Saturday, April 30, 2011

Boria Kmpg. Seronok, Bayan Lepas - 30 APRIL 2011

As-salam =)


Semalam sangat keletihan. Tapi, of course la sangat seronok! =) Boria! Memang tak pernah terfikir langsung akan benda ni. Kalau zaman sekolah dulu pun rasanya tak didedahkan pun dengan boria. Asyik2 dikir barat dan nasyid (Don't get me wrong! I love dikir too~). Boria? Tak pernah diketengahkan langsung. 

30 APRIL 2011, merupakan tarikh bersejarah bagi Malaysia kerana telah memecahkan rekod berboria beramai2. Event ini telah berlangsung dengan meriahnya di Kampung Seronok, Bayan Lepas (I always thought as Kampung Sentosa, lol!) dari pukul 8.30 - tamat. Banyak sekolah yang participated. Mulanya, sekolah2 akan adakan pertandingan boria peringkat sekolah, lawan sampai peringkat akhir. Kat sini cuma majlis menyampaian hadiah dan sijil dan turut serta dalam acara berboria ramai2. Malaysia berjaya pecahkan rekod baru! 2,800+ !!! Sasaran awal hanyalah 2, 500 sahaja! WOWW!! Sangat banggalah Datuk Seri Dr. Rais Yatim! Tapi, sayangnya Dr. Rais Yatim dan isteri tak turut serta berboria. Macam kebiasaan orang-orang besar akan buat la, bangun dan tepuk tangan, senyum sikit2! 

Tetamu dan orang awam yang dijangka hadir adalah dalam lingkungan 10,000 orang. Bayangkan, sebaik sahaja lagu Negaraku dimainkan, 10,000 orang ni akan secara tiba-tiba berdiri tegak, tangan di sisi dan dongakkan sikit kepala dan menyanyi dengan semangat. Yang duduk pun akan terus bangun. Baguskan budaya macam ni? Memang tak dapat dinafikan lagi. Cuma, kalaulah masyarakat boleh buat benda yang sama setiap kali azan dilaungkan .... kalau tak nak atau tak reti jawab sekali pun, paling kurang tolonglah diam buat seminit dua, sampai azan tamat. Ini tak! Orang yang menegur tu dikatakan 'tok nek' pula! Inilah akibatnya kalau anak-anak tidak dididik untuk hormati azan, kurang penghayatan agama. Aku bukan baik pun, jauh sekali! Aku juga culas dalam beberapa perkara yang berkaitan agama. Aku juga melakukan dosa. Cuma, sedih sikit la bila budak2 seawal usia 9-10 tahun yang aku tegur semalam boleh menjawab balik bila aku tegur minta tolong rendahkan suara sikit masa azan 'Isyak. Sedih! Semoga zuriat-zuriat dan kaum kerabatku tak akan berperangai macam ni!

Enough pasal pengajaran, berbalik kepada cerita boria .. Ini ada beberapa snapshots sort of favourite yang kami snap semalam. Masing2 sangat comel and I can see that we were having so much fun there! =)

Cik puteh berlatarbelakangkan peserta Malaysian Book of Records

Tetamu kehormat

Persembahan pembukaan oleh FINAS

Bergambar dengan peserta boria .. unik kan baju depa?

Selesai berboria .. snap time! snap! snap!

Sangat comel kan baju boria? Hehe.. tak dapat bayang kalau kami pun kena paksa pakai baju lip-lap-lip-lap gitu! But of course akan jadi profile picture facebook buat sementara waktu kan? Pihak pengurusan ada mention akan support t-shirt dan makanan tapi hampeh! Makanan pun setakat roti bun yang kecil dan keras. Itu pun tak semua dapat. Tapi, apa-apa pun, alhamdulillah kami semua selamat sampai dan selamat pulang tanpa kecederaan teruk. Kecederaan kecil tu of course la berlaku. Hehe. Aku terjun longkang walaupun cik abang dan cik putih dah mention .. 'Yaya, langkah! Ada longkang depan tu!' .. =)

Whatever it is, we had so much fun .. I had fun! =)


I Suggest You Also Read



No comments:

Post a Comment