Saturday, December 8, 2012

Impian SG.

As-salam

Rasa sedih sangat bila fikir-fikir yang aku tak berapa mampu nak bela SUGAR GLIDER! Oh, memang so comel giles diorang ni! Geram pula bila tengok videos kat youtube. Rasa macam 'ibu' sangat bila SG manja-manja nak tidur dekat bahu, dalam beg sempit (bounding pouch). Haaiisshh, kalau ikutkan hati memang nak beli seekor. Kalau tak ada masa nak bela pun, aku akan cukup-cukup kan masa. Animals are so cute! Just hard to resist, though. Betul. Comel sangat! Kalau tak percaya, google lar, oke? 

GOOGLE jek.

Cuma nya, kalau berniat nak bela SG, memang kena poket tebal sikit. Duit-duit yang diperuntukkan untuk beli baju-baju comel kena limitkan. So, no more clothes and make-up, etc. Tak adalah no more sangat, cuma more like kena cut short. Hmmm...susah betul! Tapi depa sangat comel, ayyyooo! Tak boleh tahan tengok mata comel besau tu. Arrrgghh! Stop looking at me, you cutey!

So, sepanjang petang ni hanya dihabiskan dengan menatap wajah-wajah comel ni sahaja. Cari gambar kat google, tengok video di youtube. Gelagat comel depa ni memang boleh buat aku gelak dan senyum-senyum sorang diri. Giles pulak! Adooii! Memang ketagih bila deal dengan perkara yang kita suka ni. Aku dah macam tanam semangat nak bela jejugak sebelum grad tahun depan. In Sha Allah, boleh bahagi masa antara family, ikan Molly, kucing-kucing, SG dan shopping! HAHA. Praktikum? Kuliah? Kajian tindakan? Abaikan je la.... dulu. HAHA.

Kena kumpul RM500 dari sekarang la. Mana nak cari dana ntah? Mama CONFIRM tak mahu kasi muka dengan hobi baru ni sebab mama geli binatang kecik berbulu ni. So, kalau nak bela, memang tak boleh minta tolong orang langsung nak uruskan SG. Semuanya penggeli, kot? HAHA. Yang pasti, mama memang geli la.

Sementara tak ada duit ni, kasi fokus ke hobi IKAN dulu. Oh, baru dapat anak baru semalam. Anak si Nomie, Swordtail fish warna oren. Kecik molek sangat anak-anak dia, hampir 'BUNUH' semua masa nak cuci aquarium. Nasib ada yang berenang ligat! Kalau tidak, semua mati. 

Cerita ikan ni sambung di entri lain pula ^ ^ Baru boleh hurai panjang lebar. Oke, gambar penutup untuk entri kali ni memang sangat comel. Jom beli 1! 

cute sugar glider Sugar Glider Haiwan Lincah Dan Aktif





TQ for reading this ^ ^


I Suggest You Also Read



No comments:

Post a Comment