As-salam =)
Bakso?? Errk.. sedap ke?
Bakso versi foodcourt Butterworth |
Belum cuba, belum tahu!
Ini bakso pertama aku untuk tempoh 21 tahun.
Reaksi aku? "Uniknya!"
Bakso, lebih kurang je dengan mi/bihun sup ..
Cuma tambah meatball ajek!
dan dimakan dengan cilipadi dan kicap
Harganya?? RM5.00 sahaja!
Sangat mahal untuk para pelajar di hujung semester macam aku!
Tapi, nak buat macam mana! .. teringin! Hehe..
Bawah ni adalah resepi bakso yang aku search kat internet. Aku saja cari coz nak tahu bakso ni yang original macam kat Indonesia or modified. So, terjawab sudah pertanyaan aku. Ini bakso yang sudah dimodifikasi, and technically this is sort of Malaysian version of bakso (yet, made by Indonesian ok!).
Bahan-bahan ( 7-8 org )
- Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
- Taugeh
- Kobis dihiris halus
- *UTK BEBOLA
- 400 gm daging cincang
- 2 biji bawang merah diracik halus
- 2 biji bawang putih diracik halus
- 2 sb telur (1/2 biji)
- 1 sk tepung ubi / tepung jagung
- sedikit serbuk lada sulah n garam
- *UTK KUAH
- 3 biji bawang merah dihiris
- * 3 ulas bawang putih
- *1/2 inci halia
- *1sk lada sulah biji
- 1 batang serai diketuk
- 1 sb pati daging / pati ayam
- sedikit serbuk lada sulah
- garam n perasa
Cara-cara
- UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
- Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
- UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
- Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
- Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....
wee:) nenek sedara aku yg cina muslim tu terer gila buat bakso! uwaa~ rindu balik rumah.
ReplyDeletebestnya! teringin sgt nk mkn lps kwn aq post psl bakso kt fb.. paksa fendi p cari bakso.. kt dpn hospital b.m tu tipu jek. x jual bakso pun! huh!
ReplyDelete