Showing posts with label marriage. Show all posts
Showing posts with label marriage. Show all posts

Sunday, May 27, 2012

Kenapa nak single?

As-salam =)

Today's topic on Manisnya Madu is very interesting. Well, actually it was not my intention to watch the program, but the mother insisted me to go online to have a look. She wanted to copy the Surah given by Ustazah Siti Nor Bahiyah about finding the soul mate. Later, I'll share the Surah, okay? 

There is a caller, aged 19. He called to ask the panel about 'Why parents does not want the kids to have an early marriage?'. The answer is very simple, 'Are you ready to get married?' and 'How ready are you'?. By ready, it really means, TRULY READY!

1. FINANCIALLY

Image Detail


2. EMOTIONALLY

Image Detail

3. EDUCATIONALLY  

Image Detail  


HOW READY ARE YOU?


Here is the Surah, shared by Ustazah Siti Nor Bahiyah on the TV just now.

  1. Surah Yusof, Ayat 4 - Amalan selepas solat 5 waktu
  2. Surah Al-Qausar, Ayat 24 - Untuk hajat dan permintaan
  3. Surah Yunus, Ayat 81 - Elak sihir yang menghalang jodoh

For more information, kindly login to www.tonton.com.my and search for TV9 to re-watch the talk on 'Kenapa nak single' at Manisnya Madu.



Saturday, January 21, 2012

(Tiada tajuk)

As-salam =)

Aku selalu takut akan ketibaan Hari Kiamat. Terbayang anak yang menangis sorang-sorang, sekalian manusia berkeliaran tak tahu arah tuju, bangunan runtuh, wanita yang mengandung beranak sambil berlari. Itulah imaginasi seorang kanak-kanak, iaitu aku sewaktu aku berumur 9 tahun. Aku teringat lagi tentang petanda seseorang itu akan mati yang kawan aku sampaikan (tak ingat nama, ok!). Dia cakap, "Ha ha.. mata putih awak dah ada warna biru sikit-sikit. Awak dah nak mati!". So, masa itu aku sangatlah percaya. Menangis aku kat situ jugak sebab takutnya pada mati. Sesiapa aje bila bicarakan tentang 'meninggalkan dunia' akan terus cuak. Jarang sekali orang nak suka atau seronok kerana masing-masing tahu 'bekalan' masih lagi tidak mencukupi. Ada juga ketika bila waktu 'insaf' tu datang, aku akan mengaji (masa tu masih Muqaddam) dan berbuat baik sepanjang hari.

Tapi, bila fikir-fikir balik, "Ustaz cakap nanti akan ada satu golongan yang kepalanya berbonggol seperti unta. Itu tanda Kiamat hampir tiba". So, aku kembali ke rutin harian. Tahun 1999 masih tak nampak kelibat wanita 'berbonggol unta'. Kira macam bersanggul tinggilah. Wanita berambut panjang, sengaja diikat tinggi rambutnya itu. Bagi yang berambut pendek pula, dipakainya 'sanggul palsu' supaya tudungnya nampak lebih terletak dan kemas. Kononnya! 

Carian Google: Sanggul palsu

Carian Google: Sanggul palsu juga!

Hadith nya adalah seperti berikut. 


Persamaan bonggol unta dan trend sekarang

So, sudah sedia maklumlah tentang kebanjiran bonggol-bonggol unta ni. Ini menandakan Kiamat sudah semakin hampir. Beralih ke tanda Kiamat seterusnya iaitu bunyi dari perut Bumi. Tak silap aku seperti ngauman yang dikatakan di dalam Al-Quran. Hari ini (21/1/2012), aku terbaca satu post mengenai 'suara aneh' di Kota Samarahan di blog ini. Aku pun Google search untuk maklumat lanjut. Ya Allah! Kita kini selangkah lagi menuju Kiamat. Aku takut! Aku pun masih tak cukup bekalan ke sana. Paling penting ialah, aku masih berstatus 'Bujang'. Jika ditakdirkan Allah S.W.T , aku tergolong dalam golongan hamba-Nya di penghujung nyawa Bumi, izinkan aku mati sebagai seorang isteri. Ini bukan soal gatal nak kahwin ke apa, cuma lebih besar syafaatnya sebagai seorang isteri. Cita-cita aku ialah untuk mati sebagai seorang isteri. 

Coretan ini ikhlas dari aku. Aku tulis dengan hati. 

Wallahu'alam. 

Sebarkan cerita ini supaya lebih ramai yang tahu tentang betapa hampirnya Kiamat dengan kita.  Aku tak sempurna. Jauh sekali alim. Aku masih berbatu-batu dari Al-Jannah Mu. 

Friday, January 20, 2012

Thanks NurulBadiah Lai ^ ^

As-salam =)

It was just another day for me. Sitting at home, doing home-chores as always and eat. I logged in into my blog and scroll down my dashboard and saw this one entry about 'How to be strong?'. She claims that one of her readers had told her one sad story about her life journey - about how tough it was that sometimes she thought of giving up. I scanning the entry and only look for important part (I always like that! ^ ^). But, then I realized something. 

"I am living one good life here and sometimes I don't realize that!"

A friend of mine, she told me about how lucky I am to get the chance to spend time with my mother, go shopping, family holidays, go around Malaysia, having a family reunion, etc. Yet, her mother do not even go to shopping mall since not feeling so well. I smell the enviousness somehow. Deep down, I am empathy for her situation, really. 

But,

She have something I don't.

"She have one strong relationship with the grandparents (both sides) that she could lay down on her grandma, race with her, gossiping... something that I don't usually do with mine".

Merciful Allah S.W.T. Allah know best about us. He had planned for a better one. What count is life upon death. Maybe my life is not best after all. Failure, sickness, poorness are some the signs of Allah, about how He remains us to always remember Him, to show His love. And as one of the ways for us to be forgiven on sins we made. 

So, what made me so special, then? We are all the same. Happy life, sad life, life full of struggle... are life worth living for. Because what counts is life beyond - AKHIRAT. 

Most important thing is, "TO LIVE FOR ALLAH S.W.T"

For now on, set our mind to live for Allah S.W.T. InsyaAllah. It is not easy to do so. But, pray hard for Allah. Nothing is impossible by the help of Allah S.W.T. 

I had some plans that had been on my mind for quite sometimes. It was my plan in three of four years times. May Allah have His Mercy on me.  

Thursday, July 28, 2011

I love the way he behaved.

As-salam =)

I JUST LOVE THE WAY HE BEHAVED!

They played together and she loved him.

They played together and she enjoyed it.

I was grateful to know and have him in my life.
He changed me.
He changed the way I think about how to live a life.
He made me thought of many much important things, rather than what I did in pass.
He made me smile most of time.
He stands by me no matter what.
I am so grateful and thankful ..
to Allah SWT to have the opportunity to be even better in person,
to pray upon You.
to live for You.
Ya Allah.
I pray for you.
If we are not meant to be, find him a better someone than I am
to love and care for him.
( ^_^ )

Saturday, April 2, 2011

Gangguan orang ketiga dalam hubungan

Berdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga, apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian

Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 mendapati antara punca utama perceraian hari ini ialah suami curang atau isteri enggan dimadukan membabitkan 12 peratus, selain sikap suami yang tidak bertanggungjawab dengan 11.5 peratus.
Hakikatnya, keruntuhan hidup pasangan suami isteri sehingga berlaku perceraian sering dikaitkan dengan kemunculan orang ketiga, sama ada campur tangan keluarga atau pasangan menjalin hubungan dengan individu lain.

Mengulas isu orang ketiga ini, pakar motivasi terkenal, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata, individu yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang juga haram hukumnya.
Ini termasuk mengirim khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) atau mengadakan pertemuan dengan seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga.

“Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri zina.
“Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Wan Akashah berkata, berdasarkan pengalaman, punca utama kepada permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga biasanya disebabkan lelaki yang menjerumuskan diri mereka dalam hubungan terlarang seperti itu.
Katanya, kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan berada jauh daripada isteri untuk bersama wanita lain.
“Suami yang berlaku curang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya.
“Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah batin,” katanya.
Katanya, isteri yang tidak mampu menangani masalah seumpama itu diharuskan untuk menuntut cerai daripada suami sama ada melalui cerai taklik, fasakh atau khuluk.
“Banyak kes membabitkan orang ketiga ini berlaku dan haram hukumnya jika orang ketiga ini merampas hak wanita lain dan memisahkan hubungan antara suami dan isteri serta ayah dan anak-anak.
“Sebenarnya, lagi terkenal seseorang individu itu, lagi besar ujian yang dihadapinya dan ianya perlu dilalui dengan penuh kesabaran.
“Untuk melepasi ujian yang mencabar hingga boleh menjejaskan nama baik, kita perlu menjaga hubungan dengan Allah dan kecuaian dalam hal penting itu menjadi punca berlaku perkara tidak diingini,” katanya.
Paling penting, katanya, pasangan yang berhadapan dengan masalah orang ketiga perlu bermuhasabah diri, mencari kesilapan dan memperbaikinya.
“Selepas itu, perlu menjauhkan diri daripada orang ketiga ini dan tidak boleh menjadikannya sebagai kawan sekalipun kerana jika niat baik, ia tetap menimbulkan fitnah. Kena tutup buku dan jangan buka ruang langsung kepada orang ketiga ini,” katanya.
Penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, pula berkata Islam sudah menetapkan peraturan berhubung pergaulan antara lelaki dan wanita.
“Kita perlu tahu tanggungjawab dan pandai mengawal diri kerana jika dalam hati ada perasaan terhadap orang lain, ia sangat berbahaya.
“Bagi pasangan yang diganggu orang ketiga, mereka perlu berbincang untuk mengatasi masalah itu bagi mengelak perceraian dan untuk orang ketiga pula, dinasihatkan supaya tidak membina rumah tangga atas kehancuran hati wanita lain.
“Jika orang ketiga itu sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan, dia perlu memahami hati isteri pertama yang rela berkorban untuk menerima kehadirannya kerana ia bukan satu keputusan yang mudah,” katanya.
Hakikatnya, impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mahu bahtera yang dilayari itu kekal sehingga ke akhir hayat, tetapi ada di antaranya yang rebah di pertengahan jalan. Cabaran kehidupan berumahtangga diumpamakan seperti membina rumah di tepian pantai, yang akan dipukul gelora tanpa mengira masa dan hanya mereka yang kental saja mampu mendepani cabaran itu.

Oleh Sariha Mohd Ali


Monday, October 25, 2010

10 ciri-ciri calon suami

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


Sumber: http://www.facebook.com/note.php?note_id=471657686040&id=1662714463