Saturday, October 23, 2010


**Cantikkan muka Dato' Siti walaupun tanpa make-up? Mulus kulit dia!


Melihatkan bentuk tubuh dan kulit wajah penyanyi tersohor tanahair kita, Dato' Siti Nurhaliza pasti sahaja ada dikalangan wanita di luar sana yang termimpi-mimpi dan paling tidak pun berangan-angan untuk memiliki tubuh dan kulit cantik sepertinya. Siti yang dibesarkan dengan penuh adat budaya pasti’nya menyanjung tinggi setiap apa yang diwariskan kepadanya. Begitu juga dengan amalan petua yang digunapakai sejak dahulu lagi. Tidak menolak kecanggihan terkini, apa yang penting bagi Siti amalan tradisional itu menjanjikan pengalaman yang luar biasa.

Bagi Siti, untuk mendapatkan kulit licin, ambil tepung pulut dan campur’kan dengan air. Kemudiannnya, sapukan pada muka sebelum tidur. Jangan pula lupa basuh muka keesokan hari’nya. Begitu juga dengan penjagaan kulit, Siti gemar mengambil madu lebah dan di’campur dengan putih telur. Selepas itu, ianya di sapu pada muka sehingga kering dan kemudian bilas selepas 30 minit. Itu bagi memiliki kulit halus dan bersih. Mungkin ada yang tidak perasan kulit kering dan bersisik itu sebenarnya mencacatkan penampilan seseorang. Untuk itu, bagi mengelakkan perkara itu terjadi Siti amalkan mengambil hampas kelapa dan campurkan dengan air asam jawa. Selepas itu, disapukan pada tempat kulit yang bersisik. Buat berulang kali dan insya-Allah kulit tidak akan bermasalah lagi.

I Suggest You Also Read



No comments:

Post a Comment