Monday, September 26, 2011

Sedangkan orang alim diberi RM1,000,000 pun habis

As-salam

Seolah-olah seperti terjaga dari tidur yang lena. A huge wake up call for me! .. sedangkan orang alim diberi RM1,000,00.00 pun habis, apatah lagi hamba biasa yang ada turun naik amal ibadatnya. 

Pandangan orang terhadap kita ni memang sukar nak diduga. Biar pun kita sentiasa ikhlas dan tak berkira, tetapi dah jadi lumrah hidup, akan ada yang nampak tak kena dengan perbuatan dan tindakan kita. 

Aku dah berdosa kerana berkecil hati dengan apa yang berlaku. Sungguh, aku tak berapa mampu membendung perasaan tu! Mungkin akan ambil masa seketika hingga benar-benar sembuh. :'(

Luaran dan dalaman tak semestinya bergerak seiring, kan? Entahlah, aku sendiri tak tahu apa yang aku fikirkan. Penyelesaian yang macam mana yang aku nak aku sendiri tak tahu!

Mulut orang, aku tak boleh hentikan dari berkata-kata. 

Hati orang, aku tak boleh halang dari bersangka buruk.

Telinga orang, aku tak boleh sekat dari mendengar.

Mulut, hati dan telinga, boleh dikalahkan sekiranya ada akal yang tajam. Fikirkan sedalam-dalamnya, pertimbangkan kesahihannya! 

Aku rasa sangat-sangat terbeban selagi masalah ni tak selesai. 

Ya Allah, permudahkan urusan ku! Hindari aku dari fitnah dunia yang Maha Besar. Jauhi aku dari hasad dengki manusia durjana! Terangi hati mereka dengan cahaya petunjuk Mu. Bantulah aku. Sesungguhnya Kau Maha Besar, lagi Maha Mengetahui.

I Suggest You Also Read



3 comments:

  1. berat kan perasaan tu? terkadang terfikir, adekah semuanya salah aku, atau sebaliknya. adekah hanya aku yang terkhilaf, dan mereka terlalu mulia tidak tersalah sebarang dua? pelik. tp itu yg aku rasa setahun dulu. susah nk kumpul kekuatan utk berdiri tegak tak endah mereka katakan. hati aku terlalu kecil utk menerima apa yg berlaku. aku hanya mampu berserah.biarlah mereka berkata apa yg mereka suka. biarlah aku dibenci di mana-mana. aku tak kisah. telinga aku cukup suka menerima kutukan dan hinaan mereka, kerana aku pasti dan yakin janji Tuhan, pahala dan ganjaran utk mengharungi liku kehidupan.

    ReplyDelete
  2. i have this feeling yg takut ntok sakitkan org..sdaya upaya aq xmw nyusahkan org. don't know if it less obvious but its true. what i notice is, maybe ni balasan for what i did. these few years back, aq a bit out-spoken. Allah nak tunjuk pd aq. i know. aq cuma perlukan ms nk clear things out and recover.
    i totally not so strong now. tlalu pikir judgement org ttg aq. sick of myself!

    ReplyDelete
  3. takpelah. ujian Tuhan nak bagi bukan main nak bagi je. hanya insan tertentu yg Tuhan pilih utk terima ujian. maka bersyukurlah, sbb Allah masih sayangkan kita. kerana sifat Ar-rahim tu jgklah, yg mendekatkan kita kembali kpd-Nya. jgn rasa ujian itu satu bebanan. ingat, UJIAN SATU RAHMAT. hanya orang beriman je yg menerima ujian. la-tahzan. :)

    ReplyDelete