As-salam =)
Ada segelintir masyarakat menganggap bahawa kanak-kanak kurang upaya (OKU) ini sebagai insan yang hina. Malah, ada ibubapa yang sanggup menyembunyikan anak mereka yang OKU di dalam rumah, kononnya malu anak mereka tidak dilahirkan sempurna. Ya Allah, sesungguhnya mereta tidak sedar betapa beruntungnya mereka dipilih Allah S.W.T! Anak jenis ini syurga tempat mereka. Sesungguhnya anak-anak ini yang akan menghulurkan tangan tatkala ibu dan bapanya hendak dicampakkan ke neraka. Ya Allah, beruntungnya mereka!
Sejujurnya, aku pernah mempunyai perasaan takut untuk mendekati mereka yang OKU, terutamanya syndrome down. Alasanya, reaksi mereka tidak boleh dijangka atau dalam erti kata lain agresif. Tapi, Allah S.W.T telah menjodohkan aku dengan insan-insan seperti ini. Nur Syukrina bt. Ahmad, insan pertama yang aku dekati. Ina sangat suka dan sayangkan aku. Mana-mana aku pergi, dia akan ikut. Makan dan mandi semuanya kalau boleh dia nak aku yang lakukan untuk dia. Ina sangat manja! Tak hairanlah Fendi sangat sayangkan dia.
25.8.2011, aku menjejakkan kaki ke kelas Pendidikan Khas, SK Sg. Petani. Hajatnya cuma nak duduk seminit dua, tapi lain pula yang jadi. Aku jadi sangat tersentuh dengan kanak-kanak ini. Sayu dan bersimpati. Tapi, bila difikirkan kembali, sepatutnya mereka yang sayu dan bersimpati kepada kita, insan-insan yang dilahirkan normal. Syurga atau neraka kah tempat kita?
Fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment