Friday, September 23, 2011

Oh, my Somalian people

As-salam 


Soalah yang diajukan oleh seorang warga Somalia kepada mufti dari negara Arab.
"Sahkan puasa saya sekiranya saya tidak bersahur dan berbuka?"
Apa peranan kita sebagai saudara sesama Islam? Kita bersenang-lenang di sini, bermewah dengan makanan yang menggunung dan berzat sedangkan ada saudara kita yang kebuluran dan dihidrasi.

Apakah selama ini bantuan wang yang kita salurkan di tabung pusat-pusat beli belah tidak sampai ke tangan mereka? Di mana wang itu sekarang?

Kalau betul wang itu tidak digunakan untuk membantu warga Somalia, tetapi digunakan untuk tujuan-tujuan lain yang baik dan diberkati, maka aku HALAL kan penggunaan tersebut. TETAPI, jika sebaliknya berlaku, aku HARAM kan penggunaannya!

Manusia semakin jahil! Tegar melihat saudara sendiri kebuluran. Sahih, kita kembali hidup di zaman Jahilillah.

Ya Allah, lindungi aku, keluargaku dan sekalian Muslimin dan Muslimat dari sifat-sifat tamak dan tidak bersyukur atas kurniaan-Mu.

Thursday, September 22, 2011

Alahai sedihnya!

As-salam =)

Tak tahu siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini. Ibubapa kah, atau individu itu sendiri? Sedih rasa hati bila lihat kawan-kawan yang dulunya 'teman seperjuangan' masih di takuk lama, makin menjadi-jadi. Malahan, kini tanpa segan silu dan rasa bersalah bergambar dengan berbotol-botol air kencing setan yang Maha Mahal dan Maha Busuk di atas meja! Bangga pula tu!

Alahai, sahabat! Sedihnya! :(

Berdasarkan pengalaman aku dalam berkawan, selalunya mereka yang gemar bersosial adalah golongan sahabat yang akan bantu kita bila susah, berbanding dengan mereka-mereka yang berperwatakan baik, alim, sopan yang cenderung untuk meninggalkan kita masa kita perlukan seseorang untuk berpaut. Selalunya la! Jangan salah faham! Ini adalah berdasarkan pengalaman aku sepanjang 21 tahu hidup di muka bumi. Dan secara jujurnya, aku lebih senang berkawan dengan mereka yang bersederhana dalam semua perkara. Senang nak berurusan dengan orang-orang yang sebegini, berbanding dengan mereka yang berperwatakan baik.

Aku faham yang memang tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Cuma, entahlah! Aku jadi tak reti nak cakap macam mana. Benda-benda macam ni kena alami sendiri baru boleh faham apa yang aku maksudkan. 

Kawan-kawan aku yang kaki sosial inilah kawan-kawan yang tak jemu-jemu datang bantu aku, pautkan aku pada lengan mereka masa aku dilanda musibah dulu. Tapi, tak sangka sekarang mereka sendiri sedang dilanda musibah yang mereka sendiri tak sedar. Apa peranan aku sebagai seorang kawan?

Aku rasa sedih! Aku tak mampu untuk bangun, tampil dan nasihatkan mereka. Bilangan mereka terlalu ramai. Aku takut kalau-kalau aku terlantang suara nanti akan putuskan hubungan kami terus! Mungkin, apa yang perlu dan sesuai aku lakukan sekarang ialah DOAKAN MEREKA!

DOAKAN MEREKA!

Kuatkan aku, Ya Allah!


Kenapa dengan kau?

As-salam =)

Aku ada satu kemusykilan!

Kenapa dengan kau?
Menjaja cerita orang sana sini..
Mengaibkan orang!
Suka??
Apa yang kau dapat selain menunjukkan kelemahan dan keBODOHan diri sendiri?

Kenapa dengan kau?
Menjaja cerita orang tanpa pikir panjang!
Ada tak kau pikir yang cerita kau tu sebenarnya fitnah semata?
Gara-gara ringan mulut menjaja cerita orang
Cerita aib sendiri tak terbendung!
Malu lah sikit!

Kenapa dengan kau?
Sibuk ambil tahu hal orang lain
Lepas tu sebarkan!
Apa yang kau pikir ek?
Kutip kawan2 dengan cara bekalkan depa dengan cerita baru yang kononnya SO PANAZ!
Ceit!
Sangat murahan!
Malu lah sikit!

Kenapa dengan kau?
Tak ke kau sedar yang kau sebenarnya tengah mencorak kan hidup kau sendiri?
Apa yang kau buat, apa yang kau sebarkan 
sebenarnya lastly AKAN MAKAN DIRI SENDIRI!
Akan berbalik kepada kau!
Akan berlaku kepada kau jugak suatu hari nanti!
So bodoh!

Sorry la eh?
For quite a sometime, aku rasa totally annoyed dengan sikap bodo kau tu!
I lost respect over you towards the matter!
How could you not know how I am?

SO BODOH!