Saturday, April 9, 2011

Perkhemahan Pandu Puteri 2004

Hai, pembaca setia Maizatul Suraya! dan sesiapa sahaja yang sudi singgah .. Aku ada satu insiden yang aku nak kongsi dengan semua. Ini berkaitan dengan Perkhemahan Pandu Puteri yang pernah aku sertai masa di tingkatan dua. Masih hingusan lagi masa tu! Sejujurnya, aku tak berminat dengan badan uniform yang kesemuanya perempuan sebab banyak kepala. Yela kan? Bila dah semua perempuan ni masing-masing rasa besar dan rasa betul! Orang lain buat semuanya salah. Ya, bukan semua macam tu tapi inilah yang pernah aku rasai! Aku dibuli! Haha.. sangat terasa hati .. walaupun dah 7 tahun berlalu! 

Kalau nak cerita memang la sangat panjang berjela. Aku pun ada kerja lain nak buat. Just a quick entry! I'll try make it simple, ok? Insiden yang tak akan aku lupa ialah pada malam terakhir perkhemahan. Malam tu hujan sangat lebat! Habis khemah jenis 'A' kami tenggelam. Air naik hingga ke paras buku lali. Kiranya sangat kalut la malam tu.. Rakan sekhemah aku semuanya entah sibuk apa. Mulanya aku just angkat dan kutip barang-barang aku je. Tapi sebab kesian, aku pun tolong angkat sekali barang-barang depa. Dan depa pulak time tu kononnya tolong jaga tempat ahli-ahli khemah nak tidur la kan? .. but lastly, I SLEEP ALONE! Cari ruang dan tempat tidur sendiri. Aku basah kuyup coz 3 kali ulang-alik tolong angkatkan barang orang lain. Such a stupid action! Tak pe! I totally tak salahkan orang lain .. coz I am so naive, thinking that people would have mercy on me if I think and help them! And by the way, they don't even bother to wake me up the next morning. Good! I love you guys .. 

Sangat kesian kat diri sendiri! Sebab tu I don't bother having finger-counting friends. 'cause I don't think have too many friends is good! 


Kem Angkasa, Sg. Lalang, Sg. Petani.
1001 kenangan 

Entri ini langsung tak ada kaitan dengan kehidupan aku sekarang. Alhamdulillah, my life is way much better! Just teringat bila suddenly mata aku tertancap ke album yang baru cikgu aku post kat Facebook. 

Flying-fox? Gini ke ejaan dia? haha.

Sangat banyak kenangan di sini. Kat sinilah aku kenal hati budi masing-masing, siapa kawan masa senang dan siapa kawan masa susah. Aku tak kata diri aku sangat bagus. Aku pun tak tahu apa penilaian budak-budak lain ke atas aku. Tapi inilah cerita dan pengalaman aku. Muka-muka tak kenang budi tu aku masih ingat sampai sekarang. Dan berkesempatan la jumpa sorang masa jamuan hari raya kat rumah Ikhlas tahun lepas. 

Misery! Misery! 

Kalau berkaitan dengan hati dan perasaan ni, minta maaf sebab aku akan ingat sampai mati. Kesalahan-kesalahan kecil ni aku tak simpan dalam hati la coz aku bukan bekerja dengan robot kan? Nama pun manusia. Banyak salah, banyak yang kurang .. termasuklah diri aku sendiri. So, maksudnya di sini ialah .. kesalahan yang diorang lakukan ke atas aku tu sangatlah besar hinggakan lepas 7 tahun pun masih segar dalam ingatan. 

1 soalan terakhir: So, tell me who's the one crying now? 

p/s: Kau layan orang lain macam bodoh, orang lain akan layan kau macam celaka! Tu sumpah aku! 
(Minta maaf la .. benda-benda macam ni aku jadi sangat sensatif. selagi sesiapa aje yang berkaitan tu tak datang minta maaf, maksudnya TIADA MAAF BAGIMU!)

I Suggest You Also Read



1 comment:

  1. HAHA. gila kesian ya. opps. sorry. aku tak sengaja nak gelak. ayat terakhir tu buat aku nak gelak. HAHA. sumpahan cik saloma. btw, thanx sebab mention about pandu puteri ni. and yes, mmg bila all girls nih payah nak handle. semua nak jadi ketua. AHAH.

    ReplyDelete