Thursday, January 17, 2013

#Coret.

As salam =)

Hari ni hampir dua bulan Babah bermastautin di negara orang. Rindu, sungguh! Kalau ada handphone canggih, boleh la jugak nak berviber, tapi malang sungguh handphone stok yang seminggu pun tak perlu charge. Lepas habis kelas, rehat-rehat, golek atas katil buat santapan minda dan jamuan mata. Terus log-in FB jugak. Belek-belek notifications yang sikit tu, 'Zainalabidin Said added 17 photos of you'. Sahih! Mesti gambar salji yang kami minta Babah upload tu. Tak dapat main salji, tengok salji pun jadilah. HAHA.

Orang Malaysia je giler main salji time sejuk2 ni.

Office cantik.

Put on a happy face.

HAHA. Gambar paling over!

HAHA. Tak sangka Babah pun sibuk nak tangkap gambar melompat jugak! Over-nya! Babah dah umur 55 tahun ni, yet still fit and look young! Alhamdulillah, masih sihat bebas penyakit. Sebab tu pihak atasan calonkan Babah untuk pergi berkhidmat ke Lubnan. Belive me, diorang bukan pergi sana untuk makan angin, main salji, shoping semua. Tapi atas dasar kerja. All about works. Pada hemat aku, askar-askar sangat pandai sembunyikan wajah sengsara, wajah pahit dan wajah payah. Tengok ajelah gambar-gambar atas ni, semuanya tersenyum riang. Tapi, sebenarnya bebanan kerja teramat-amat berat, kerja tak tentu masa. But, Babah never complaints! Respect him! 

Ada satu masa, aku dan kawan-kawan makan pagi di kantin, dan ada yang buka mulut tanya pasal Babah. "Yaya, bila babah pi Lubnan?", "Eh, dengar kata bapak kau pi oversea kan? Bila balik?", "Kalau pi bertugas kat oversea, gaji banyak!". Kadang-kadang orang lupa apa yang ada disebalik gaji dan elaun tu. Yes, aku mengaku yang memang kalau bertugas di kawasan perang and all that, ada peruntukan elaun. Memang ada. Tapi, berbaloi tak dengan beban kerja yang ada dan beban emosi berpisah dari keluarga? Macam mana aspek-aspek tu dinilai? Jawapan aku, not worth a RM! Bila dah pergi, susah nak balik. Kalau boleh balik pun, kejap sangat sebab kena gilir-gilir cuti. 

Tapi, alhamdulillah, setakat ni Babah dibenarkan balik masa bulan Ramadhan dan Syawal. Mungkin sempat berbuka puasa sama-sama lagi tahun ni dan sempat beraya juga. Walaupun kejap, tapi sekurang-kurangnya bolehlah terubat rindu kami pada Babah dan rindu Babah pada masakan mama dan Malaysia. Sibuk cakap bila balik Malaysia nanti nak makan banyak-banyak! Nak makan daging, kambing, sotong, udang, ayam! Makanan yang paling mengeliurkan Babah kat Lubnan ialah, KELI BERLADA! Asyik ulang tu aje bila buat videocall. Haiiissshh! Keli berlada memang hard to resist! Keli goreng bodoh pun asyik duk ngidam jek. HAHA. 

Tahun ni juga, kalau diizinkan Allah S.W.T, kami akan beraya dengan ahli keluarga yang baru. Insha Allah, masa Raya nanti, mungkin anak kakak dah boleh tengok dunia. Laki atau perempuan, belum ada khabar berita. Due bulan Julai. Aku sangat-sangat excited nak tunggu dua berita besar ni! Insha Allah. Doa supaya kami sekeluarga dipanjangkan umur untuk sama-sama rasa moment indah ni. 

Bila dah besar, umur dah masuk 20-an, memang sikit touching bila boleh kumpul dengan semua ahli keluarga, sebab dah jarang boleh berkumpul, jumpa dan makan sama-sama. Betul la tindakan Mama suruh kami semua makan sama-sama setiap kali waktu makan, sebab waktu tu ajelah semua akan berkumpul, tengok muka masing-masing. Bila makan, hati senang, perut kenyang, mood pun happy aje! ^ ^

Entah apa yang aku ngarutkan hari ni. Walaupun penat, tapi aku tetap happy dengan beberapa good news today! Alhamdulillah. HAHA. Perlu ke state di sini? ... masih tak perlu. 






I Suggest You Also Read



1 comment:

  1. sebak baca entry ni. family bonding ni selalu buat aku touching. wuwuwuwu

    ReplyDelete