berhati-hati dan pilihlah premis makanan yang :
·         Terletak jauh dari jalan raya
·         Bebas dari haiwan yang berkeliaran seperti kucing dan anjing, serangga seperti lalat, lipas, tikus dan habuk
·         Dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air yang bersih, letrik, longkang yang tidak tersumbat, tong sampah sempurna, tandas, bag plastik bagi membuang sisa makanan
·         Mengadakan peralatan yang bersih dan sesuai serta meja yang bersih
·         Menutup makanan yang telah dimasak
·         Menyediakan tempat yang sesuai untuk menyimpan makanan mentah
·         Mempunyai pengendali makanan yang :
v  Memakai apron dan topi
v  Tidak merokok, mengunyah sireh, minum atau makan semasa menyediakan makanan
v  Kelihatan kemas dengan rambut pendek, kuku pendek dan bersih
v  Mencuci tangan selepas ke tandas dan sebelum menyediakan makanan serta selepas menyentuh makanan mentah seperti daging, ayam dan ikan
v  Tidak bersin, batuk dan berludah ke arah makanan
v  Menggunakan penyepit, sudu atau garpu bila mengendalikan makanan
v  Tidak memilih makanan semasa menghidangkan makanan
v  Guna gula khusus untuk mengelap tangan, meja atau pinggan.

                              ************************************************************************