Wednesday, December 5, 2012

P1: My side of story - E-DAY at Sungkai

As-salam

Baru hari ni ada kudrat nak online bagai. Baru balik dari Sungkai sempena bestiz E-Day on 1 Disember 2012. Best! Tumpang happy untuk dia ^ ^ Since aku bukan facebook punya orang, so most of pictures aku upload sini aje ye untuk gambar-gambar belakang tabir. More private though! 

30 Dis - Aku menapak ke stesen bas SP untuk ke Sungkai. Aku tahu Sungkai memang jauh. Sikit lagi nak sampai KL, but aku memang have no clue kena naik bas lompat 1 jam+. But seriously, tak kisah langsung. Sangat berbaloi dengan kenangan dan pengalaman yang aku dapat. Niat di hati memang nak pergi awal untuk tolong buat persiapan semua since aku tak sponsor apa pun untuk E-Day Cik Nadia ni. Last minute baru minta kebenaran mama untuk ke Sungkai. Overall, alhamdulillah semuanya berjalan dengan selamat dan lancar. Majlis pun sederhana sahaja. Tuan badan pun cuma jemput teman rapat, jiran tetangga dan kaum keluarga terdekat. Rasa terharu tuan badan jemput juga kita ni. Seriously, sangat terharu! Sebab tu sampai sanggup redah kilometer, naik tukar bas bagai. 

Plus, kesian kat tuan badan sebab kurang tenaga pekerja nak kemas-kemas rumah, hias sikit-sikit and simpan pinggan mangkuk nanti. Ada pun kederat orang tua pangkat opah-opah yang tolong kenduri ni. Kesian, so stay lama sikit la. Mama pun okay je. Walaupun mama tak pernah jumpa Nadia, tapi I can tell that she likes her. Boleh kot declare anak angkat? Hehe. In Sha Allah :) Mama regular customer Nadia. Mama suka beli collagen powder dari Nadia. Berkesan! Dah banyak botol mama beli kat Nadia. Complexion mama pun nampak la cerah sikit. Mama tanya kenapa kau tak jual je collagen powder tu? Aku boleh je nak jual, cuma tak mahu la block rezeki orang. Plus, if beli dari Nadia, boleh tambah $$ dia untuk kenduri. This is my way of helping her. So, let it be this way. Banyak lagi cabang rezeki yang ada. Cuma nak dengan tak nak aje.

Enjoy gambar-gambar ni ya? Gambar balik tabir aje ^ ^

Rombongan pihak lelaki

Bincang2 bakal besan

Acara sarung cincin. Debaran si dara. Auuww!

Macam retis la pulak ^ ^

Rombongan beransur pulang

Orang kuat dapur (4 dari kiri: OPAH MUN sporting!)

Dah jadi tunangan orang.. TAHNIAH!

Ambil berkat lagi. Ameen!
Banyak lagi gambar sebenarnya, cuma malas nak upload. Hehe. Lepas majlis tunang, mula la kerja-kerja kemas rumah. Dah rasa macam duduk dengan family sendiri. Tok Nadia memang sangat thumbs up! Tak reti duduk diam. Aku baru nak masuk tidur pukul 3.00 am lepas tengok Runnig Man, tok bangun untuk kemas rumah. Haiisshh! Malu betul! 

Tok Nadia request nak rasa air tangan orang SP. Tok minta aku masak makan tengahari keesokan harinya. Masak ringkas saja, cuma kacang panjang goreng. HAHA. Nasib la minta nak rasa kacang panjang aje. Kalau tidak, kantoi jugak la bukan orang dapur. Ngee!

Opah Mun, dalam gambar tadi berkenan agaknya dengan aku. Sibuk mencari siapa saudara-mara dia terdekat unutk dijodohkan dengan aku. Katanya, "Sayang sungguh opah dah tak ada anak teruna". Ayyo! Nasib la opah tak ada anak teruna, kalau tidak, makan pasir la jawabnya opah oii.. !! Opah Mun tertipu agaknya dengan penampilan aku yang berkain batik sentiasa. Hehe. Tapi kan, orang tua ni, sekilas ikan di air dah tahu jantan betina nya. Opah Mun memang tahu yang aku tak cekap buat kerja dapur. Kantoi suda masa sama-sama basuh ayam sehari sebelum kenduri hari tu. Dia cepat gilees bersih ayam, aku duk terkedek-kedek lagi buang lemaknya. Adoooiii opah!

Setekat sini sahaja la dulu, oke? Ada lagi sambungannya. Macam buat refleksi la pulak! Hehe. Ada pengajaran dan post-mortem nya. Hehe. Sebenarnya, apa yang penting ialah dari aspek afektif (perasaan). Itu yang nak aku highlight kan sepanjang 3 hari berkampung di Sungkai.

too-dle, ya? ^ ^

I Suggest You Also Read



No comments:

Post a Comment