As-salam =)
Hari ini merupakan hari kedua aku menghabiskan waktuku di Sek. Keb. Sungai Petani (SKSP). Tugasan kali ini memerlukan aku meninjau sesi P&P yang dikendalikan oleh guru-guru Pendidikan Moral di sini. Sejujurnya, aku sedikit gusar dan gelisah setiap kali berhadapan dengan murid, terutamanya mereka yang berstatus budak-budak. Macam-macam andaian yang aku fikirkan. Kononnya, aku terlalu berlembut dengan mereka hinggakan mereka 'naik kepala' dan macam-macam lagi. Tetapi, ketakutan terbesar aku ialah, mengajar murid-murid berlainan bangsa. Dalam situasi aku, murid-murid Pendidikan Moral di sekolah ini hanya tediri dari bangsa India sahaja dan itu pun hanyalah golongan minoriti.
Tepat pukul 10.30 pagi tadi, aku melangkah masuk ke kelas Pendidikan Moral tahun 4 yang diadakan di kelas 4 USM, bersebelahan dengan Bilik Pengawas Sekolah (kini dijadikan Bilik Pendidikan Moral). Hajat di hati cuma ingin bertemu dengan Pn. Junaidah Tahir, Guru Besar dan juga merangkap guru Pendidikan Moral tahun 4, tetapi beliau ada tugas lain yang perlu diselesaikan.
"Cikgu akan mengajar kelas kami ka?" tanya murid-murid tersebut.
"Hmm.. cikgu sebenarnya nak jumpa dengan Pn. Junaidah. Tapi tak apalah. Cikgu akan masuk gantikan dia." jawabku ringkas.
"Yeah, weh korang. Duduk tempat masing-masing. Cikgu nak ajar."
Aku terkedu sekejap. Uuuu.. mengajar? Aku langsung tak bersedia untuk mengajar. Memang pada aku agak gila mengajar tanpa perancangan. Buku teks Pendidikan Moral pun aku tak pernah selak dan belek. Oh, memang dugaan. Tapi, betapa cuak sekali pun, muka mesti mahu relax! Haha. Mana boleh tunjuk yang aku gabra, kan? Dengan tenang, aku minta buku teks salah seorang dari murid tersebut dan mula menyelak. Sambil-sambil tu, aku tanya beberapa soalan yang telah aku sediakan. Aku sangat lega sebab diorang memang sangat sporting, mendengar kata dan beri kerjasama yang terbaik kepada aku. Alhamdulillah.
"Cikgu, kami nak berlakon!" ujar Vinesh lantang.
"Eeerrr.. ?" aku tersentap!
Jarang murid minta nak berlakon! Selalunya mereka akan malu-malu setiap kali suruh tampil ke hadapan. Ini mereka pula yang minta. Ok, act cool! Aku sekali lagi membelek buku teks tersebut dan jumpa beberapa babak yang boleh dilakonkan bagi tunjang DIRI & NEGARA.
Secara keseluruhannya, kelas Moral pertama yang aku kendalikan berjalan dengan lancar dan aku berani cakap yang mereka semua seronok dengan aktiviti yang aku kendalikan. =) Alhamdulillah... walaupun tanpa perancangan dan persediaan. Mereka siap minta aku masuk lagi untuk kelas esok, tempat dan waktu yang sama.
Insiden yang berlaku hari ini adalah sebagai salah satu bukti perpaduan antara satu bangsa dan bangsa yang lain. Perpaduan masih lagi wujud di Malaysia! Sejujurnya, aku sedar dan akui bahawa tugas guru adalah amat berat. Guru bukan sekadar menghabiskan sukatan pelajaran, tetapi guru jugalah ibu, bapa, abang dan kakak yang tugasnya menegur, membaiki, membimbing dan segala 'meng' lagi.
p/s: oh, sangat berat la! Lagi berat dari berat badan aku.
No comments:
Post a Comment