Thursday, September 22, 2011

Alahai sedihnya!

As-salam =)

Tak tahu siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini. Ibubapa kah, atau individu itu sendiri? Sedih rasa hati bila lihat kawan-kawan yang dulunya 'teman seperjuangan' masih di takuk lama, makin menjadi-jadi. Malahan, kini tanpa segan silu dan rasa bersalah bergambar dengan berbotol-botol air kencing setan yang Maha Mahal dan Maha Busuk di atas meja! Bangga pula tu!

Alahai, sahabat! Sedihnya! :(

Berdasarkan pengalaman aku dalam berkawan, selalunya mereka yang gemar bersosial adalah golongan sahabat yang akan bantu kita bila susah, berbanding dengan mereka-mereka yang berperwatakan baik, alim, sopan yang cenderung untuk meninggalkan kita masa kita perlukan seseorang untuk berpaut. Selalunya la! Jangan salah faham! Ini adalah berdasarkan pengalaman aku sepanjang 21 tahu hidup di muka bumi. Dan secara jujurnya, aku lebih senang berkawan dengan mereka yang bersederhana dalam semua perkara. Senang nak berurusan dengan orang-orang yang sebegini, berbanding dengan mereka yang berperwatakan baik.

Aku faham yang memang tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Cuma, entahlah! Aku jadi tak reti nak cakap macam mana. Benda-benda macam ni kena alami sendiri baru boleh faham apa yang aku maksudkan. 

Kawan-kawan aku yang kaki sosial inilah kawan-kawan yang tak jemu-jemu datang bantu aku, pautkan aku pada lengan mereka masa aku dilanda musibah dulu. Tapi, tak sangka sekarang mereka sendiri sedang dilanda musibah yang mereka sendiri tak sedar. Apa peranan aku sebagai seorang kawan?

Aku rasa sedih! Aku tak mampu untuk bangun, tampil dan nasihatkan mereka. Bilangan mereka terlalu ramai. Aku takut kalau-kalau aku terlantang suara nanti akan putuskan hubungan kami terus! Mungkin, apa yang perlu dan sesuai aku lakukan sekarang ialah DOAKAN MEREKA!

DOAKAN MEREKA!

Kuatkan aku, Ya Allah!


I Suggest You Also Read



2 comments:

  1. emmmm macam ne nak buat zaman sekarang ni bile tegur siket org cakap berlagak alim.. payah2 apa yg boleh awak buat?? doa aje okey ingat bile dorg dalam kesusahan t jgn lupe tolong balik =)

    ReplyDelete
  2. this is one true story ellee. :(

    ReplyDelete