Saturday, April 23, 2011

Awak sangat comel la~

As-salam =)

Mak, abang nak basikal ni!

Sangat comel bila tengok budak2 menangis2 merayu minta dibelikan barang. Haha.. teringat zaman kecil2 dulu hah! Aku pun macam tu jugak. Tapi tak de la sampai berguling2 bila mama babah tak belikan. Cuma aku akan diam sampai ke sudah.. kononnya protes la tu kan? Haha ..

Gambar atas ni aku ambil kat pasaraya mini bertentangan dengan Bank Pertanian (dekat dengan Jimat tuh!). Masa ni Ayen keluar beli batang panjang nak buat ganti batang penyapu sawang dia. Aku and cik abang duk tunggu je dalam kereta. Budak laki ni cool je bila mak dia tak mahu belikan.. tapi adik perempuan dia  ... haha .. sangat drama la! Aku tak tahan gelak. 

Akhir cerita, mak dia belikan jugak basikal tu! Barulah si adik ni berhenti menangis dan nampak la terukir secalit senyuman di bibir. Hai, drama! drama!

Apa2 pun, depa ni memang sangat comel! Setuju?

I Suggest You Also Read



No comments:

Post a Comment