As-salam =)
Minggu ni cuma berhujung minggu di maktab sahaja. Tak ada ke mana-mana. Hasratnya nak uruskan segala persiapan untuk praktikum. Oh, kali ni tak ada 'hot hot chicken shits', memang betul-betul fokus ke urusan kemas bilik, balut fail dan buku RPH dan urusan-ursan peribadi yang lain. Adoi, tak mula lagi pun dah boleh rasa bahang praktikum final. Tak apa, keep on smiling! Stay positive, most of times.
Dari mula masuk semester, sampai ke hari ini, memang jarang dapat bergomol dengan bantal-bantal dan tilam empuk ditindih dua. Dari hari pertama hingga ke hari ini memang sangat sibuk, hinggakan tak ada masa untuk diri sendiri. Ada pun hujung minggu. Kesian! Nak dating pun dah tak berapa nak sempat. Sedih. Bukan setakat dating, nak jejak kaki ke library pun sampai terpaksa 'larikan diri kejap' dari kelas petang dan segala macam program yang last minutes. Ades! Sadis betul.
19.01.2013 - Hubby dah pun berangkat ke Nibong Tebal. Dengan rasminya, bermulalah episod matang. Semuanya kena berharap dekat diri sendiri, joli elaun sendiri, makan sendiri. Adoi, betul ni episod yang sedih! Mana ada pasangan yang bercinta kat maktab ni yang berjauhan? Semuanya dapat dekat-dekat. Aku tak kisah bab dating, sebab episod dating memang kena beku kejap untuk semester ni sebab sibuk dengan A.R (Action Research). Apa yang aku risaukan ialah dengan siapa aku nak bersembang, mengadu dan bergosip nanti? ..... Fasa praktikum ialah fasa yang stress dan banyak kerja, serius! Tambah-tambah pula kalau dapat surrounding yang kurang supportive. Walau betapa positifnya kita, akan ada masanya kita akan rasa down and give-up, betul kan? Itu yang paling aku risaukan sekarang. Hmmm... nak bercerita dengan family? Mungkin mereka akan kurang faham sebab mereka tak sama-sama berada di tempat aku sebagai pelajar IPG. Nak cerita lebih-lebih pun, macam menambah beban family. Oh, tidak! Cerita pada kawan? Bukan semua akan setuju dengan kita. Ramai yang lebih gemar beri komen dari mendengar.
Tapi, tak apa. Asalkan kita ingat Allah S.W.T, Allah akan sentiasa ada untuk kita, tak kisah masa susah dan masa senang. Hubby ada pesan juga, bila dah masuk fasa praktikum nanti, banyakkan solat Dhuha. Kalau boleh, kurangkan tepek make-up, eye-liner, etc. Hubby cakap, kalau dulu tak sempat nak jejak kaki di surau, masa praktikum ni peluang kita. Insha-Allah. Pesanan hubby lagi, tak perlu kejar dan taksub dengan tittle GURU CEMERLANG! Jangan lakukan sesuatu hanya kerana hendakkan pujian, tapi laksanakannya dengan lillahitaala (kerana Allah S.W.T).
Insha Allah =)
No comments:
Post a Comment