Saturday, October 23, 2010

LIMA JENIS MAKANAN DALAM SENARAI BARANG DAPUR

Bayam

Sayuran hijau ini merupakan sumber utama phytochemical lutein. Menurut Dr. Steven dalam bukunya, Superfoods RX, sayuran ini merupakan makanan terbaik dalam menghindarkan katarak mata. Kandungan Lutein di dalam sayuran ini bertindak sebagai pelindung UV, melindungi mata daripada panahan terus cahaya matahari. Bagi mereka yang gemar memakan makanan yang kaya dengan karotena, risiko untuk mendapat penyakit berkaitan dengan perut adalah kurang.

Bukan itu sahaja, mereka juga tidak perlu bimbang akan penyakit berkaitan kanser seperti paru-paru, prostat ataupun pundi kencing. Jadi elakkan memasak sayuran terutamanya sayuran hijau ini terlalu lama kerana akan menyebabkan sayuran ini kehilangan nutrient terbaiknya yang dapat membantu mengelakkan penyakit kronik.

Salmon

Menurut kajian, pengambilan daging salmon dalam makanan anda merupakan antara diet paling sihat. Ini kerana, daging salmon baik untuk kesihatan jantung. Kandungan fatty asid di dalam daging salmon serta ikan lain seperti halibut, tuna, sardine dan mackerel juga baik untuk membantu mengurangkan masalah rheumatoid arthritis dan masalah kulit seperti psoriasis.

Bijiran oat

Jika dibandingkan dengan lain-lain bijiran, bijiran oats mempunyai lebih banyak asid linoleic, vitamin B, vitamin E, protein dan serat yang tinggi. Kajian di golongan yang mengamalkan diet rendah lemak mendapati mereka yang mengambil 35 hingga 45 gram oat sehari berjaya menurunkan jumlah keseluruhan kolesterol di dalam badannya sehingga lebih dari 3% jika dibandingkan dengan mereka yang tidak memakan oat. Lebih mengejutkan, mereka juga berjaya menurunkan 14% kolesterol jahat dengan mengamalkan oat. Namun, hati-hati dengan oat segera kerana ia mengandungi lebih banyak gula dan tidak sihat untuk badan.

Tomato

Tomato merupakan sumber terbaik lycopene, iaitu sejenis anti-oksida yang berpotensi mengurangkan risiko penyakit jantung jika diamalkan. Jika membeli tomato, pilihlah tomato yang mempunyai warna dan bentuk yang paling merah sekali kerana ia mencerminkan kandungan lycopene yang terdapat di dalamnya. Tomato juga mempunyai anti-oksida vitamin A, C dan E. perlu diingati, walaupun tomato segar baik untuk anda, tetapi memasaknya member lebih faedah kepada kesihatan anda. Tomato yang dimasak meningkatkan kebolehan tubuh menyerap lebih banyak kandungan lycopene yang terdapat di dalm tomato tersebut.

Kekacang

Makanan jenis kekacang amat diminati. Memakan kekacang beberapa kali seminggu mengurangkan risiko megidap penyakit jantung kepada lebih 39%. Ini kerana kekacang mempunyai monounsaturated fat yang boleh meningkatkan kandungan lemak ‘baik’ di dalam tubuh anda.

Kekacang seperti badam dan hazel kaya dengan vitamin E, manakala kacang Brazil mengandungi selenium, kacang pecan pula mengandungi asid ellagic, yang mana ia adalah anti-oksida yang amat penting dalam melawan penyakit kanser. Gajus dan kacang pistasio mengandungi potassium yang tinggi untuk mengawal tekanan darah manakala walnut pula mempunyai kandungan asid Omega-3 yang tinggi. Jangan silap! Kacang mengandungi kalori yang tinggi namun bebas lemak. Jangan takut untuk memakan sedikit kekacang di dalam diet anda.


Sumber: Majalah Wanita bil. 1189, isu 1-7 Septermber ‘08

I Suggest You Also Read



No comments:

Post a Comment