Saturday, February 5, 2011

BAB 6 – Tidur & Istirehat

As-salam.

Catatan di bawah merupakan kesimpulan dan fakta-fakta penting yang nak aku kongsikan dengan sesiapa sahaja yang sudi buka/terbuka blog yang tidak mendapat sambutan ramai. Bab lain akan aku update bila-bila sahaja line internet macam bagus.. :)

Jangka waktu tidur yang menyihatkan

Penelitian yang dilakukan di Jepun dan Amerika Syarikat selama enam tahun kepada responden berumur 30-120 tahun. Hasil kajian mendapati individu yang biasa tidur lapan jam dan kurang daripada empat jam sehari memiliki risiko kematian yang lebih cepat berbanding mereka yang tidur enam hingga tujuh jam sehari yang ternyata memiliki umur yang lebih panjang.

Kajian Persatuan Kanser Amerika menyatakan tidur Sembilan jam sehari lebih berisiko berbanding tidur empat jam sehari. Kurang tidur boleh mengganggu sistem imun, meningkatkan serangan jangkitan penyakit. Orang yang kurang tidur lazimnya memiliki umur yang lebih pendek kerana lebih berpeluang didera penyakit degeneratif akibat mutasi sel.

Tidur siang sejenak

Selepas tujuh jam bekerja, tubuh kita sudah berada pada aras konsentrasi dan aktiviti yang terendah. Apabila individu mengabaikan tidur pada ketika itu, banyak terjadi penurunan kemampuan pada sistem otot dan sarafnya sepanjang hari. Yayasan Tidur Kebangsaan (NSF) merekomenkan tidur di siang hari sejenak sekitar 15-20 minit. Ada konsep mengenai mikro sleep iaitu seni mengelola tidur dengan yang masa namun berkualiti maksima.

Posisi tidur yang sihat

Tidur ke arah kanan adalah posisi yang terbaik di mana pari-paru kiri yang lebih kecil daripada sebelah kanan memberi tekanan yang sangat kecil kepada paru-paru. Hati juga tidak membebani perut sehinggakan perut menjadi lebih mudah dan cepat dikosongkan. Dari segi intervensi perubatan, tidur mengiring ke kanan membantu pembuangan rembesan mukus pada bronkhiolus respiratorius kiri.

I Suggest You Also Read



No comments:

Post a Comment