Tuesday, June 11, 2013

Tengok Cik Ta ke?

As-salam =)





Sebut sahaja Cik Ta, memang terbayang Rozita Che Wan, betul tak? Asal pukul 9.00 malam sahaja mesti mengadap channel 104! Tak cukup dengan tu, walaupun dah tengok, esok pukul 1.00 petang mesti buka lagi channel 104 untuk siaran ulangan. Kenapa? Sebab nak tengok Cik Ta! 

Jujurnya, aku suka tengok Master Chef sebab banyak tips yang boleh belajar dari program tu. Contohnya, baru-baru ni Chef Adu bagitahu Cik Ta yang cendawan tak perlu dibasuh. Cukup sekadar lap-lap sahaja dengan kain basah. Haha. Oh, okay! Thanks, Chef Adu! Memang tak tahu benda tu. Mama pun like, "Oh, yeke?". 


Truely, ramai wanita tercangak depan TV pukul 9.00mlm dan 1.00ptg kerana Rozita Che Wan! Walaupun mulut banyak mengomel sana-sini tentang pakaian sendat Cik Ta dan bulu mata palsunya, tapi masih tak jemu mengikuti program ini. Kenapa? Jawapan aku ialah, deep down ramai yang nak jadi Rozita Che Wan. HAHA! Sebenarnya discovery ni bukanlah memeranjatkan sangat pun. Ramai yang tahu benda ni jauh di lubuk hati, cuma ego jek! Tak mahu mengaku! Ramai yang mengata-ngata sebab ramai yang sangkakan bahawa Cik Ta dipanggil untuk join program ni sebab untuk market semata. Mungkin juga! Siapa buat bisnes tak mau untung lipat ganda kan? Itu salah satu strateginya. Dan juga ramai menyangkakan bahawa Cik Ta ni tak tahu masak. Bukan tak pandai, tetapi tak tahu masak! Ada beza di situ okay?

Macam cabaran hari ini (12 Jun 2013), bagi penyingkiran aktiviti kumpulan, cabaran hari ini ialah memasak bubur lambuk. Sebelum tu, peserta kena meneka bahan-bahan dalm bubur lambuk. Aku pun secara tak langsung turut meneka. Beria-ria jerit depan TV hah! Banyak tekaan tak mengena, tapi tekaan Cik Ta semuanya tepat! Kagum kejap dengan Cik Ta! Aku tahu yang bubur lambuk memang guna banyak bahan dan rata-rata jenis main campak bahan aje, tapi tak sangka pula banyak gilos jenis rempah-ratus yang digunakan dalam bubur ni. Adohai! Nak masak pun letih!

Aku bukanlah PRO-CIK TA, tapi bila tengok drama di akhir sesi masak bubur lambuk tu, aku boleh rasakan bahawa tu bukanlah salah satu adegan drama yang dirancang, tapi lebih kepada luahan hati seorang wanita. Memang stress bila dicanang dan dituduh macam-macam. Tak pernah pula aku berada di tempat Cik Ta sebab aku bukanlah seorang yang cantik dan hot macam anu-polan tu, cuma common-sense. Kalau mula-mula nak cakap Cik Ta tak pandai masak, memang boleh sebab tak terserlah lagi kebolehan dia. Plus, Cik Ta banyak 'play safe' dalam permainan, kalau korang perasan, terutama dalam cabaran luar. Dia banyak ambil part potong-potong dan hidang sahaja. Aku percaya kata-kata dia yang dia sebenarnya tahu masak, cuma tak mahu masak. Orang cantik, kan? Typical sangat! But, bila tengok cara dia potong, memang kita tahu yang dia memang boleh buat kerja. Tak percaya sila pergi tengok siaran ulangan atau search online sahaja.

Part yang 'ramai nak jadi Cik Ta' tu, typical sebab perempuan ni memang kuat cemburu dan suka bersaing siapa  yang lebih cantik. Cik Ta memang cantik walaupun tanpa bulu mata palsu tebal, make-up pengantin dan korset Premium-Beautiful double layers. Bila dealing dengan orang cantik ni, kita akan cenderung untuk cari kesalahan pihak lawan untuk membuatkan kita rasa senang hati atau lebih dari anu-polan tu. Betul kan? Tepuk dada, tanya diri sendiri. Memang ada asas apa yang aku ngomelkan di sini.

Jujur, bila aku sendiri tak dapat teka bahan dalam bubur lambuk tu, pemikiran aku tentang Cik Ta dah sedikit berubah. She's not so bad after all! And yes, aku pun ada la jeles sikit dengan Cik Ta. Entah bila boleh dapat badan macam dia. Ada cutting gitar gitu. HAHA! Gilos di malam hari. Pengakuan tu oi. 

Apa yang aku cuba sampaikan ialah, berhentilah beri komen percuma anda! Bukan hanya terhadap Cik Ta, tetapi terhadap sesiapa sahaja. Tak perlu menjatuhkan orang untuk mengangkat diri sendiri, tapi cukuplah hanya menjadikan seseorang sebagai sumber inspirasi. Tak perlu mulut-mulut jahat dan asap-asap kemenyan! Benda tu semua tak bawa ke mana-mana pun. Hang tetap hodoh tara tu jugak, kan? Baik hang pi telan kolagen dan beli korset 2-3 set untuk jadi cantik! Paling kurang ada juga hasil positifnya.