Friday, July 12, 2013

Bau bayi bau dari syurga.

As-salam

Dah seminggu aku bergelar makcik. Yoohoo! :) Anak sedara pertama sangat comel! Tapi, masih tak berkesempatan nak gomol-gomol lagi. Alhamdulillah, Zara Adellia Marissa sihat dan sempurna. Baru sahaja keluar dari hospital. Kata emaknya, dah mula melalak kuat dan pandai senyum. Oh, comel! Dapat aku bayangkan walaupun tak pernah tengok secara life. Hanya via facebook sahaja. 

Zara lahir dengan berat sebanyak 3.63kg secara pembedahan. Jujur, menitik air mata bila mula-mula tengok gambar Zara. Bukan sedih, tapi bersyukur sangat Allah S.W.T permudah proses bersalin kakak. Walaupun bukan secara normal, tapi sekurang-kurangnya anak ini lahir juga ke dunia. 

Tahukah anda bahawa bau bayi adalah bau dari syurga? Ya Allah, memang wangi dan menyenangkan, kan? Pernah sekali aku singgah Mall hanya untuk beli softener yang khas untuk baju-baju bayi... kononnya nak bertukar angin dari Downy ke jenama lain, supaya aku boleh bau macam bayi. Kah kah kah! Ngada betul! Tapi itulah misi aku pada hari tu. Macam-macam jenama aku buka penutupnya dan bau.... (Sumber Google)

Pureen

NappiKlean 

KiddieWash

.... tapi tak ada satu jenama pun yang boleh setanding atau hampir-hampir sama dengan bau bayi. MasyaAllah. Sangat wangi bau syurga. Walaupun hanya +-1% bau syurga yang melekat pada bayi yang baru lahir pun sudah cukup menyenangkan, apatah lagi baunya yang sebenar kan? Ya Allah, dengan amalan yang sedikit ni, bolehkah aku jejakkan kaki ke syurga? Amalan ibarat air laut yang ada pasang dan surutnya. 
Wallahu'alam. 

Aku rasa macam insan yang bergelar wanita ini sudah cukup sempurna jika dia telah berkahwin dan ada zuriat. Ada seorang sahabat yang berpendapat bahawa wanita ni tak sempurna kalau tak dikurniakan wajah dan bentuk tubuh yang menarik. Kalau tidak dilahirkan cantik pun, paling kurang wanita-wanita ni cuba berhias supaya cantik. Itu pun sudah hampir sempurna. Memang wanita tak boleh lari dengan dunia kecantikan, tapi aku menyangkal pendapat itu kerana kecantikan bukan segalanya. Apa guna wajah cantik kalau hanya mengundang dosa? Kalau orang lain yang tengok wajah kita tu gunakan ia sebagai sumber untuk beronani, nak buat apa kan? Ya Allah! Minta simpang. Geli sangat bila fikirkan. 

Ya, wanita ni memang jenis suka makan puji dan suka diagung-agungkan, terutama yang melibatkan kecantikan wajah dan tubuh badan. Tapi, apa guna semua itu jika mereka tidak berkahwin dan mempunyai zuriat? Ada yang berkahwin hanya untuk menghalalkan hubungan, tetapi tak mahu untuk mempunyai zuriat. Macam mana tu? AllahuAkhbar. Alangkah ruginya mereka-mereka yang tergolong dalam golongan ini. Kasihan dengan lelaki-lelaki yang mempunyai isteri seperti ini. Bayar duit akad nikah, contohnya RM1,000 dan hantaran mahal-mahal, paling kurang kena ada RM10,000 untuk tanggung majlis sebelah perempaun. Tak termasuk majlis belah lelaki lagi, tetapi tidak boleh ada zuriat. What?? Bukan kerana mandul atau apa, tetapi isteri enggan mengandung kerana takut hilang 'cutting'. Ayyo yo! 

Beberapa hari lepas ada seorang sahabat yang share satu gambar di facebook. Ada seorang perempuan bergelar ibu dalam keadaan yang tidak sempurna (cacat) pada wajah dan tubuhnya. Jika lihat secara luaran, perempuan tu hanya alami kecacatan secara fizikal sahaja. Tak pula disebut pasal kecacatan mental. Walaupun dalam keadaan macam tu, tapi masih lagi dikurniakan zuriat. Alhamdulillah :)


Sumber: Facebook

Mungkin ramai yang akan berkata-kata, "Emaknya sendiri pun nak hidup perlukan bantuan orang lain, macam mana nak jaga anak sendiri?" (olah guna ayat sendiri). Tapi, percayalah bahawa Allah S.W.T itu Maha Mengetahui. Maha Besar. Di setiap kelahiran itu, telah disematkan dengan rezeki-rezeki yang tidak kita ketahui. Percayalah pada ketentuan-Nya. Rezeki tidak didatangkan dalam bentuk RM, atau $ atau Rp, tetapi rezeki didatangkan dengan pelbagai cara. Contohnya, kesihatan yang baik, emosi yang stabil, kusyuk dalm beribadat, makanan yang baik dan halal, keharmonian rumah tangga, anak-anak yang soleh dan solehah, umur yang panjang dan banyak lagi. Terlalu luas definisi bagi rezeki dalam konteks Islam. Wallahu'alam. 

 Aku bukanlah ustazah, ahli usrah atau pun hafizah. Aku cuma tulis berdasarkan senario yang aku nampak kebelakangan ini. Aku faham yang zaman sekarang ini semuanya perlukan RM. Kiranya, no RM, no talk! Nak sara bayi memang makan perbelanjaan yang maha banyak! Itu baru bab bayi, belum masuk kos persekolahan lagi bila dah berumur 5 tahun kan? Nak aku senaraikan? Secara kasar boleh la ya, berdasarkan pengamatan aku. Anggaran kasar ini adalah bagi ibu yang melahirkan anak di hospital swasta.

KOS BERSALIN                         : RM11,000 (Pembedahan)
KOS PERUBATAN BAYI           : RM9,000
BARANG BERPANTANG IBU  : RM500.00 (3 bulan)
BARANG BAYI                           : RM250.00 (Seperti di bawah)

1. Susu RM50.00
2. Lampin RM50.00
3. Baju RM50.00
4. Barang mandi RM50.00
5. Barang makan RM50.00

TOTAL                                          : RM20, 750.00 (Anggaran kasar)


Itu pun belum didarabkan dengan kos maintainance untuk ibu dan bayi secara bulanan. Terkejut kan? Itulah hatikatnya yang sebenar. Sebab itulah 'syurga di bawah tapak kaki ibu'. AllahuAkhbar! Aku sendiri pun sudah dinasihatkan untuk mula simpan duit sebaik sahaja mendirikan rumah tangga nanti. Takut-takut kalau susah nak beranak nanti. 

Kalau hal duit ni, fikir 100 000 tahun pun memang tak akan pernah selesai. Lepas satu masalah selesai, masalah lain pula akan timbul. Dugaan! Allah S.W.T sedang menduga kita. Sebab itulah dianjurkan untuk kita menunaikan solat Dhuha bila masa kita lapang. Solat Dhuha adalah solat yang mana dikhususkan untuk kita meminta Allah S.W.T memperbanyak rezeki. Islam agama yang cukup indah, kan? :) Janganlah bersedih jika kita sedang diuji. Sebaliknya, senyumlah, bersyukurlah kerana Allah S.W.T masih sayangkan kita. 

Bergantung haraplah pada Allah S.W.T. Lakukan segalanya LillahiTaala :) InshaAllah, akan dipermudah segala urusan. Percayalah bahawa ada rezeki kita dan rezeki anak. Mungkin akan ada orang yang akan persoal penulisan aku sebab aku masih lagi bujang dan tidak mempunyai anak, menganggap bahawa aku hanya 'pandai cakap' sahaja. Terpulang pada pandangan masing-masing. Tapi, apa yang aku cuba sampaikan pada penulisan kali ini ialah, ikhlas LillahiTaala. 

Ini gambar so comel Zara Adellia Marissa :) Alhamdulillah, si kecil ni dah pandai senyum dan main mata.

Newborn - Few minutes' baby
3 days old.

7 days old

8 days old.

And, of course for a baby, everyday is a birthday. People pay more attention to a baby's development, than us, the matured one. Baby is special :) don't you think?


I Suggest You Also Read



1 comment:

  1. selamat menjadi makcik berjayaaa!! hikhokhikhok ~~


    aku pulak yg geram nak gomoi dak zara tu :)

    ReplyDelete