As-salam =)
Hai. Hari ini hari Ahad, alhamdulillah semuanya OK saja. Permulaan hari yang baik, harapnya. Celik saja mata terus solat, basuh baju dan angkut barang selebihnya dari blok G. Penat! Tapi, terubat juga penat bila tengok gelagat kucing ngada-ngada bertenggek depan bilik. Semuanya sibuk jamu selera dengan makanan kucing timbang tu. Sedap agaknya? Atau pun depa sangat-sangat lapar. Hehe, so comel!
Sekarang ni masa untuk aku berehat. Lepas ni sambung kerja lagi. Buka saja blog, aku amat tertarik dengan satu entri ni, mengenai 'Allah Melarang Hambanya Mengeluh'.
Mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasib orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang
yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Bila tengok saja sabda Rasulullah S.A.W di atas ni, aku rasa jahil sangat. Rasanya minggu lepas memang tak putus-putus aku mengeluh perihal bilik asrama, kan? Sampai mencarut. Sampai macam-macam kata-kata nista aku semburkan pada individu yang terlibat. Macam-macam aku doakan. Urut dada, isyhtifar. Ya Allah, apa sudah aku lakukan? Allah Maha Mengetahui. Mungkin sebab itu jodoh aku masih lagi tak sampai-sampai. Aku masih tidak layak pangku gelaran 'ISTERI'. Mungkin. Allah Hu Akbar. Betul rancangan Allah S.W.T. Aku masih budak lagi dalam menguruskan perihal hati. Lancar saja aku mengeluh bila semuanya tidak seperti yang aku rancang. Berkali-kali pula tu.
Dan, bila kita tengok orang mengeluh, pada masa yang masa, kita pun akan turut mengeluh sama? Kan? Rasa makin berat masalah yang dipikul, makin berat untuk selesaikannya. Betul kan? Rasa bersalah pula dekat kawan-kawan. Mesti diorang pun rasa terbeban sama. Ya Allah, berdosanya aku.
Bila dah tahu yang mengeluh itu berdosa, harap-harap aku boleh dan mampu untuk kurangkan mengeluh. Kadang-kadang kita mengeluh, cuma kita sendiri tak sedar. Kan? Apa yang mampu, mungkin keluhan boleh diganti dengan senyuman atau pun cuma sekadar ketawa kecil. Hilangkan stress. Bila semuanya serba tak kena, itu maknanya kita memang perlu walk away dari situ dan relax, sebelum sambung semula. Betul kan? Everything just fall off when we stress out. So, the best is to relax and chill out, until it feels right again.
Walau apa pun, aku bersyukur kerana berkat ketabahan kami semua, kami sudah pun ditukarkan ke blok dan bilik baru yang lebih releven dengan tahap kesibukan semester tahun akhir ni. Kami tak putus-putus merayu dan ikhtiar selesaikan masalah ni. Alhamdulillah. Bilik pun dah semakin tersusun. Cuma tinggal barang kecil-kecil saja yang masih belum diuruskan. Lepas ni boleh lah fokus study pula (konon kan?). Paling kurang pun, kurang sikit bebanan dan tekanan untuk belajar dengan uruskan bilik yang tak sudah-sudah.
Kan? Umur dah makin meningkat. Sepatutnya sudah banyak perkara yang kita dah tahu dan amalkan. Tapi aku? Masih di takuk lama. In fact, masih tak matang-matang. Masih kuat complain itu ini, situ sini. Sedih dengan diri sendiri.
Berdoalah supaya kita terhindar dari tanda kekafiran. Kita cuma hamba Allah S.W.T yang biasa, yang tidak akan lari bari berbuat silap. Oleh itu, sentiasalah berdoa memohon Allah S.W.T mengampuni dosa-dosa kita.
Hidup bukan sekadar di dunia sahaja, kan?
jgn persoal kenapa itu ini terjadi, tp usahalah bagaimana nak selesaikannya. itu yg aku cuba terapkan pada diri sendiri.
ReplyDeletekita ni hidup bukan lama atas dunia. live your life to the fullest. sounds bit cliche. tapi itulah hakikatnya. stay positif. basahi lidah dgn zikrullah. dah usaha, serahkan seluruhnya kepada Allah.
insya-Allah.