Wednesday, July 10, 2013

1000 kali kebaikan dalam satu!

As-salam 

Alhamdulillah, Allah S.W.T permudahkan urusanku menjadi 'ustazah'. Projek ke-2 sedang berlangsung iaitu mengendalikan aktiviti murid-murid Islam pada waktu rehat mereka dengan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadhan ini. Lancar sahaja lidah berbicara. Alhamdulillah, murid pun beri perhatian kepada bebelan aku. Hihi. Harap-harap tak adalah perkara yang tidak diingini. Bukan berharap kepada markah, tapi LillahiTaala. InshaAllah. 

Bulan-bulan puasa ni rugi kalau bercakap perkara yang sia-sia kan? Tiada bulan lain selain bulan Ramadhan yang kita diberikan ganjaran gandaan pahala sehingga 1 000X! Kenapa kalau produk kolagen kalau kandungannya sehingga 1 000 000mg berharga RM150.00 kita beli? Kenapa pahala percuma kita tak amalkan? Pelik! Tapi itulah manusia. Doa, itu senjata orang Mukmin. Berdoalah supaya kita sentiasa Istiqamah dalam beribadat. Allah S.W.T Maha Besar, Maha Melihat, Maha Mendengar. 

Aku sendiri merasa susah nak suaikan diri. Bila tengok satu-satu perkara, ada sahaja yang mahu aku cakapkan. "Baju dia tak matching!", "Pasaipa muka tak flawless?", "Kenapa depa bagi kita kerja banyak sangat?", sumpah macam-macam yang terlintas. Dosa? Ya, tetap berdosa. Mengumpat namanya. Cepat-cepat isytifar! Ya Allah, apa yang dah aku lakukan? Aku telah mensia-siakan hariku Ya Allah. 

Ramadhan bulan yang mulia. Bulan yang mana Allah S.W.T berikan kesempatan kepada kita untuk gandakan amalan-amalan dengan gandaan yang tinggi dan tidak terdapat dalam bulan-bulan yang lain. Masya Allah. Begitu sayang Allah pada kita, kan? Tulisan hari ini memang tak dirancang. Ikhlas dari hati. Entah kenapa tangan ni rajin sahaja menaip hari ini. Tulis blog boleh, kajian tindakan masih lagi di muka surat yang sama. Haiissh. 

Projek hari ini lebih bertemakan kepada bulan Ramadhan. Untuk tahap 1, aku tayangkan video mengenai 'Bismillah'. Aku tekankan kepada murid-murid tentang penggunaan kalimah 'Bismillah'. Alhamdulillah, mereka faham. Siap boleh bagi contoh-contoh lagi di mana nak guna atau terapkan kalimah suci ini. Betul perpatah orang tua, nak melentur buluh, biar daripada rebungnya. Bila kecil-kecil lagi lidah dah biasa dibasahi zikrullah, InshaAllah bila besar nanti tak menjadi masalah untuk dia mengamalkannya. Tahap dua pula lebih bersifat kompleks yang mana aku sajikan dengan tayangan slides mengenai Ramadhan dan puasa. Aku nak mereka faham kenapa mereka berpuasa, rukun dan syarat sah puasa dan lain-lain. Alhamdulillah, walaupun hanya sekadar 'flash back' sahaja, tetapi mereka tetap beri perhatian. Nasib ada sahabat yang banyak membantu dan memahami. Alhamdulillah, Allah permudah urusan kami. 

Bulan Ramadhan ni babah tak jadi balik. Ada lawatan di sana. InshaAllah paling awal pada bulan Syawal nanti. Kami hanya berkesempatan tatap wajah dari jauh sahaja. Babah pun cuma tengok wajah cucu sulung dari Facebook. Di usia 54 tahun, dia sepatutnya berehat dan belajar ilmu Agama, bukannya bekerja dan berjauhan dari keluarga. Baru tadi buka Fb, tengok gambar babah. Ya, babah dah kurus. Susut. Tiada lagi benjolan-benjolan. Alhamdulillah, babah sihat, tapi aku sedih. Betul-betul sedih. Tak faham dengan pandangan orang lain yang terlalu cintakan kerja. Aku faham babah pergi berkhidmat untuk Negara. Jujur, aku faham! Aku bukan budak kecil. Cuma, aku hairan dengan orang-orang yang 'berjiwa rakyat'. Melawat kawasan perang pada 1 Syawal? 1 Syawal? Depa ni tak ada keluarga ke apa? Ternyata agenda 2 in 1. Melawat sambil melancong. Typikal, kan? 

Allah Maha Mengetahui. Mungkin itu yang terbaik untuk kami. Aku redha. Sangat tak sabar menunggu detik bulan November! Awal bulan November, babah dijangka pulang ke Malaysia. InshaAllah :) 

Babah (kanan): ZAINAL ABIDIN B. HJ M. SAID
Kadang-kadang aku rasa bosan dengan hidup aku. Bukan bosan dengan perjalanan hidup, tapi bosan dengan segala kerja remeh-temeh duniawi yang kena diselesaikan. Tapi, bila teringat babah, rasa penat tu hilang. Rasa malu sebab aku hidup dalam keadaan yang lengkap selesa, tapi babah? Tidur pun tak lena sebab fikirkan anak-anak buah, keluarga. Aku solat dan tidur dalam keadaan selesa, tapi babah? Saudara-saudara di Palestine, Mesir? Nak solat pun susah. Apakah kita masih lagi tidak bersyukur?

Memang betul orang cakap, orang kidal ni berfikiran jauh, luas dan mendalam. Ya, aku kidal. Kadang-kadang aku sendiri rasa rimas sebab terlalu banyak terfikir. Tapi, alhamdulillah, sebab aku banyak berfikirlah aku berada di tempat aku sekarang, dengan izin Allah S.W.T. 

Salam Ramadhan :) 


I Suggest You Also Read



No comments:

Post a Comment