Sunday, June 26, 2011

Puteri Trauma

As-salam =)

Ini PUTERI TRAUMA!
Puteri Trauma ialah nama panjang yang aku reka untuk seekor kucing betina ni. Kucing ni ada iras-iras 'buyong', kucing lama kesayangan aku yang jasadnya hingga sekarang tak ketemu (larikan diri dari sangkar masa nak pindah dari Kuantan ke Sg. Petani). Memang sangat iras! 90% serupa dari segi fizikal, tetapi dari segi attitude, 20% je kot? .. coz Puteri Trauma ni mulutnya tak becok macam 'buyong'!

Kenapa nama Puteri Trauma?

Haha.. part ni yang paling best! .. tapi, minta maaf! Memang tak boleh nak explain kat sini kerana tidak mahu menyinggung mana-mana pihak. Kalau nak tahu, kenalah tanya sendiri or inbox (xdenya nak inbox aku! ceit!). 

Al-kisahnya, Puteri Trauma ni aku berniat nak bawa balik dan bela di rumah, bagi kawan dengan si Berok (nama manja kucing aku, okay?), tapi lain pulak ceritanya! Agak sedih juga sebab tak dapat nak tunaikan janji pada si kucing. Alasannya, 

"Kucing biasa la! Tak comel! Tak gebu!"
 No comment! (kalau nak comment, boleh aje.. cuma banyak sangat yang aku nak comment sampaikan tak tahu nak sebut yang mana satu!)

Aku agak sedih juga dengan jawapan tu sebab aku berpendapat itu bukan alasannya. Ok, kalau tak gebu, kurang sihat, kotor, kurus ... itu semua bukannya tak boleh diubah! Dan kalau tak comel sekali pun, boleh je diubah! Kan? Pandangan kita tentang 'comel' tu sebenarnya perlu anjakan dan perubahan. Senang dan mudah kan? Pelihara kucing jalanan lagi mulia dari beli dan bela kucing di Pet Shop! .. or bela kucing jalanan yang makin tak sedar diri, lupa asal-usul.

Sedih sangat!

Tapi, diorang get along quite well aje! Kan?

Once, Berok jilatkan bulu PUTERI TRAUMA.
Berok & Puteri Trauma bergaduh juga! Diorang kononnya macam nak bergurau, tapi lastly turned out almost macam bergaduh. The owner risau kalau-kalau masa bergaduh tu tercekau, tertusuk, ter- ter- ter- (macam2 ter-). Masalahnya, peluang untuk depa mulakan proses 'berkawan' tak bagi dengan cukup! Itulah masalah utama! dan masalah, takut sangat si kucing tu BALIGH awal! Dah nalurinya macam tu, dijadikan berpasangan, baligh dan membiak, nak buat macam mana? 

Aku kurang berminat nak buat serang balas sebab takut aku tak dapat nak kawal mimik muka dan perkataan-perkataan yang akan gelunggur keluar dari mulut aku, but unfortunately, I did said something! (setelah seketika memendam perasaan!)
"Jangan mempercepatkan Kiamat!"
Aku tahu mulut aku sangat lazer! Sebab tu aku malas nak bersuara. Tapi, minta maaf! Aku memang tak berapa boleh terus pendamkan perasaan.

"Bukan salah kucing kalau dia bertindak lupa asal-usul. Sikit pun tak! Salah manusia yang makin 'me-manusia-kan' binatang".

Comel, kan? .. terutamanya tang mata tu! Alala.. ini kucing kantin IPGKTB!

p/s: Harapan aku, Insya-Allah, kalau umur aku panjang dan ditakdirkan aku berkahwin dan menetap di kampung dan tanah keluarga suami, or di mana-mana je, aku berhasrat untuk bina dan dirikan sangkar kucing besar dan pelihara, bantu dan ubati sebanyak mungkin kucing selagi jantung masih berdegup.

I Suggest You Also Read



No comments:

Post a Comment