Tuesday, January 15, 2013

Episod matang pula.

As-salam

Like a kid trying to be mature.

Sekali lagi bermula episod ditinggalkan dan harus berdiri atas kaki sendiri. Oh, sungguh-sungguh tak best bila semuanya kena buat sendiri. Rasa matang sangat pula. Praktikum Fasa III tinggal beberapa hari saja lagi. Persiapan dari segi external; baju-baju kurung pemangkin semangat and kasut hitam tinggi melangit dah lama aku siapkan. Hadiah sempena result 'alhamdulillah', kata Mama. Seronok bila tengok Mama dan Babah tersenyum dengan perkembangan aku. Alhamdulillah. Paling tidak, dapat gembirakan Babah jauh di negara orang. Sekurang-kurangnya berbaloi dengan pengorbanan yang Babah buat untuk kami sekeluarga. ILY.

Tapi, persiapan internal; mental? OMG. Terlupa. Haha. Aku amat memandang kepada first impression. Aku anggap first impression tu adalah the most important things, compared to anything else. How we talk, walk and dress, semua tu amat penting kepada orang sekeliling kita sebab dari situ mereka akan menilai tahap profesional kita, pada mulanya sahaja. Dan, secara tidak langsung, kita akan turut bersemangat untuk turut membuktikan bahawa penilaian orang lain terhadap kita tu adalah betul dan benar belaka. Tapi, itu aku. Orang lain aku tak tahu. Semangat aku datangnya dari baju, beg, kasut dan beg yang cantik-cantik, ikut personal taste . Haha. Boleh macam tu? Ngada.

Episod kali ini dah tak wujud makna 'hubby balik hujung minggu', sebab dia jauh di Nibong Tebal dan aku di Butterworth. Rasanya, akan kurang wujud juga episod, 'SMS - Sy kua mkn dgn bdk2 ni', sebab tahap kesibukan yang melampau-lampau bila masuk tahun akhir ni. Mungkin akan terus call sekali-sekala. Senang. Zaman SMS dah berakhir dah. Episod matang pula mula menerjah. Selain selangkah menuju alam kahwin, semuanya masih bosan.

Harap-harap di semester akhir sesi praktikum ni semuanya berjalan dengan lancar. 3 bulan di tempat orang, boleh stress kalau tak bijak atur jadual hidup, jadual kerja dan jadual sorak-sorai. Sorak-sorai mesti masuk juga dalam carta, oke? Wajib. Untuk nyahkan anasir-anasir stress.

Amat berharap untuk masih lagi boleh gelak tawa macam zaman foundation dulu, when there are no prejudices, at all - ^ ^ Walaupun makin lama nampak makin susah untuk perkara ni berlaku, masih perlu fikir positif untuk seru semangat praktikum. Penting sangat! Kalau tidak, boleh jadi mental break down.

Insha Allah.


I Suggest You Also Read



No comments:

Post a Comment