Monday, December 10, 2012

Istanbul Aku Datang KLISE.

As-salam


'ISTANBUL AKU DATANG' - 

Petang ni luangkan masa nonton IAD dengan family. Personal opinion tentang cerita ni, MEMANG BEST SANGAT! Klise sikit, tapi BEST! Boleh jangka, tapi BEST! Jalan cerita IAD pun simple and sweet! Nama pun komedi romantik, kan? Sesuai untuk tengok waktu-waktu santai.

Mengisahkan tentang Dian (lakonan Lisa Surihani) yang berhijrah ke Istanbul semata-mata untuk berjumpa dengan BF, Azad (lakonan Tomok) yang sedang menuntut di universiti di sana dalam jurusan Medic. Dian pasang angan-angan untuk menamatkan kisah percintaan mereka dengan mendirikan rumah tangga bersama si BF setelah BF tamat kursus pendek dekat sana di Universiti yang sama. Kiranya, tunggu BF melamar la ^ ^


Sibuk cari rumah sewa lepas BF cakap tak manis tinggal serumah.

Tomok dalam ni macam typical buaya darat. Menyampah pulak!


Tapi, semuanya berubah lepas Dian ditipu penduduk tempatan semasa mencari rumah sewa lain kat sana. Dian bertemu dengan Harris (lakonan Beto Kusyairi) yang merupakan housemate tanpa disedarinya. Konflik dan perbalahan antara Dian dan Harris telah mencetuskan kontroversi dan secara tidak sengaja turur mengheret BF ke kancah perbalahan itu.

Angan-angan Dian mendirikan rumah tangga semakin pudar apabila BF menuduh Dian curang kerana tinggal serumah dengan lelaki lain (Harris). Tetapi, dalam masa yang sama juga, BF juga ada GF lain. BF ambil kesempatan itu untuk menutup kesalahannya. Aduhai!

Walaubagaimanapun, kehadiran Harris telah mengubati luka di hati Dian. Dalam diam, Harris menyimpan perasan kasih dan sayang terhadap Dian. Sebelum Dian pulang ke Malaysia, Harris telah menghadiahkan Dian 1000 kenangan manis dengan membawanya melawati Kota Istanbul. BF mulai sedar akan kesalahannya dan merayu kepada Dian agar menerimanya kembali dan segera melamar Dian sebagai isterinya. 

Persoalannya, sudikah Dian terima BF semula?

Masih relevankah kata-kata ini di hati Dian?

"Apabila dua kehidupan bersatu,
bukan semudah itu untuk dileraikan"


Aduhai, comel betul!


Cerita ni sumpah comel. Aku siap senyum sorang-sorang bila tengok cerita ni, seriously! Tapi, a bit klise la. 
Aku cakap klise sebab:
  1. Very typical for BF to find a new GF while studying aboard. Penghilang sunyi katanya, macam yang Tomok cakap dalam IAD. WTF? Menyampah betul!
  2. GF found new BF on the spot. Kiranya macam terpaksa pilih antara dua masa tu juga. 

Untuk makcik-makcik, mungkin rasa jalan cerita ni macam 'nafas baru', tapi untuk remaja muda belia or young adults, terutama yang asyik putus cinta dan masih tak kahwin-kahwin, semua ni adalah klise semata. Yela, potensi untuk curang memang sangat tinggi bila berjauhan, kan? Aku sendiri pun pernah merasa putus cinta sebab kes macam ni. Dulu lar... zaman cinta monyet. Memang macam jalan cerita IAK, cuma tidaklah sampai Istanbul. HAHA. Kaya mana pulak korek poket nak pi Istanbul? Sebab tu aku kata KLISE! 

Tapi, tetap BEST! Lakonan Lisa Surihani dalam ni comel-comel aje ^ ^ Nasib Lisa comel dan genit, buat perangai XOXO nampak serasi aje dengan dia. Cuba kalau perempuan lain? Mahu di-seliparjepun-kan! HAHA. Aduhai. Kesihan betul. Judge via rupa semata.

Comel kan, LISA SURIHANI? ^ ^ 

IAD - mesti tengok, oke? Tak rugi. 














Saturday, December 8, 2012

Impian SG.

As-salam

Rasa sedih sangat bila fikir-fikir yang aku tak berapa mampu nak bela SUGAR GLIDER! Oh, memang so comel giles diorang ni! Geram pula bila tengok videos kat youtube. Rasa macam 'ibu' sangat bila SG manja-manja nak tidur dekat bahu, dalam beg sempit (bounding pouch). Haaiisshh, kalau ikutkan hati memang nak beli seekor. Kalau tak ada masa nak bela pun, aku akan cukup-cukup kan masa. Animals are so cute! Just hard to resist, though. Betul. Comel sangat! Kalau tak percaya, google lar, oke? 

GOOGLE jek.

Cuma nya, kalau berniat nak bela SG, memang kena poket tebal sikit. Duit-duit yang diperuntukkan untuk beli baju-baju comel kena limitkan. So, no more clothes and make-up, etc. Tak adalah no more sangat, cuma more like kena cut short. Hmmm...susah betul! Tapi depa sangat comel, ayyyooo! Tak boleh tahan tengok mata comel besau tu. Arrrgghh! Stop looking at me, you cutey!

So, sepanjang petang ni hanya dihabiskan dengan menatap wajah-wajah comel ni sahaja. Cari gambar kat google, tengok video di youtube. Gelagat comel depa ni memang boleh buat aku gelak dan senyum-senyum sorang diri. Giles pulak! Adooii! Memang ketagih bila deal dengan perkara yang kita suka ni. Aku dah macam tanam semangat nak bela jejugak sebelum grad tahun depan. In Sha Allah, boleh bahagi masa antara family, ikan Molly, kucing-kucing, SG dan shopping! HAHA. Praktikum? Kuliah? Kajian tindakan? Abaikan je la.... dulu. HAHA.

Kena kumpul RM500 dari sekarang la. Mana nak cari dana ntah? Mama CONFIRM tak mahu kasi muka dengan hobi baru ni sebab mama geli binatang kecik berbulu ni. So, kalau nak bela, memang tak boleh minta tolong orang langsung nak uruskan SG. Semuanya penggeli, kot? HAHA. Yang pasti, mama memang geli la.

Sementara tak ada duit ni, kasi fokus ke hobi IKAN dulu. Oh, baru dapat anak baru semalam. Anak si Nomie, Swordtail fish warna oren. Kecik molek sangat anak-anak dia, hampir 'BUNUH' semua masa nak cuci aquarium. Nasib ada yang berenang ligat! Kalau tidak, semua mati. 

Cerita ikan ni sambung di entri lain pula ^ ^ Baru boleh hurai panjang lebar. Oke, gambar penutup untuk entri kali ni memang sangat comel. Jom beli 1! 

cute sugar glider Sugar Glider Haiwan Lincah Dan Aktif





TQ for reading this ^ ^


Wednesday, December 5, 2012

Salam dari Lebanon.

As-salam

Setakat hari ni, semuanya dalam keadaan yang okay-okay aje di Lebanon. Walaupun berita siarkan banyak huru-hara di sana, alhamdulillah di tempat babah bermastautin masih lagi aman. Makin hari pun babah makin sibuk. Tapi, of course kita faham. Tadi, sedang sibuk jamu mata, mata aku tertancap dekat satu gambar ni. Macam kenal aje kan?

Symbol of Peace, Prosperity & Friendship to Commemorate The Official Visit Brigadier General Antonio Bettelli, SecWest Commander on 5 Dec 12
Brigadier General dari Itali datang untuk majlis rasmi. I don't know if I am suppose to post this out 'cause it may be confidential. But, since it goes out on the FB, so confidential no more, I guess? 

Macam ni la hidup anak askar. Bapak sibuk jaga keamanan negara. Ramai yang tak tahu. Ramai juga yang beranggapan "Askar zaman sekarang kerja apa sangat? Zaman sekarang mana ada perang?". Kalau public beranggapan macam tu, kiranya memang betul-betul sulit la pergerakan askar-askar di Malaysia ni. Underground betul. Hanya orang yang alami aje yang akan faham. 

Kami kat Malaysia memang sangat rindu kat babah. Aku sampai termimpi dua hari berturut-turut. Dalam mimpi pun aku boleh rasa sebak dan rindu sampai mengalir air mata. Semoga Allah S.W.T sentiasa lindungi babah dan yang lain-lain kat sana. Semoga dipermudah urusan juga.

Bangga jadi anak Zainal Abidin M. Said ^ ^ Siapa nak jadi anak angkat En. Zainal, sila isi borang ye? Hehe. Jadi menantu pun boleh (Lelaki sahaja). 3 tempat kosong.

Masih kosong: POLKA DOTS ITAM, BAJU PINK, BAJU MERAH shj ya?



P2: My side of story - E-Day at Sungkai

As-salam

Oke, part 2 pulak ye? Hehe. Nampak sangat bosan kan? The next day, Nadia bawa aku dan Mak Su berjalan-jalan ke Kolam Air Panas Sungkai. Memang cantik! Nadia cakap dulu air lagi panas, sebelum tempat ni dibuka ke public. Kiranya sebelum dikomersialkan la. Harga masuk ke dalam kolam ni RM12.00 per person ya? Tapi, nasib ada Nadia. Dapat 50% OFF! sebab I.C alamat Sg. Kelah. Kiranya, orang tempatan dekat kawasan pusat rekreasi ni dapat specialty la sikit. Weeee!! 

Aku memang highly recommed tempat ni untuk family gathering or untuk bersantai dengan kawan-kawan. Ada kawasan 'private jakuzi' yang boleh disewa khas untuk mereka-mereka yang gemarkan privacy.

Enjoy pictures, ya? ^ ^

Nadia dan Mak Su 

Perhiasan je kot air panas bertingkat ni? HAHA

Berendam sat lepas penat bekerja. Kolam air panas

Tengok je orang rebus telur

Kolam air sejuk

Kolam air sejuk - kawasan dalam

HAHA macam baru kenal je kan? Poyo sikit.
(YAYA, MAK SU, NADIA)

Ke tempat parking naik train je.

Best duduk Sungkai! Macam-macam ragam depan mata. Aku niat ke Sungkai lebih awal dari tarikh majlis pun untuk tolong-tolong buat apa yang patut. Kerja dengan opah-opah ni memang best! Ada yang melatah, gosip-gosip, sindir-sindir... memang benda biasa la tu. Tapi, bila depa berkias-kias tu yang lawak. HAHA. Kiranya, suasana kerja tu seronok la. Tak stress kerja walaupun kerja memang banyak. Tok pun jenis tak cerewet, so aku kerja jadi ikhals dan seronok.

Nadia bawa aku dan Mak Su berjalan-jalan ke Pekan Sungkai. Pergi pasar pagi je, beli bahan-bahan mentah untuk masak tengahari tu dan rasa nasi lemak Sungkai yang sedap! Woohoo! Sempat rembat pallazo kelabu sehelai. Cap pasar pagi pun jadi la. Janji murah dan sedap pakai. Nadia dan adik dia, Ijat gemar makan bakar-bakar ni. So, menu bakar la today. Daging dan ikan bakar. Memang tradisional. Batu-bata jadi para dapur. Aku tukang tengok je la. Tak mahu ganggu air tangan tukang masak. HEHE. Makan pula lepas berendam, memang lahap sikit! HOHO.

What I learnt there? 

Orang kampung memang friendly! Aku suka suasana kat situ. Pergi mana-mana je kenal semua orang, bertegur sapa, salam-salam. Nampak bahagia sangat! Macam ni baru betul hidup bermasyarakat! Aku tak rasa hidup macam ni sebab hidup pun pindah-randah. Duduk dalam kem pun jiran sentiasa silih ganti. So, bounds between neighbors kurang la sikit. Pindah Laguna pun jiran majmuk yang golongan muda semuanya. Masing-masing sibuk dengan kerja. Jiran belakang rumah pun kami tak kenal. Hmmm... rasa macam looser sangat! Aku tak adalah proud born as a bandar people. Tapi, tidak lah rasa menyesal. Semuanya ada pro dan kontra. Cuma, dalam situasi aku yang makan gaji sebagai cikgu ni kena pandai hidup bermasyarakat dan kena pandai bawa diri. Itu sangat perlu. Boleh jatuh hukum wajib pandai bawa diri la.


Sesetengah orang mungkin anggap hidup di kampung ni tak bebas. Pergi sana sini semua orang kenal. Buat jahat sikit, satu kampung tahu. Kiranya, gosip cepat tersebar la. Hmm.. sebenarnya, di mana-mana pun sama saja. Yang penting, kita kena pandai bawa diri, jaga tingkah laku dan air muka sendiri dan keluarga. Bandar dan kampung pun lebih kurang sudah. Kalau dulu kampung sinonim dengan agenda 'asap-mengasap', 'tiup sana-sini'. Sekarang ni, orang bandar pun sama juga. Macam aku cakap tadi, ada pro dan kontra. Tapi, kalau tanya aku, aku prefer duduk kampung kot? Tapi bukan really kampung la. Macam small moving town gitu. Outskirt. 

Kalau berkesempatan, nak ke Sungkai lagi. Tok dah janji nak bawa berkelah kat air terjun pula. Tok nak masak bekal untuk bawa ke sana. HEHE. Happy happy happy! In Sha Allah. Doa semoga umur tok panjang. Seronok kalau tok aku macam ni. Tradisional aje. Tak kisah pun rumah selerak ke apa. Best!  Harapnya, kalau umur aku panjang, aku pun boleh jadi tok macam tok Nadia ni. Adore sangat!

Kita tak tahu rahsia Allah S.W.T, apa perancangannya terhadap kita. Kadang-kadang kita merungut bila ditariknya sesuatu nikmat, tapi sebenarnya itu adalah yang terbaik buat kita. Allah S.W.T have bigger plan for us, so have faith. Kalau kita terus beranggapan begini, In Sha Allah semua urusan akan menjadi mudah.

In Sha Allah :)










P1: My side of story - E-DAY at Sungkai

As-salam

Baru hari ni ada kudrat nak online bagai. Baru balik dari Sungkai sempena bestiz E-Day on 1 Disember 2012. Best! Tumpang happy untuk dia ^ ^ Since aku bukan facebook punya orang, so most of pictures aku upload sini aje ye untuk gambar-gambar belakang tabir. More private though! 

30 Dis - Aku menapak ke stesen bas SP untuk ke Sungkai. Aku tahu Sungkai memang jauh. Sikit lagi nak sampai KL, but aku memang have no clue kena naik bas lompat 1 jam+. But seriously, tak kisah langsung. Sangat berbaloi dengan kenangan dan pengalaman yang aku dapat. Niat di hati memang nak pergi awal untuk tolong buat persiapan semua since aku tak sponsor apa pun untuk E-Day Cik Nadia ni. Last minute baru minta kebenaran mama untuk ke Sungkai. Overall, alhamdulillah semuanya berjalan dengan selamat dan lancar. Majlis pun sederhana sahaja. Tuan badan pun cuma jemput teman rapat, jiran tetangga dan kaum keluarga terdekat. Rasa terharu tuan badan jemput juga kita ni. Seriously, sangat terharu! Sebab tu sampai sanggup redah kilometer, naik tukar bas bagai. 

Plus, kesian kat tuan badan sebab kurang tenaga pekerja nak kemas-kemas rumah, hias sikit-sikit and simpan pinggan mangkuk nanti. Ada pun kederat orang tua pangkat opah-opah yang tolong kenduri ni. Kesian, so stay lama sikit la. Mama pun okay je. Walaupun mama tak pernah jumpa Nadia, tapi I can tell that she likes her. Boleh kot declare anak angkat? Hehe. In Sha Allah :) Mama regular customer Nadia. Mama suka beli collagen powder dari Nadia. Berkesan! Dah banyak botol mama beli kat Nadia. Complexion mama pun nampak la cerah sikit. Mama tanya kenapa kau tak jual je collagen powder tu? Aku boleh je nak jual, cuma tak mahu la block rezeki orang. Plus, if beli dari Nadia, boleh tambah $$ dia untuk kenduri. This is my way of helping her. So, let it be this way. Banyak lagi cabang rezeki yang ada. Cuma nak dengan tak nak aje.

Enjoy gambar-gambar ni ya? Gambar balik tabir aje ^ ^

Rombongan pihak lelaki

Bincang2 bakal besan

Acara sarung cincin. Debaran si dara. Auuww!

Macam retis la pulak ^ ^

Rombongan beransur pulang

Orang kuat dapur (4 dari kiri: OPAH MUN sporting!)

Dah jadi tunangan orang.. TAHNIAH!

Ambil berkat lagi. Ameen!
Banyak lagi gambar sebenarnya, cuma malas nak upload. Hehe. Lepas majlis tunang, mula la kerja-kerja kemas rumah. Dah rasa macam duduk dengan family sendiri. Tok Nadia memang sangat thumbs up! Tak reti duduk diam. Aku baru nak masuk tidur pukul 3.00 am lepas tengok Runnig Man, tok bangun untuk kemas rumah. Haiisshh! Malu betul! 

Tok Nadia request nak rasa air tangan orang SP. Tok minta aku masak makan tengahari keesokan harinya. Masak ringkas saja, cuma kacang panjang goreng. HAHA. Nasib la minta nak rasa kacang panjang aje. Kalau tidak, kantoi jugak la bukan orang dapur. Ngee!

Opah Mun, dalam gambar tadi berkenan agaknya dengan aku. Sibuk mencari siapa saudara-mara dia terdekat unutk dijodohkan dengan aku. Katanya, "Sayang sungguh opah dah tak ada anak teruna". Ayyo! Nasib la opah tak ada anak teruna, kalau tidak, makan pasir la jawabnya opah oii.. !! Opah Mun tertipu agaknya dengan penampilan aku yang berkain batik sentiasa. Hehe. Tapi kan, orang tua ni, sekilas ikan di air dah tahu jantan betina nya. Opah Mun memang tahu yang aku tak cekap buat kerja dapur. Kantoi suda masa sama-sama basuh ayam sehari sebelum kenduri hari tu. Dia cepat gilees bersih ayam, aku duk terkedek-kedek lagi buang lemaknya. Adoooiii opah!

Setekat sini sahaja la dulu, oke? Ada lagi sambungannya. Macam buat refleksi la pulak! Hehe. Ada pengajaran dan post-mortem nya. Hehe. Sebenarnya, apa yang penting ialah dari aspek afektif (perasaan). Itu yang nak aku highlight kan sepanjang 3 hari berkampung di Sungkai.

too-dle, ya? ^ ^