As-salam =)
Sudah hampir 3 tahun aku bertapa di IPGKTB sebagai guru pelatih aliran PJ. Berbagai karenah yang aku dah nampak, baik di IPG sendiri mahu pun di sekolah. Ayat lazim yang tak akan terlepas dari lubang telinga aku ialah:
"Blajaq pa PJ tinggi-tinggi? Nanti pi skolah duk bawah payung jugak. Budak main netball, cikgu duk pakai kebaya sendat terjerit-jerit dari bawah payung!"
Hmm.. setiap kali dengar orang cakap macam tu, setiap kali tu la telinga aku panas, berdesing pun ada! Hello! Segelintir cikgu aje yang akan buat macam tu, okay? Tak perlu lah nak samakan setiap orang. Aku terkejar-kejar, jatuh bangun, tidur lewat... pendek kata berusaha gigih nak dapatkan Ijazah PJK tu. Bukan senang-senang, tahu?
Sigh! Sigh! Sigh!
Di entri yang lepas bertajuk Coaching or Courting?, aku ada tulis mengenai hari aku sebagai seorang pengadil Bola Jaring di satu sekolah di Sg. Petani, Kedah. Aku dan mama jadi pengadil untuk sekurang-kurangnya enam perlawanan (kot? haha!) berbentuk liga. Muka aku yang dah sedia burn, bertambah burn lagi! Muka pun jadi pedih-pedih dek cuaca yang terlalu terik. Okay, itu satu bukti yang agak kukuh untuk buktikan payung bukan sahabat baik perempuan! Sebenarnya, tak dosa pun nak berpayung. Tapi kena sesuai la dengan tempatnya, ye tak? Berpayung tengah padang nampak macam gedisss la pula!
Okay, beralih ke bukti kedua!
Perlawanan Bola Jaring dan Bola Sepak berlangsung serentak. Obviously, Bola Sepak sudah tentu cikgu lelaki yang jaga kan? But, believe me or not, cikgu lelaki tu yang berpayung!
HAHAHAHA! HAHA!
Tak tipu punya! And of course la aku tak dapat sertakan gambar kat sini. Aku cuma pandang dari jauh. Alahai, sedap betul cikgu tu berteduh bawah payung! Aku dan mama kat sini dah macam udang celup garam dah. Tunggu masa aje nak dibakar! Cikgu lelaki tu senang-senang je lepas tanggungjawab dia kat budak-budak. Suruh budak-budak yang jadi pengadil, penjaga masa. Dia pula mengalahkan cikgu perempuan. Terjerit-jerit dari luar padang, pegang payung! Apa cer?
Sumpah lawak!
Masalahnya bukan cikgu spesis lembut pun. Confirm tulen sebab dah kahwin dan ada anak dah pun! Jadi, makanya dengan ini, sudah terbukti lah bahawa payung bukan sahabat baik perempuan! Cukup-cukuplah aku dengar ayat lazim tu. Dah naik bohsa sangat dah! Tolonglah cari modal lain. Dah basi!
No comments:
Post a Comment