As-salam
Setakat hari ni, semuanya dalam keadaan yang okay-okay aje di Lebanon. Walaupun berita siarkan banyak huru-hara di sana, alhamdulillah di tempat babah bermastautin masih lagi aman. Makin hari pun babah makin sibuk. Tapi, of course kita faham. Tadi, sedang sibuk jamu mata, mata aku tertancap dekat satu gambar ni. Macam kenal aje kan?
Symbol of Peace, Prosperity & Friendship to Commemorate The Official Visit Brigadier General Antonio Bettelli, SecWest Commander on 5 Dec 12 |
Brigadier General dari Itali datang untuk majlis rasmi. I don't know if I am suppose to post this out 'cause it may be confidential. But, since it goes out on the FB, so confidential no more, I guess?
Macam ni la hidup anak askar. Bapak sibuk jaga keamanan negara. Ramai yang tak tahu. Ramai juga yang beranggapan "Askar zaman sekarang kerja apa sangat? Zaman sekarang mana ada perang?". Kalau public beranggapan macam tu, kiranya memang betul-betul sulit la pergerakan askar-askar di Malaysia ni. Underground betul. Hanya orang yang alami aje yang akan faham.
Kami kat Malaysia memang sangat rindu kat babah. Aku sampai termimpi dua hari berturut-turut. Dalam mimpi pun aku boleh rasa sebak dan rindu sampai mengalir air mata. Semoga Allah S.W.T sentiasa lindungi babah dan yang lain-lain kat sana. Semoga dipermudah urusan juga.
Bangga jadi anak Zainal Abidin M. Said ^ ^ Siapa nak jadi anak angkat En. Zainal, sila isi borang ye? Hehe. Jadi menantu pun boleh (Lelaki sahaja). 3 tempat kosong.
Masih kosong: POLKA DOTS ITAM, BAJU PINK, BAJU MERAH shj ya? |
No comments:
Post a Comment