As-salam =)
Aku terkedu seketika bila membaca penulisan seorang sahabat berkenaan perkara yang bermotifkan adab, tatatertib, aurat insan yang bernama Perempuan (buka link Perempuan - Allah Seeker untuk pembacaan). Aku sedar bahawa aku bukanlah seorang Mujahidah sejati yang layak dibanggakan atau disegani oleh sekalian Muslimat. Tetapi, setelah aku baca dan hayati penulisan hamba Allah S.W.T ini, aku jadi malu. Malu dengan diri sendiri kerana selama ini aku sangkakan aku telah berjaya mencapai satu standard yang aku sendiri tetapkan, tapi sebenarnya aku masih gagal.
Antara isu-isu yang diutarakan, aku amat tertarik dengan isu 'tabarruj'. Aku pernah terdetik di hati untuk belajar tidak berhias. Maksud 'berhias' yang aku fokuskan di sini ialah berhias dengan cara bersolek - mencalitkan warna-warna di muka, mencukur kening dan sebagainya. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, aku beraya dengan kening tebal tahun ni. Dengar macam lawak kan? Tapi, itulah hatikatnya! Dan, aku juga secara tidak sedar berjaya kurangkan tabiat 'bersolek-solek', walaupun di Hari Raya Aidilfitri! =) Aku dah mula anggap bahawa bersolek itu sesuatu yang leceh kerana menyukar dan melengahkan kita untuk bersolat, bersujud kepada Allah S.W.T. Maka, pendekatan yang telah aku ambil untuk menggantikan tabiat 'bersolek-bercantik2' ini ialah dengan menjaga kulit muka dengan sebaik-baiknya. Aku berpendapat bahawa kulit muka yang bersih dan licin secara tidak langsung mencerminkan sebahagian dari perwatakan keseluruhan seseorang individu itu. Tapi, dalam hal ini, aku masih lagi gagal kerana habit baruku yang suka 'main-main' muka dengan kuku. Disgusting, but that's the fact of what I am nowadays! Oh, tidak!
Dalam penulisan tersebut, tabarruj juga merujuk kepada perhiasan yang dipakai oleh perempuan, termasuklah pakaian dan perhiasan tubuh badan seperti gelang kaki. Soal pakaian, ya, kadang-kadang aku sedikit melebih-lebih dalam memilih pakaian - baju, seluar, hijjab, kasut. Aku cerewet! Ya, itu perkataan yang paling sesuai untuk aku! Aku masih gagal menjadi perempuan yang diRedhai. =( Aku takut perubahan yang aku lakukan tidak kekal lama dan aku terlalu fikirkan mulut-mulut di sekitar aku.
Maafkan aku, Ya Allah.
Sedikit demi sedikit, aku belajar untuk mendalami ilmu Agama. Sudah terlalu lama aku sia-siakan peluang yang Allah berikan kepada aku. Salah aku! Aku berdoa untuk dikurniakan Hidayah tanpa didatangi oleh Taufiq-Nya.
Aku ingin hidup untuk terus berbakti dan berjuang di jalan Allah, bersama-sama Muslimin dan Muslimat yang lain menuju Jannah-Mu.
Tunjukkan aku.
No comments:
Post a Comment