Friday, August 26, 2011

Bertuahkah kita?


Fikiran aku sekali lagi melayang memikirkan Aiman dan Irfan. Macam mana kehidupan mereka? Macam mana persediaan Raya mereka? Folder gambar aku buka. Tatap gambar gelagat kanak-kanak istimewa di SK Sg. Petani. Sangat comel, terutama bila mereka menari dan mengajuk aksi ayam ketika lagu ‘Chicken Dance’ dimainkan guru! Bahagianya mereka. Manusia biasa dan normal macam kita jarang sekali boleh merasa bahagia macam tu. Kadang-kadang aku terfikir, bertuahkah kita dilahirkan normal? Atau mereka yang bertuah? ..kerana syurga Al-Jannah ganjaran untuk mereka. Kita? Syurga atau neraka bergantung kepada amalan-amalan kita ketika di dunia persinggahan ini.

PERMATA HATI



Allah S.W.T telah menentukan segalanya. Manusia saling melengkapi. Manusia yang dilahirkan sihat fizikal dan mental memerlukan mereka-mereka yang istimewa untuk hidup, untuk dibantu, untuk berbakti, menambah amalan-amalan kebaikan untuk di bawa ke alam yang kekal, Akhirat. Begitu juga sebaliknya. Mereka yang istimewa memerlukan mereka yang normal, sihat dari segala segi sebagai pengajaran dan peringatan kepada mereka, sebagai pembantu menguruskan hal-hal harian; membantu menguruskan diri, solat dan sebagainya.

Adilnya-Mu, Ya Allah.

Terima kasih kerana telah mempertemukan kami. Aku bersyukur kepada Mu. Panjangkan jodoh kami, Ya Allah. Bantulah aku untuk membantu mereka. Tetapkan niwaitu ku, Ya Allah. Jauhi aku dari sifat riak dan tidak bersyukur atas kurniaan Mu.

Amin. 

I Suggest You Also Read



No comments:

Post a Comment