Friday, August 26, 2011

Terima aku atau tidak?

As-salam =)

Banyak yang berubah tentang diri aku selepas empat tahun meninggalkan bangku sekolah. Alhamdulillah, semuanya ke arah peyempurnaan kendiri yang positif. Perubahan yang berlaku membuatkan aku semakin matang dalam berfikir dan berkata-kata. Namun, ada masanya juga aku tidak berkelakuan rasional dan lebih daripada budak-budak. Berkecil hati.

Aku sendiri tak berapa faham dan tahu apa yang aku rasakan di saat ini. Mahu menangis kaa? Terkilan dan berkecil hati? Kenapa? Perasaan bercampur-baur, menerbitkan satu perasaan yang 'biasa'? Oh, okay! Aku faham. Tidak berperasaan. Itu yang aku rasakan sekarang. Tapi, bukannya 'tidak berperasaan' yang macam bertindak sewenang-wenangnya, marah dan maki-maki orang lain, mengamuk dan sebagainya. Tidak sama sekali! Cuma aku sendiri tak pasti apa yang sepatutnya aku lakukan sekarang. 

Assignments? Tolak tepi dulu. 
TV? Oh, bosanlah! 
Laptop? Untuk apa?
Tidur? Aku payah untuk tidur bila hati tak tenang.
Solat? 

Dulu, aku tak pernah terfikir untuk solat setiap kali aku dilanda musibah. Maksud aku, aku tidak memandang solat sebagai langkah pertama untuk menyelesaikan masalah remaja yang aku hadapi. Pada aku, solat hanyalah solat. Solat itu wajib dan that's it. 

Mengadu pada Allah S.W.T. Itu yang sepatutnya. Semoga apa yang berlaku lebih mematangkan aku dan dia. Semoga kami sama-sama kuat menempuh dugaan ini.


Ya Allah, jika dia adalah pasanganku, maka kuatkan diri kami mengharungi dugaan Mu. Kuatkan kami, Ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Besar dan Maha Mengetahui. :'(

Semoga dengan apa yang telah berlaku menjadi pengajaran kepada kami di kemudian hari.

I Suggest You Also Read



No comments:

Post a Comment