Sunday, October 24, 2010

Rahsia di sebalik rambut


SETIAP orang sama ada lelaki atau perempuan mahukan rambut yang menarik dan menawan hati sesiapa yang memandang. Sebab itulah di zarnan moden dan canggih ini, berbagai-bagai jenis dan jenama syampu telah direka khas untuk membolehkan rambut dapat dijaga dan dirawat dengan rapi. Agar kelihatan menarik dan berseri?

Perlu diingat, rambut yang berseri dan menawan bukanlah hanya dengan mejaga melalui perawatan kecantikan sahaja. Bahkan dara seseorang itu juga memainkan peranan penting dalam memberikan bentuk rambut yang cantik. Sebab itulah kalau kita lihat seseorang gadis yang masih suci rambutnya akan kelihatan lebih menarik, tidak kasar atau kadangkala seperti tidak bermaya. Bagi mengatasi rambut anda tidak disentuh oleh lelaki perlulah anda tudung kerana selain daripada rambut anda menjadi tumpuan dan daya tarik pandangan lelaki dari segi kesihatan, rambut yang terkawal daripada habuk, dan segala benda yang terbang dan hinggap di rambut anda akan dapat dielakkan sama sekali.

Sebab itulah rambut yang sering ditutup, apabila dibuka akan kelihatan kemas dan menarik. Satu lagi kelemahan yang terdapat jika anda memdedahkan rambut anda dan terbiar begitu sahaja walaupun anda menjaganya setiap hari dengan berbagai rawatan ialah kulit kepala anda akan diserang kelimumur.

Berdasarkan kajian rambut yang menarik, adalah rambut yang sering dibalut dengan apa juga peralatan. Sebab itu Islam mewajibkan perempuan memakai tudung bukan saja bertujuan untuk menutup salah satu aurat anda, malah ianya menjamin kesihatan rambut dan kulit kepala anda daripada sebarang gejala penyakit.

Disamping menjaga diri daripada pandangan tidak sopan dan gangguan seksual lelaki anda perlu memastikan yang rambut anda itu akan menjadi satu daripada mahkota kecantikan yang azali.

Untuk pengetahuan anda seorang perempuan yang sudah berumahtangga jika
suaminya sering membelai rambut isterinya maka anda akan kelihatan lebih jelita.Selain daripada itu isteri atau perempuan yang sering menerima belaian pada rambut akan kelihatan lebih muda dan sentiasa berseri.

Sewajarnya perilaku yang pernah anda lakukan sewaktu di alam percintaan sebelum berumah tangga, iaitu membelai rambut pasangan anda, hendaklah diteruskan cara itu kerana ianya mampu mengekalkan keharmonian rumahtangga anda. Tetapi jarang benar kita lihat pasangan yang sudah berkahwin mahu melakukan belaian pada rambut isteri seperti di alam percintaan.

Rambut adalah aurat yang senang dikesan bahawa pemiliknya sudah tiada dara. Ini dapat dibuktikan jika setiap kali seseorang perempuan yang akan diijab kan akan melalui proses mengandam. Dalam proses mengandam ini selalunya akan adanya suatu acara memotong dan rnencukur anak rambut yang tumbuh di dahi, tengkuk dan di sebelah kiri dan kanan telinga. Rambut ini dikenali sebagai rambut dara.

Walaupun anda pernah mencukur dan menggunting anak rambut ini, seorang gadis yang masih suci akan dapat diketahui kesuciannya melalui proses mencukur anak rambut oleh Mak Andam. Untuk tujuan memastikan anak rambut ini mampu membuktikan si gadis itu masih suci (dara) atau tidak ianya memerlukan sebiji kelapa muda yang ditebuk dan mengandungi air. Rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam air kelapa muda ini. Jika anak rambut terapung sahaja dipermukaan air kelapa, ini bererti si gadis itu masih perawan. Tetapi jika sebahagian atau kesemua rambut itu tenggelam ini bererti si gadis itu sudah tiada perawannya.

Melalui proses inilah, kadangkala kita selalu mendengar ada Mak Andam yang tidak boleh menyirnpan rahsia tentang pasangan pengantin yang mereka andamkan. Awas!! Ini bukan salah mereka, anda tidak perlu risau sewaktu anda akan melangsungkan perkahwinan kelak. Kesilapan yang lepas boleh diubah dengan berbagai-bagai cara jika anda fikirkan untuk kebaikan diri anda sendiri.

Selain daripada itu, rambut juga boleh membuktikan seorang gadis itu sudah hilang dara atau masih suci. Seperti kebiasaan jika kita bersiar-siar dan dihadapan kita, berjalan seorang perempuan yang kita tidak kenal siapa dirinya. Sama ada dia adalah isteri orang atau masih gadis lagi atau janda. Rambut seorang gadis adalah terlalu lembut,jika ditiup angin rambutnya akan mengerbang dan kembali ketempat asalnya.Sebaliknya rambut seseorang yang sudah berkahwin akan kelihatan sukar untuk kembali ke dudukan asalnya setelah ditiup angin.

Mungkin terdapat juga rambut seorang perempuan yang sudah berkahwin seperti masih anak gadis dan berseri. Ini berlaku, kerana walaupun perempuan itu telah berkahwin,sebelum perkahwinannya, dia tidak pernah melakukan perbuatan sumbang atau berasmara walaupun dengan bakal suaminya *(di alam pertunangan). Lantaran daripada sikapnya yang menjaga kesucian diri sehingga di malam pertama, Tuhan telah
mengurniakan suatu daya penarik kejelitaan pada wajahnya. Untuk makluman anda persetubuhan malam pertama oleh seorang gadis yang terlalu suci dengan seorang lelaki yang juga teruna akan menyerikan hidup mereka bukan sahaja keperibadiannya malah segala-galanya temasuklah susuk tubuh badannya. Sebab itulah berbagai-bagai petua
orang tua-tua yang perlu kita lakukan di malam pertama sebelum melakukan persetubuhan dan selepas melakukan persetubuhan tetapi dengan syarat pasangan itu adalah pasangan yang bersih dari segala dosa maksiat sebelum berkahwin.

Berbalik soal rambut boleh membuktikan samada kegadisan seseorang itu telah hilang atau masih suci, ingin saya terangkan satu petua yang mudah untuk sama-sama kita gunakan sebagai pedoman mencari kebaikan. Rambut seseorang gadis yang masih suci selalunya tidak kelihatan begitu menarik dengan mereka yang biasa menerima belaian pada rambut daripada lelaki. Kenapa saya katakan begitu, ianya disebabkan anak
gadis remaja yang mula pandai berdandan, bijak tentang pentingnya rambut sebagai daya tarik kepada lelaki.

Lantaran daripada itu, mereka tidak bersedia menguruskan rambut mereka agar kelihatan lebih berseri dan menarik. Sebaliknya jika kita lihat rambut anak gadis kelihatan menarik dan berseri kerana sentiasa disikat rapi ialah kerana dia sudah mengetahui rahsia rambutnya yang sering menjadi pujian kaum lelaki atau sekurang-kurangnya teman lelakinya yang kerap kali bertemu dengannya membelai dan memuji rambutnya.

Ini adalah satu faktor atau asas yang membolehkan anda terutama lelaki yang ingin mengenali sifat seorang gadis. Jika kali pertama anda mengadakan temu janji untu bersiar–siar di hujung minggu dengan si gadis yang baru anda kenali, maka terjadilah titik permulaan untuk memuji kecantikan si gadis yang anda bawa bersiar-siar itu. Pastikan yang anda sentiasa memuji kerapian rambutnya. Si gadis akan berkata yang rambutnya sudah tidak bermaya lagi kerana kadang-kala diserang kelemumur atau lain-lain penyakit yang bersangkutan dengan kesuburan rambutnya. Waktu itu si gadis akan memegang dan membelai rambutnya berkah-kali. Ini bukan bermaksud dia prihatin terhadap penjagaan rambutnya, sebaliknya inilah peluang bagi anda yang diberikannya untuk anda membelai rambutnya. Si gadis tidak akan marah jika anda menyentuh rambutnya walau dibelai dengan lebih mesra. Pada kebiasaanya gadis yang sudah biasa menerima belaian rambut dari lelaki apabila bertemu dengan lelaki lain dia tidak segan-silu untuk membenarkan rambutnya juga dibelai oleh anda (tidak kira lelaki itu baru dikenali). Tetapi tidak semua gadis yang mudah anda belai rambutnya bererti dia sudah tiada dara. Kemungkinan si gadis ini memang manja dan suka dengan belaian lelaki tetapi tidak hingga ketahap hubungan seks.

Kebanyakan gadis yang tiada dara boleh dikenali melalui rambutnya ialah dengan meneliti sewaktu anda berpeluang membelai rambutnya. Rambut anak gadis yang sudah tiada dara, biasanya akan kelihatan lesu dan tidak bermaya. Ini berlaku kerana setiap persetubuhan yang mereka lakukan tidak direstui Tuhan. Setiap perkara yang tidak direstui oleh Tuhan, maka balasannya ialah kehinaan belaka. Maka hilang serinya rambut seorang gadis itu adalah berpunca daripada perbuatan yang hina ini.

Terdapat juga rambut yang lesu akibat daripada kesihatan seseorang gadis itu. Tetapi kelesuan rambut si gadis yang bemasalah kesihatan ini selalunya masih ada serinya apabila diteliti dengan rapi lagi. Selalunya anak gadis yang masih suci tidak merelakan rambutnya disentuh oleh lelaki bukan muhrimnya.

Adalah baik bagi seorang gadis itu menutup rapat rambutnya kerana ia adalah aurat yang perlu dilindungi dari pandangan lelaki yang melihatnya.

I Suggest You Also Read



No comments:

Post a Comment