Monday, January 7, 2013

Bila berharap.

As-salam =)


Today got class. Lecturer ada mention pasal "susah bila dah berharap". Contoh situasi yang beliau bagi adalah lebih kepada situasi rumah tangga, atau situasi pasangan kekasih yang baru berangan nak bila mahligai. Kata beliau, kaum Hawa lebih banyak dan suka berimaginasi yang macam-macam, berbanding kaum Adam. Betul atau tidak? Aku pilih betul, sebab antara aku dan dia, memang akulah gerangannya yang suka fikirkan perkara yang indah-indah lepas kahwin nanti. Contohnya, nak berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa, makan duit gaji sorang-sorang, hubby tolong bayar duit kereta, dll. Kalau terbayang perkara-perkara ni, memang aku akan senyum selebarnya. Rasa disayangi sangat, kan? Tapi, memang amat bahaya kalau dalam stage percintaan sekarang aku dah mula bayang benda-benda ni 'cause I tend to feel the frustration kalau ia tak berlaku seperti yang dirancang dan dibayangkan.

Kan?

Ada juga situasi "susah bila berharap" ni yang, bila kita buat sesuatu kebaikan, kita berharap yang individu tersebut juga akan balas seperti mana kita pernah berbuat baik padanya. Aku mengaku, aku individu yang macam ni. Aku cepat rasa kecewa bila semuanya tidak seperti yang diharapkan. Hampa sangat! Boleh ganggu mood for the whole day. Contoh yang nyata, kita tolong teman seseorang ke mana-mana, tapi bila masa kita perlukan dia untuk temankan kita pula, he/she couldn't make it. Kalau alasannya kukuh kita bolehlah buat ubat hati, tapi kalau alasannya, "malaslah!', "eh, kau pergilah sendiri", "hmm.. tak mau pergi kot?", tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi, alhamdulillah, kawan-kawan kat sekeliling aku semuanya bukan jenis yang 'jual ikan' seperti yang dinyatakan. Bertuahnya badan, kan? Weee.

Contoh yang tak nyata pula, seperti kita berharap agar orang tak sakitkan hati kita, mengeji kekurangan kita dan memalukan kita di khalayak ramai, seperti mana yang kita selalu bertindak untuk tak sakitkan hati dia, tak mengeji kekurangan diri dia dan tak memalukan diri dia di khalayak ramai. Kita tak pernah mention anything pasal kekurangan dia. Tak terlintas. Tapi, bila semua tu berlaku, bila kita sendiri dah set tahap-tahap mana kita letak dia sebagai individu, bila dah berharap, rasa kecewa mula terbit. Susah nak padamkan. Tapi, cuma sekadar contoh. Alhamdulillah, tiada insan-insan yang sebegitu di sekeliling aku. Rasa hidup macam dalam syurga.. syurga.. syurga.. (impak gema). Haha. Haruslah fikir seperti hidup di syurga, kan? Baru hidup ceria-ceria selalu. Senyum sampai ke telinga sebab Allah S.W.T izinkan aku hidup di kalangan orang-orang yang baik hatinya, lurus perbuatannya. Hasad dengki? Jauh sekali. Nauzubillah. Ada ke yang nak berhasad dengki dengan aku? Aku ngak punya apa-apa yang boleh dibanggakan. LOL.

HAHA. Overstress ye? Tarik rambut nanti botak pulak.

Tulisan malam-malam macam ni penuh dengan emosi. Emosi redha dan pasrah. Tak ada apa yang boleh dibuat selain redha. Pahit mana sekali pun, alahai aku telan sahaja la. Campur budu cap Peladang sikit, tak adalah rasa pahitnya tu, kan? Senang macam tu. Tak perlu nak banyak cakap. Tak perlu nak heboh. Mengadu pada Allah S.W.T. Itu yang terbaik. Kalau orang lain nak riak atas kelebihan yang mereka ada, biarkan. Biarkan saja. Tengok dan telan saja. Mungkin kelebihan tu hanya sementara, siapa tahu? Aku sedang diuji, kau pun diuji juga. Jangan tak tahu. Ya Allah, tabahkan aku. Dah nak hampir sampai sempadan kesabaran dah ni. Jangan kerana tak sabar, habis segala aib aku perihalkan. Aku tak mau dicop sebagai mulut lantang, sibuk jaja gosip aib orang, aib sendiri tak terjaga. Minta simpanglah. 


Banyak yang boleh dihurai. Cuma malas. Baik peruntukan masa dengan sesuatu yang lebih manfaat. Banyak lagi yang perlu dikisahkan dari melayan asmaradana yang tak sudah-sudah. Paling kurang, buat sesuatu yang boleh buatkan aku tertawa dan gembira. 


Tidur dengan senang hati. Tidur dengan Robeerto sambil tengok Everybody Loves Raymond, repeat sampai pagi. Gembira. Semoga bila bangun esok pagi, dah boleh senyum puas-puas, senyum lebar, nampak ceria dan tak kusam-musam lagi. 

Weee ^ ^










I Suggest You Also Read



No comments:

Post a Comment