As-salam =)
Aku selalu takut akan ketibaan Hari Kiamat. Terbayang anak yang menangis sorang-sorang, sekalian manusia berkeliaran tak tahu arah tuju, bangunan runtuh, wanita yang mengandung beranak sambil berlari. Itulah imaginasi seorang kanak-kanak, iaitu aku sewaktu aku berumur 9 tahun. Aku teringat lagi tentang petanda seseorang itu akan mati yang kawan aku sampaikan (tak ingat nama, ok!). Dia cakap, "Ha ha.. mata putih awak dah ada warna biru sikit-sikit. Awak dah nak mati!". So, masa itu aku sangatlah percaya. Menangis aku kat situ jugak sebab takutnya pada mati. Sesiapa aje bila bicarakan tentang 'meninggalkan dunia' akan terus cuak. Jarang sekali orang nak suka atau seronok kerana masing-masing tahu 'bekalan' masih lagi tidak mencukupi. Ada juga ketika bila waktu 'insaf' tu datang, aku akan mengaji (masa tu masih Muqaddam) dan berbuat baik sepanjang hari.
Tapi, bila fikir-fikir balik, "Ustaz cakap nanti akan ada satu golongan yang kepalanya berbonggol seperti unta. Itu tanda Kiamat hampir tiba". So, aku kembali ke rutin harian. Tahun 1999 masih tak nampak kelibat wanita 'berbonggol unta'. Kira macam bersanggul tinggilah. Wanita berambut panjang, sengaja diikat tinggi rambutnya itu. Bagi yang berambut pendek pula, dipakainya 'sanggul palsu' supaya tudungnya nampak lebih terletak dan kemas. Kononnya!
Carian Google: Sanggul palsu |
Carian Google: Sanggul palsu juga! |
Hadith nya adalah seperti berikut.
Persamaan bonggol unta dan trend sekarang |
So, sudah sedia maklumlah tentang kebanjiran bonggol-bonggol unta ni. Ini menandakan Kiamat sudah semakin hampir. Beralih ke tanda Kiamat seterusnya iaitu bunyi dari perut Bumi. Tak silap aku seperti ngauman yang dikatakan di dalam Al-Quran. Hari ini (21/1/2012), aku terbaca satu post mengenai 'suara aneh' di Kota Samarahan di blog ini. Aku pun Google search untuk maklumat lanjut. Ya Allah! Kita kini selangkah lagi menuju Kiamat. Aku takut! Aku pun masih tak cukup bekalan ke sana. Paling penting ialah, aku masih berstatus 'Bujang'. Jika ditakdirkan Allah S.W.T , aku tergolong dalam golongan hamba-Nya di penghujung nyawa Bumi, izinkan aku mati sebagai seorang isteri. Ini bukan soal gatal nak kahwin ke apa, cuma lebih besar syafaatnya sebagai seorang isteri. Cita-cita aku ialah untuk mati sebagai seorang isteri.
Coretan ini ikhlas dari aku. Aku tulis dengan hati.
Wallahu'alam.
Sebarkan cerita ini supaya lebih ramai yang tahu tentang betapa hampirnya Kiamat dengan kita. Aku tak sempurna. Jauh sekali alim. Aku masih berbatu-batu dari Al-Jannah Mu.
No comments:
Post a Comment