As-salam
Oke, part 2 pulak ye? Hehe. Nampak sangat bosan kan? The next day, Nadia bawa aku dan Mak Su berjalan-jalan ke Kolam Air Panas Sungkai. Memang cantik! Nadia cakap dulu air lagi panas, sebelum tempat ni dibuka ke public. Kiranya sebelum dikomersialkan la. Harga masuk ke dalam kolam ni RM12.00 per person ya? Tapi, nasib ada Nadia. Dapat 50% OFF! sebab I.C alamat Sg. Kelah. Kiranya, orang tempatan dekat kawasan pusat rekreasi ni dapat specialty la sikit. Weeee!!
Aku memang
highly recommed tempat ni untuk
family gathering or untuk bersantai dengan kawan-kawan. Ada kawasan
'private jakuzi' yang boleh disewa khas untuk mereka-mereka yang gemarkan
privacy.
Enjoy pictures, ya? ^ ^
|
Nadia dan Mak Su |
|
Perhiasan je kot air panas bertingkat ni? HAHA |
|
Berendam sat lepas penat bekerja. Kolam air panas |
|
Tengok je orang rebus telur |
|
Kolam air sejuk |
|
Kolam air sejuk - kawasan dalam |
|
HAHA macam baru kenal je kan? Poyo sikit. (YAYA, MAK SU, NADIA) |
|
Ke tempat parking naik train je. |
Best duduk Sungkai! Macam-macam ragam depan mata. Aku niat ke Sungkai lebih awal dari tarikh majlis pun untuk tolong-tolong buat apa yang patut. Kerja dengan opah-opah ni memang best! Ada yang melatah, gosip-gosip, sindir-sindir... memang benda biasa la tu. Tapi, bila depa berkias-kias tu yang lawak. HAHA. Kiranya, suasana kerja tu seronok la. Tak
stress kerja walaupun kerja memang banyak. Tok pun jenis tak cerewet,
so aku kerja jadi ikhals dan seronok.
Nadia bawa aku dan Mak Su berjalan-jalan ke Pekan Sungkai. Pergi pasar pagi je, beli bahan-bahan mentah untuk masak tengahari tu dan rasa nasi lemak Sungkai yang sedap! Woohoo! Sempat rembat pallazo kelabu sehelai. Cap pasar pagi pun jadi la. Janji murah dan sedap pakai. Nadia dan adik dia, Ijat gemar makan bakar-bakar ni. So, menu bakar la today. Daging dan ikan bakar. Memang tradisional. Batu-bata jadi para dapur. Aku tukang tengok je la. Tak mahu ganggu air tangan tukang masak. HEHE. Makan pula lepas berendam, memang lahap sikit! HOHO.
What I learnt there?
Orang kampung memang friendly! Aku suka suasana kat situ. Pergi mana-mana je kenal semua orang, bertegur sapa, salam-salam. Nampak bahagia sangat! Macam ni baru betul hidup bermasyarakat! Aku tak rasa hidup macam ni sebab hidup pun pindah-randah. Duduk dalam kem pun jiran sentiasa silih ganti. So, bounds between neighbors kurang la sikit. Pindah Laguna pun jiran majmuk yang golongan muda semuanya. Masing-masing sibuk dengan kerja. Jiran belakang rumah pun kami tak kenal. Hmmm... rasa macam looser sangat! Aku tak adalah proud born as a bandar people. Tapi, tidak lah rasa menyesal. Semuanya ada pro dan kontra. Cuma, dalam situasi aku yang makan gaji sebagai cikgu ni kena pandai hidup bermasyarakat dan kena pandai bawa diri. Itu sangat perlu. Boleh jatuh hukum wajib pandai bawa diri la.
Sesetengah orang mungkin anggap hidup di kampung ni tak bebas. Pergi sana sini semua orang kenal. Buat jahat sikit, satu kampung tahu. Kiranya, gosip cepat tersebar la. Hmm.. sebenarnya, di mana-mana pun sama saja. Yang penting, kita kena pandai bawa diri, jaga tingkah laku dan air muka sendiri dan keluarga. Bandar dan kampung pun lebih kurang sudah. Kalau dulu kampung sinonim dengan agenda 'asap-mengasap', 'tiup sana-sini'. Sekarang ni, orang bandar pun sama juga. Macam aku cakap tadi, ada pro dan kontra. Tapi, kalau tanya aku, aku prefer duduk kampung kot? Tapi bukan really kampung la. Macam small moving town gitu. Outskirt.
Kalau berkesempatan, nak ke Sungkai lagi. Tok dah janji nak bawa berkelah kat air terjun pula. Tok nak masak bekal untuk bawa ke sana. HEHE. Happy happy happy! In Sha Allah. Doa semoga umur tok panjang. Seronok kalau tok aku macam ni. Tradisional aje. Tak kisah pun rumah selerak ke apa. Best! Harapnya, kalau umur aku panjang, aku pun boleh jadi tok macam tok Nadia ni. Adore sangat!
Kita tak tahu rahsia Allah S.W.T, apa perancangannya terhadap kita. Kadang-kadang kita merungut bila ditariknya sesuatu nikmat, tapi sebenarnya itu adalah yang terbaik buat kita. Allah S.W.T have bigger plan for us, so have faith. Kalau kita terus beranggapan begini, In Sha Allah semua urusan akan menjadi mudah.
In Sha Allah :)
No comments:
Post a Comment