As-salam =)
Selamat hari Selasa! =) Hari ini telah aku luangkan masa dengan kemas dan susun segala bahan-bahan berupa longgokan kertas nota dari maktab. Aku aturkan ikut subjek dan file kan. Huh! Bukan sesuatu yang mudah tahu sebab itu semua kerja yang tertangguh. But, bukan itu yang aku hendak coretkan di sini. Aku terjumpa buku RAPI 15 SEPT 2011, front page gambar Nurul Abd. Wahab. Jangan salah sangka, ok? Bukan nak bercerita tentang janda Ajai tu, just nak berkongsi dengan tips kecantikan, terutamanya dengan para gadis dan wanita sekalian mengenai urutan wajah.
Aku pernah post entri mengenai 'urutan wajah' ni zaman dulu kala. Disebabkan connection tak begitu menggalakkan, so kalau nak baca kenalah do it the old ways - browse the list of entries.
APAKAH KEBAIKANNYA?
Dengan melakukan urutan wajah, anda mampu melewatkan penuaan sehingga sepuluh tahun! Hebat bukan? Dengan melakukan urutan wajah, tubuh juga akan merasa lebih bertenaga kerana peredaran darah berlaku dengan baik pada wajah anda. Semasa proses urutan dilakukan, kulit mengalami self exercise yang bertindak merawat sel-sel kulit rosak, meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan.
WANITA PERLU MELAKUKANNYA!
Beberapa golongan wanita yang mempunyai masalah berikut adalah lebih disarankan untuk melakukan urutan wajah:
- Jika anda ingin meningkatkan tahap keyakinan diri, maka urutan wajah ini amat membantu!
- Benar-benar berhasrat mendapatkan kulit yang lembut dan licin.
- Apabila di lihat pada cermin, kulit wajah anda mula menunjukkan tanda-tanda penuaan seperti pigmentasi, jeragat dan kedutan halus (pra-penuaan), maka segeralah melakukan urutan wajah.
LANGKAH-LANGKAH URUTAN WAJAH YANG ASAS:
- Dahi
Tangan kiri diletakkan pada dahi dan mulakan urutan menghala ke ubun-ubun rambut. Gunakan teknik urutan secara memutar di sepanjang garisan rambut. Urut lembut bahagian tepi dahi. Ulang proses yang sama menggunakan tangan kanan pula.
- Pipi
Menggunakan kesemua jari anda (bahagian belakang), urut lembut bahagian pipi. Mulakan urutan dari dagu ke telinga diikuti pad bahagian tepi hidung ke telinga. Kemudian, urut lembut bahagian bawah mata ke tepi dahi.
- Dagu
Gunakan jari tengah dan jari manis untuk mengurut lembut bahagian dagu anda sebanyak lapan kiraan. Ulang proses untuk beberapa kali.
- Mulut
Masih menggunakan jari yang sama, urut bahagian tepi, atas dan bawah mulut. Lakukan sebanyak empat kali kiraan.
- Hidung
Gunakan jari tengah untuk mengurut lembut bahagian kiri dan kanan hidung dalam gerakan membulat. Urutan haruslah bermula dari bawah ke atas. Gunakan jari tengah da jari manis unutk mengurut hidung mancung anda. =)
- Mata
Urut lembut bahagian bawah pangkal mata (kiri dan kanan) dengan menggunakan jari tengah dan jari manis. Halakan ke bahagian hujung mata. Menggunakan jari yang sama, urut lembut bahagian atas pangkal mata (kiri dan kanan) dan bawa urutan terus ke hujung mata.
**********************************
Jika anda perasan, ada macam-macam teknik urutan wajah yang disyorkan. Walaupun begitu, anda sendiri haruslah cekap dan bijak untuk memilih teknik urutan yang anda rasakan terbaik dan mampu diamalkan. Contohnya, aku pernah terbaca di dalam majalah DARA mengenai teknik urutan wajah. Bagi bahagian MULUT, jika ada di kalangan anda yang bermimpi untuk mendapatkan bibir seperti ANGELINA JOLIE dan KILAFAIRY,
"Kepitkan kedua-dua bibir anda (atas dan bawah) dengan jari tengah dan jari telunjuk. Urutkan dari bahagian dalam bibir ke luar secara lembut dan berulang. Untuk kesan terbaik, pastikan bibir anda dioles dengan pelembab bibir atau minyak zaitun untuk memberi kelincinan di samping merawatnya".
SELAMAT MENCUBA! =)
p/s: Walauapa pun jenis teknik urutan yang diberikan, pastikan teknik tersebut tidak dilakukan dengan mengurut wajah ke bawah kerana mampu mempercepatkan proses kedutan dan face sagging.
No comments:
Post a Comment