As-salam =)
Muka kita bekerja keras setiap hari membantu kita bernafas, mengunyah, bercakap, ketawa, menangis, berkerut dan pelbagai lagi ekspresi muka. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan kedut dan garisan muka mulai timbul. Muka mempunyai 10 kumpulan otot di bahagian dahi, sekitar mata, pipi, sekitar mulut, dagu dan akhir sekali leher. Muka kita juga perlukan rehat dan senaman untuk mengurangkan tekanan otot dan memperbaiki peredaran darah. Lakukan senaman muka selama 5 minit setiap hari di hadapan cermin.
Oh, saya perlukan latihan yang sangat banyak untuk buat senaman muka! =( Ekspresi yang sama jek! |
Senamam mulut, perhaps? |
p/s: Tengah lap air liur Shasha yang terpercik! |
Itu adalah antara contoh ekspresi senaman muka yang telah kami lakukan pada malam ke-3 raya 2010. Bukanlah ekspresi yang cantik dan terbaik pun, tetapi bolehlah diadaptasikan contoh-contoh di atas untuk diasimilasikan dengan idea-idea senaman muka baru yang lebih segar dan berkesan.
SELAMAT MENCUBA! =)
No comments:
Post a Comment