Situasi 1:
“Amboi, sexy giler anak si anu tu! Tak padan dengan orang ‘serambi Mekah’. Tengok tu, boleh pula pi peluk-peluk tengah orang ramai?”
Okay. Situasi di atas satu situasi yang aku dah semakin lali sejak dua menjak ni. Dah naik berdesing telinga ni, hah! Kalau nanah boleh berkata-kata, nanah akan bagi respond macam ni, “Hai, tak ada ayat lain ke? Aku sampai boleh hafal lar.” Apa kata... si polan-si polan di luar sana tukar pandangan tentang situasi tersebut? Contoh yang terbaik ialah, tukar pandangan anda tu kepada yang ini.
“Ya Allah. Kalau budak-budak asalan ‘serambi Mekah’ pun dah berani buat perkara macam ni, maknanya masalah sosial di kalangan remaja ni dah makin parak ni! Kena buat sesuatu cepat ni sebelum masalah lagi bertambah besar!”
“Ya Allah. Kalau budak-budak asalan ‘serambi Mekah’ pun dah berani buat perkara macam ni, maknanya masalah sosial di kalangan remaja ni dah makin parak ni! Kena buat sesuatu cepat ni sebelum masalah lagi bertambah besar!”
Haa...macam ni kan okay? Nampak la jugak daya usaha tu sikit! Walaupun hanya baru terdetik di hati, dah dapat pahala tau? Tu baru terdetik. Belum mula langkah dan guna otak tu untuk fikir tentang bagaimana untuk ubati penyakit sosial.
Ini tidak! Mulut tu macam-macam nak komen, tapi tindakan apa pun tarak! Cuma tahu salahkan si polan tu, si polan ni... Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga! Aku marah. Jujur, memang aku marah! Bukan nak back-up sangat pun ‘serambi Mekah’, cuma pemikiran kita sebagai seorang yang berdarah Melayu dan beragama Islam, it should not be this way, at all! Sorry, I am not talking politics here! Not an issue.
Situasi 2:
A: Ramainya orang kat sini, Senah.
B: Hmm... puak-puak depa jugak la tu yang mai makan, Kiah.
Okay. Pertama sekali yang aku kurang faham ialah, what does it means by ‘puak-puak’? Parti politik kah? Negeri asal kah? Cara berpakaian kah? Or, jumlah harta benda terkumpul? Situasi 2 ni pun merupakan satu situasi lazim yang hampir setiap hari aku dengar dan lihat dan tumpang rasa sakit hati. Why should I sakit hati? Ada perkaitannya dengan aku kah? Tak ada kaitan apa-apa pun! Bukan aku ada share kat situ. Cuma, jawapan si Senah ni macam ada yang tak kena. Macam tak menjawab soalan pun ada! Apa kata... si Senah tu jawab macam ni kat Si Kiah tu.
“Uiiihh...memang ramai. Sampai malam pun duk lagu ni ja lah Kiah oi! Alhamdulillah, perniagaan depa ni makin hari makin maju.”
Mudah kan? Selain melatih lidah mengucapkan kalimah-kalimah Allah S.W.T, kita juga secara tidak langsung membantu si tuan punya tempat mengembangkan perniagaannya. Mudah-mudahan Allah buka pintu hatinya untuk terus berzakat, bersedekah bantu saudara-saudara yang lain. Ayat yang sungguh mudah! Dapat pahala free aje.
Tapi kan, seriously lar... aku masih tak faham dengan apa yang dimaksudkan dengan ‘puak-puak’ tu. Apa bezanya aku dan dia? Secara amnya, kami juga Islam dan berbangsa Melayu. Sama sahaja! So? Apa yang perlu diperbesar-besarkan kat sini? Hanya sebab mereka tu bertudung litup labuh menutup dada, berjubah dan berpurdah? Itu ke yang dikatakan ‘puak’? Kau dengan puak kau, aku dengan puak aku? Mazhab mana la pulak ni?
Memalukan!
Topik ni memang panas. Entah-entah boleh berderet-deret komen dari anonymous kat bawah ni hah! Ya, memang isu yang aku tulis ni satu isu yang panas... dan aku sendiri tengah panas sekarang ni! Jujur, aku memang jahil bab agama. Mengaji pun masih merangkak. Tapi, please la... hormat sesama kita. Bagi pendapat dan penyataan yang boleh membina dan membantu. Bukannya ulasan panjang lebar yang tak bawa ke mana-mana. Masuk telinga kanan, keluar pun dengan telinga kanan jugak. Meaning, it always been the same old things and still, nobody do something to fix it, even it has been years.
Please, do something about it.
This is something about how and what I felt throughout these years. I am tired of living like it. I am too afraid that somehow I might lose control over it. But still, somebody has to stand tall and talk this through, right?
Pray for me. For the strength.
assabiah..whenever wherever, manusia suka melabel.
ReplyDeletenice entry kak :)
tq =) hehe tetiba dpt idea. but actually ni realiti. mmg recently bhadapan dgn situasi stated kt ats.
ReplyDelete