Tuesday, May 1, 2012

Apa erti sahabat?

As-salam
Aku tak tahu sama ada aku makin poyo, sibuk nak kejar dunia dewasa sampai tegar tinggalkan kegilaan dunia remaja secara total, atau dia sendiri yang dah berubah. Aku sibuk canangkan pada dunia tentang dia, dan aku tahu dia pun canangkan perkara yang sama. Cuma, berapa rapat aku kenal dia? Dan sejauh mana pula dia kenal aku? Itu yang menjadi persoalan sekarang.

Boleh dikatakan aku tak tahu menahu langsung apa yang terjadi dengan hidup dia. Memang kadang-kadang aku atau dia akan mesej tanya khabar, tengah buat apa, bila balik, tapi semua tu hanya berhenti setakat itu sahaja. Sedih, kan? Kawan baik cuma hanya di mulut sahaja.

Bila dapar khabar tentang dia, aku betul-betul terkejut. "Apa dah jadi?", aku tanya. Dia cuma balas, "Nanti aku dah balik aku mesej kau, okay? Aku tengah bersosial ni". Aku terkejut juga dengan jawapan tu, cuma aku gagahkan hati, sedapkan hati sendiri. Jam dah pukul 12.00 kot? Masih di luar?

Aku memang kenal dia sebegitu, cumanya aku ingat zaman foya-foya kami dah lama tamat. Tapi, rasanya tidak! Entah! Aku jadi tak tahu nak cakap macam mana. Betul la cakap orang, "Makin kita kenal seseorang tu, makin kita nak menjauhi dia".

Terbukti benar.

Tapi, aku tak akan sekali-kali tinggalkan dia. Aku cuma sedih dan sedikit kecewa. Itu sahaja. 

I Suggest You Also Read



No comments:

Post a Comment