Monday, October 24, 2011

PART1: Aku pun hodoh juga!

As-salam =)

Dah lama sangat rasanya aku tak post dalam Bahasa Malaysia, kan? Tiba-tiba rasa rindu! Post dalam BM ni lebih senang nak express feeling. Oh, sudah! Dah jadi ‘bahasa rojak’ daa... Haha inilah akibatnya kalau lidah terlatih dengan satu perkara saja. Jadi sikit kekok! Tulis dalam BM pun ayat susah nak keluar ‘bahasa pasar’. Asyik-asyik ‘bahasa baku’. Hmm..

24.10.2011 – 12.45 tengahari :
Aku masih di sekolah, berehat-rehat di Bilik Sakit yang mama dan aku hias. Pedih rasanya muka ni dek bahang sang matahari. Sg. Petani dah makin panas sekarang. Pukul 10.00 pagi pun teriknya hingga menangkap ke kepala. Pening! Asyik-asyik expose to sunlight! Kalau hari-hari macam ni, bila baru boleh aku cerah balik?

Mama baru aje kol aku, minta aku ke naik ke kelas 3 Maju. Sesi bergambar la! What else? Mama minta aku tangkap gambar ruang-ruang kelasnya. Mama sangat eager, seolah-olah macam satu arahan pula! Haha. ‘kau tak buat, kau mati!’. Takutnya! So, aku pun dengan malasnya melangkah ke blok sebelah dan naik ke tingkat satu. Tangkap gambar sikit (ambil syarat jek!) then turun balik ke Bilik Sakit.

Mata aku tertancap ke satu sudut. 

PONDOK REHAT

Aku teringat lagi satu kejadian yang berlaku sembilan tahun lepas di pondok rehat tu. Aku, Jannah, Bariah dan Nadhirah memang empat sekawan. Anak pegawai, so seolah-olah kami ni already build up a team. Lebih serasi. Plus, hidup pun  berjiran. Sembilan tahun lepas, aku berumur 12 tahun. Aku sangat hodoh – berbadan besar, mata sepet, berkulit gelap, gigi tak tersusun, bau badan, kurang cerdik, tak aktif, kurang berkemahiran, dll. Dalam selection untuk persembahan Hari Anugerah Cemerlang, nama aku langsung tak tersenarai. Sedih! Sedangkan kawan-kawan aku yang lain semuanya dipanggil untuk persembahan tersebut. Tinggallah aku sorang-sorang terkontang-kanting.

Aku kecil hati! Aku sangat terasa!

Bukan salah kawan-kawan, tapi salah cikgu yang menilai! Bila dah dewasa dan bakal menjadi seorang guru, aku lebih faham kenapa cikgu tak pilih aku. Cuma, kata-kata yang cikgu tersebut lontarkan pada aku ketika tu membuatkan aku lebih mengasingkan diri. Aku tak yakin! Aku malu dengan diri sendiri! Di pondok itulah aku menangis semahu-mahunya. Aku tak peduli budak-budak lain yang lalu-lalang. Persetankan!

Bila di IPG, satu kejadian yang hampir serupa berlaku pada aku. Aku terus teringat kejadian masa di sekolah dulu. Kejadian ni lah! Aku seolah-olah hilang keyakinan diri. Aku kembali rasa hodoh! ... and major looser! Bukan mudah untuk aku bangkit semula dari kejatuhan. Tak mudah! Masa yang aku ambil sangat panjang dan kadang-kadang aku terbawa-bawa perasaan tu. Aku tak professional!

Di usia yang hampir mencecah 22 tahun, perlahan-lahan aku bina keyakinan aku terhadap diri sendiri. Aku mula sayangkan diri dengan beri lebih peluang untuk aku perbaiki kesalahan. Aku belajar untuk kurangkan sikap ‘perfectionist’. ‘Perfectionist’ sebenarnya hanyalah alasan yang aku reka bagi menutup kelemahan aku mengawal emosi, terutama apabila masyarakat di sekitar bercerita tentang kekurangan diri aku. Aku selalu ingat yang aku mampu memuaskan hati pelbagai pihak dalam satu masa, tapi tak! Aku salah! Aku bukannya Malaikat. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu pun berbuat dosa kepada Allah S.W.T, inikan pula hamba biasa di akhir zaman. 

I Suggest You Also Read



1 comment:

  1. hey!
    ingat lagi pondok tu oh! terus teringat zaman sekolah rendah! xpe tirah.tu semua cereta dulu. sekarang kaudah cun.kurus dah. let bygones be bygones yah! =)

    ReplyDelete