Monday, December 10, 2012

Istanbul Aku Datang KLISE.

As-salam


'ISTANBUL AKU DATANG' - 

Petang ni luangkan masa nonton IAD dengan family. Personal opinion tentang cerita ni, MEMANG BEST SANGAT! Klise sikit, tapi BEST! Boleh jangka, tapi BEST! Jalan cerita IAD pun simple and sweet! Nama pun komedi romantik, kan? Sesuai untuk tengok waktu-waktu santai.

Mengisahkan tentang Dian (lakonan Lisa Surihani) yang berhijrah ke Istanbul semata-mata untuk berjumpa dengan BF, Azad (lakonan Tomok) yang sedang menuntut di universiti di sana dalam jurusan Medic. Dian pasang angan-angan untuk menamatkan kisah percintaan mereka dengan mendirikan rumah tangga bersama si BF setelah BF tamat kursus pendek dekat sana di Universiti yang sama. Kiranya, tunggu BF melamar la ^ ^


Sibuk cari rumah sewa lepas BF cakap tak manis tinggal serumah.

Tomok dalam ni macam typical buaya darat. Menyampah pulak!


Tapi, semuanya berubah lepas Dian ditipu penduduk tempatan semasa mencari rumah sewa lain kat sana. Dian bertemu dengan Harris (lakonan Beto Kusyairi) yang merupakan housemate tanpa disedarinya. Konflik dan perbalahan antara Dian dan Harris telah mencetuskan kontroversi dan secara tidak sengaja turur mengheret BF ke kancah perbalahan itu.

Angan-angan Dian mendirikan rumah tangga semakin pudar apabila BF menuduh Dian curang kerana tinggal serumah dengan lelaki lain (Harris). Tetapi, dalam masa yang sama juga, BF juga ada GF lain. BF ambil kesempatan itu untuk menutup kesalahannya. Aduhai!

Walaubagaimanapun, kehadiran Harris telah mengubati luka di hati Dian. Dalam diam, Harris menyimpan perasan kasih dan sayang terhadap Dian. Sebelum Dian pulang ke Malaysia, Harris telah menghadiahkan Dian 1000 kenangan manis dengan membawanya melawati Kota Istanbul. BF mulai sedar akan kesalahannya dan merayu kepada Dian agar menerimanya kembali dan segera melamar Dian sebagai isterinya. 

Persoalannya, sudikah Dian terima BF semula?

Masih relevankah kata-kata ini di hati Dian?

"Apabila dua kehidupan bersatu,
bukan semudah itu untuk dileraikan"


Aduhai, comel betul!


Cerita ni sumpah comel. Aku siap senyum sorang-sorang bila tengok cerita ni, seriously! Tapi, a bit klise la. 
Aku cakap klise sebab:
  1. Very typical for BF to find a new GF while studying aboard. Penghilang sunyi katanya, macam yang Tomok cakap dalam IAD. WTF? Menyampah betul!
  2. GF found new BF on the spot. Kiranya macam terpaksa pilih antara dua masa tu juga. 

Untuk makcik-makcik, mungkin rasa jalan cerita ni macam 'nafas baru', tapi untuk remaja muda belia or young adults, terutama yang asyik putus cinta dan masih tak kahwin-kahwin, semua ni adalah klise semata. Yela, potensi untuk curang memang sangat tinggi bila berjauhan, kan? Aku sendiri pun pernah merasa putus cinta sebab kes macam ni. Dulu lar... zaman cinta monyet. Memang macam jalan cerita IAK, cuma tidaklah sampai Istanbul. HAHA. Kaya mana pulak korek poket nak pi Istanbul? Sebab tu aku kata KLISE! 

Tapi, tetap BEST! Lakonan Lisa Surihani dalam ni comel-comel aje ^ ^ Nasib Lisa comel dan genit, buat perangai XOXO nampak serasi aje dengan dia. Cuba kalau perempuan lain? Mahu di-seliparjepun-kan! HAHA. Aduhai. Kesihan betul. Judge via rupa semata.

Comel kan, LISA SURIHANI? ^ ^ 

IAD - mesti tengok, oke? Tak rugi. 














I Suggest You Also Read



No comments:

Post a Comment