Monday, November 25, 2013

Vitamin C SR 500mg Shaklee.

As-salam =)

 

Rasanya Vitamin C memang tak asing lagi kan dalam kehidupan kita? Semuanya dah sedia maklum akan kebaikan vitamin c terhadap ketahanan tubuh badan dan kecantikan kulit. Bila cakap pasal cantik sahaja, memang sangat sinonim dengan perempuan tanpa mengira peringkat umur. Okay, secara sepintas lalu jom tengok kebaikan vitamin c secara umum terhadap tubuh badan kita.

  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.


Rata-rata, vitamin c ini terkandung di dalam buah-buahan dengan kadar yang tinggi, diikuti dengan sayur-sayuran dengan kadar yang sederhana dan rendah. Okay, jom lihat pula sumber di mana kita boleh dapatkan bekalan vitamin c ini. 


Tapi, dengan kesibukan tugas zaman sekarang ini, amat susah untuk 'eat right' kan? Ada ke masa kita nak kupas, duduk dan makan buah-buahan? Ya, masa memang ada, tapi rajinkah kita? Rasanya kebanyakan masa lapang kita akan habiskan dengan memakan makanan ringan dan makanan segera yang jauh lebih sedar, murah dan mudah sedia. Jadi, macam mana nak dapatkan vitamin c? Dan di Malaysia, mana pula nak dapatkan stok sumber vitamin seperti yang tersenarai di atas ini dengan harga yang berpatutan?

Sekarang ada banyak jenis supplemen vitamin c di pasaran yang membantu membekalkan vitamin c kepada tubuh secara berterusan sepanjang hari.  Vitamin C SR 500mg dari Shaklee membantu membekalkan vitamin c ke tubuh badan dengan pelepasan berkala.

Kenapa Vit. C SR Shaklee lebih hebat dari Vit. C jenama lain?


1.     Vitamin C Shaklee adalah berbentuk Sustained Release (SR) iaitu pelepasan berkala dan perlahan selama 12 jam ke dalam tubuh badan untuk membolehkan vitamin c ini sentiasa berada dalam tubuh sepanjang hari. Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air, mudah musnah serta tidak dapat disimpan lama dalam badan yang akan dikeluarkan melalui air kencing. Oleh itu, dengan adanya teknologi SR ini, maka tubuh akan mendapat khasiat yang lebih. 
2.     Vitamin C SR Shaklee ini adalah bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren bagi setiap tablet 500mg. setiap sejam, 100mg akan dilepaskan dalam badan bagi memenuhi keperluan vitamin c harian. 
3.     Vitamin C + 120mg Bioflavonoid (diekstrek dari kulit buah oren) mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin c dalam tubuh, melegakan dan mementang inflamasi, infeksi dan radikal bebas.

Selain daripada kebaikannya seperti yang disenaraikan di atas, percaya atau tidak, vitamin c dari Shaklee ini ternyata jauh lebih murah berbanding pelbagai jenama lain di pasaran! 1 botol mengandungi 180 biji vitamin c 500mg yang hanya perlu diambil sekali sehari sahaja. Ini disebabkan oleh teknologi SR yang membantu membekalkan vitamin c sepanjang hari. Mudah dan murah kan? Vitamin ini hanya berharga RM90.00/botol. Murah kan? 1 botol boleh tahan 6 bulan tau? Stok vitamin adalah amat terhad kerana permintaan yang tinggi. Jadi pastikan di rumah sentiasa ada botol tambahan ya.

Untuk pertanyaan lanjut, sila tinggalkan komen di ruangan di bawah. Thank you ^ ^





Friday, July 12, 2013

Bau bayi bau dari syurga.

As-salam

Dah seminggu aku bergelar makcik. Yoohoo! :) Anak sedara pertama sangat comel! Tapi, masih tak berkesempatan nak gomol-gomol lagi. Alhamdulillah, Zara Adellia Marissa sihat dan sempurna. Baru sahaja keluar dari hospital. Kata emaknya, dah mula melalak kuat dan pandai senyum. Oh, comel! Dapat aku bayangkan walaupun tak pernah tengok secara life. Hanya via facebook sahaja. 

Zara lahir dengan berat sebanyak 3.63kg secara pembedahan. Jujur, menitik air mata bila mula-mula tengok gambar Zara. Bukan sedih, tapi bersyukur sangat Allah S.W.T permudah proses bersalin kakak. Walaupun bukan secara normal, tapi sekurang-kurangnya anak ini lahir juga ke dunia. 

Tahukah anda bahawa bau bayi adalah bau dari syurga? Ya Allah, memang wangi dan menyenangkan, kan? Pernah sekali aku singgah Mall hanya untuk beli softener yang khas untuk baju-baju bayi... kononnya nak bertukar angin dari Downy ke jenama lain, supaya aku boleh bau macam bayi. Kah kah kah! Ngada betul! Tapi itulah misi aku pada hari tu. Macam-macam jenama aku buka penutupnya dan bau.... (Sumber Google)

Pureen

NappiKlean 

KiddieWash

.... tapi tak ada satu jenama pun yang boleh setanding atau hampir-hampir sama dengan bau bayi. MasyaAllah. Sangat wangi bau syurga. Walaupun hanya +-1% bau syurga yang melekat pada bayi yang baru lahir pun sudah cukup menyenangkan, apatah lagi baunya yang sebenar kan? Ya Allah, dengan amalan yang sedikit ni, bolehkah aku jejakkan kaki ke syurga? Amalan ibarat air laut yang ada pasang dan surutnya. 
Wallahu'alam. 

Aku rasa macam insan yang bergelar wanita ini sudah cukup sempurna jika dia telah berkahwin dan ada zuriat. Ada seorang sahabat yang berpendapat bahawa wanita ni tak sempurna kalau tak dikurniakan wajah dan bentuk tubuh yang menarik. Kalau tidak dilahirkan cantik pun, paling kurang wanita-wanita ni cuba berhias supaya cantik. Itu pun sudah hampir sempurna. Memang wanita tak boleh lari dengan dunia kecantikan, tapi aku menyangkal pendapat itu kerana kecantikan bukan segalanya. Apa guna wajah cantik kalau hanya mengundang dosa? Kalau orang lain yang tengok wajah kita tu gunakan ia sebagai sumber untuk beronani, nak buat apa kan? Ya Allah! Minta simpang. Geli sangat bila fikirkan. 

Ya, wanita ni memang jenis suka makan puji dan suka diagung-agungkan, terutama yang melibatkan kecantikan wajah dan tubuh badan. Tapi, apa guna semua itu jika mereka tidak berkahwin dan mempunyai zuriat? Ada yang berkahwin hanya untuk menghalalkan hubungan, tetapi tak mahu untuk mempunyai zuriat. Macam mana tu? AllahuAkhbar. Alangkah ruginya mereka-mereka yang tergolong dalam golongan ini. Kasihan dengan lelaki-lelaki yang mempunyai isteri seperti ini. Bayar duit akad nikah, contohnya RM1,000 dan hantaran mahal-mahal, paling kurang kena ada RM10,000 untuk tanggung majlis sebelah perempaun. Tak termasuk majlis belah lelaki lagi, tetapi tidak boleh ada zuriat. What?? Bukan kerana mandul atau apa, tetapi isteri enggan mengandung kerana takut hilang 'cutting'. Ayyo yo! 

Beberapa hari lepas ada seorang sahabat yang share satu gambar di facebook. Ada seorang perempuan bergelar ibu dalam keadaan yang tidak sempurna (cacat) pada wajah dan tubuhnya. Jika lihat secara luaran, perempuan tu hanya alami kecacatan secara fizikal sahaja. Tak pula disebut pasal kecacatan mental. Walaupun dalam keadaan macam tu, tapi masih lagi dikurniakan zuriat. Alhamdulillah :)


Sumber: Facebook

Mungkin ramai yang akan berkata-kata, "Emaknya sendiri pun nak hidup perlukan bantuan orang lain, macam mana nak jaga anak sendiri?" (olah guna ayat sendiri). Tapi, percayalah bahawa Allah S.W.T itu Maha Mengetahui. Maha Besar. Di setiap kelahiran itu, telah disematkan dengan rezeki-rezeki yang tidak kita ketahui. Percayalah pada ketentuan-Nya. Rezeki tidak didatangkan dalam bentuk RM, atau $ atau Rp, tetapi rezeki didatangkan dengan pelbagai cara. Contohnya, kesihatan yang baik, emosi yang stabil, kusyuk dalm beribadat, makanan yang baik dan halal, keharmonian rumah tangga, anak-anak yang soleh dan solehah, umur yang panjang dan banyak lagi. Terlalu luas definisi bagi rezeki dalam konteks Islam. Wallahu'alam. 

 Aku bukanlah ustazah, ahli usrah atau pun hafizah. Aku cuma tulis berdasarkan senario yang aku nampak kebelakangan ini. Aku faham yang zaman sekarang ini semuanya perlukan RM. Kiranya, no RM, no talk! Nak sara bayi memang makan perbelanjaan yang maha banyak! Itu baru bab bayi, belum masuk kos persekolahan lagi bila dah berumur 5 tahun kan? Nak aku senaraikan? Secara kasar boleh la ya, berdasarkan pengamatan aku. Anggaran kasar ini adalah bagi ibu yang melahirkan anak di hospital swasta.

KOS BERSALIN                         : RM11,000 (Pembedahan)
KOS PERUBATAN BAYI           : RM9,000
BARANG BERPANTANG IBU  : RM500.00 (3 bulan)
BARANG BAYI                           : RM250.00 (Seperti di bawah)

1. Susu RM50.00
2. Lampin RM50.00
3. Baju RM50.00
4. Barang mandi RM50.00
5. Barang makan RM50.00

TOTAL                                          : RM20, 750.00 (Anggaran kasar)


Itu pun belum didarabkan dengan kos maintainance untuk ibu dan bayi secara bulanan. Terkejut kan? Itulah hatikatnya yang sebenar. Sebab itulah 'syurga di bawah tapak kaki ibu'. AllahuAkhbar! Aku sendiri pun sudah dinasihatkan untuk mula simpan duit sebaik sahaja mendirikan rumah tangga nanti. Takut-takut kalau susah nak beranak nanti. 

Kalau hal duit ni, fikir 100 000 tahun pun memang tak akan pernah selesai. Lepas satu masalah selesai, masalah lain pula akan timbul. Dugaan! Allah S.W.T sedang menduga kita. Sebab itulah dianjurkan untuk kita menunaikan solat Dhuha bila masa kita lapang. Solat Dhuha adalah solat yang mana dikhususkan untuk kita meminta Allah S.W.T memperbanyak rezeki. Islam agama yang cukup indah, kan? :) Janganlah bersedih jika kita sedang diuji. Sebaliknya, senyumlah, bersyukurlah kerana Allah S.W.T masih sayangkan kita. 

Bergantung haraplah pada Allah S.W.T. Lakukan segalanya LillahiTaala :) InshaAllah, akan dipermudah segala urusan. Percayalah bahawa ada rezeki kita dan rezeki anak. Mungkin akan ada orang yang akan persoal penulisan aku sebab aku masih lagi bujang dan tidak mempunyai anak, menganggap bahawa aku hanya 'pandai cakap' sahaja. Terpulang pada pandangan masing-masing. Tapi, apa yang aku cuba sampaikan pada penulisan kali ini ialah, ikhlas LillahiTaala. 

Ini gambar so comel Zara Adellia Marissa :) Alhamdulillah, si kecil ni dah pandai senyum dan main mata.

Newborn - Few minutes' baby
3 days old.

7 days old

8 days old.

And, of course for a baby, everyday is a birthday. People pay more attention to a baby's development, than us, the matured one. Baby is special :) don't you think?


Wednesday, July 10, 2013

1000 kali kebaikan dalam satu!

As-salam 

Alhamdulillah, Allah S.W.T permudahkan urusanku menjadi 'ustazah'. Projek ke-2 sedang berlangsung iaitu mengendalikan aktiviti murid-murid Islam pada waktu rehat mereka dengan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadhan ini. Lancar sahaja lidah berbicara. Alhamdulillah, murid pun beri perhatian kepada bebelan aku. Hihi. Harap-harap tak adalah perkara yang tidak diingini. Bukan berharap kepada markah, tapi LillahiTaala. InshaAllah. 

Bulan-bulan puasa ni rugi kalau bercakap perkara yang sia-sia kan? Tiada bulan lain selain bulan Ramadhan yang kita diberikan ganjaran gandaan pahala sehingga 1 000X! Kenapa kalau produk kolagen kalau kandungannya sehingga 1 000 000mg berharga RM150.00 kita beli? Kenapa pahala percuma kita tak amalkan? Pelik! Tapi itulah manusia. Doa, itu senjata orang Mukmin. Berdoalah supaya kita sentiasa Istiqamah dalam beribadat. Allah S.W.T Maha Besar, Maha Melihat, Maha Mendengar. 

Aku sendiri merasa susah nak suaikan diri. Bila tengok satu-satu perkara, ada sahaja yang mahu aku cakapkan. "Baju dia tak matching!", "Pasaipa muka tak flawless?", "Kenapa depa bagi kita kerja banyak sangat?", sumpah macam-macam yang terlintas. Dosa? Ya, tetap berdosa. Mengumpat namanya. Cepat-cepat isytifar! Ya Allah, apa yang dah aku lakukan? Aku telah mensia-siakan hariku Ya Allah. 

Ramadhan bulan yang mulia. Bulan yang mana Allah S.W.T berikan kesempatan kepada kita untuk gandakan amalan-amalan dengan gandaan yang tinggi dan tidak terdapat dalam bulan-bulan yang lain. Masya Allah. Begitu sayang Allah pada kita, kan? Tulisan hari ini memang tak dirancang. Ikhlas dari hati. Entah kenapa tangan ni rajin sahaja menaip hari ini. Tulis blog boleh, kajian tindakan masih lagi di muka surat yang sama. Haiissh. 

Projek hari ini lebih bertemakan kepada bulan Ramadhan. Untuk tahap 1, aku tayangkan video mengenai 'Bismillah'. Aku tekankan kepada murid-murid tentang penggunaan kalimah 'Bismillah'. Alhamdulillah, mereka faham. Siap boleh bagi contoh-contoh lagi di mana nak guna atau terapkan kalimah suci ini. Betul perpatah orang tua, nak melentur buluh, biar daripada rebungnya. Bila kecil-kecil lagi lidah dah biasa dibasahi zikrullah, InshaAllah bila besar nanti tak menjadi masalah untuk dia mengamalkannya. Tahap dua pula lebih bersifat kompleks yang mana aku sajikan dengan tayangan slides mengenai Ramadhan dan puasa. Aku nak mereka faham kenapa mereka berpuasa, rukun dan syarat sah puasa dan lain-lain. Alhamdulillah, walaupun hanya sekadar 'flash back' sahaja, tetapi mereka tetap beri perhatian. Nasib ada sahabat yang banyak membantu dan memahami. Alhamdulillah, Allah permudah urusan kami. 

Bulan Ramadhan ni babah tak jadi balik. Ada lawatan di sana. InshaAllah paling awal pada bulan Syawal nanti. Kami hanya berkesempatan tatap wajah dari jauh sahaja. Babah pun cuma tengok wajah cucu sulung dari Facebook. Di usia 54 tahun, dia sepatutnya berehat dan belajar ilmu Agama, bukannya bekerja dan berjauhan dari keluarga. Baru tadi buka Fb, tengok gambar babah. Ya, babah dah kurus. Susut. Tiada lagi benjolan-benjolan. Alhamdulillah, babah sihat, tapi aku sedih. Betul-betul sedih. Tak faham dengan pandangan orang lain yang terlalu cintakan kerja. Aku faham babah pergi berkhidmat untuk Negara. Jujur, aku faham! Aku bukan budak kecil. Cuma, aku hairan dengan orang-orang yang 'berjiwa rakyat'. Melawat kawasan perang pada 1 Syawal? 1 Syawal? Depa ni tak ada keluarga ke apa? Ternyata agenda 2 in 1. Melawat sambil melancong. Typikal, kan? 

Allah Maha Mengetahui. Mungkin itu yang terbaik untuk kami. Aku redha. Sangat tak sabar menunggu detik bulan November! Awal bulan November, babah dijangka pulang ke Malaysia. InshaAllah :) 

Babah (kanan): ZAINAL ABIDIN B. HJ M. SAID
Kadang-kadang aku rasa bosan dengan hidup aku. Bukan bosan dengan perjalanan hidup, tapi bosan dengan segala kerja remeh-temeh duniawi yang kena diselesaikan. Tapi, bila teringat babah, rasa penat tu hilang. Rasa malu sebab aku hidup dalam keadaan yang lengkap selesa, tapi babah? Tidur pun tak lena sebab fikirkan anak-anak buah, keluarga. Aku solat dan tidur dalam keadaan selesa, tapi babah? Saudara-saudara di Palestine, Mesir? Nak solat pun susah. Apakah kita masih lagi tidak bersyukur?

Memang betul orang cakap, orang kidal ni berfikiran jauh, luas dan mendalam. Ya, aku kidal. Kadang-kadang aku sendiri rasa rimas sebab terlalu banyak terfikir. Tapi, alhamdulillah, sebab aku banyak berfikirlah aku berada di tempat aku sekarang, dengan izin Allah S.W.T. 

Salam Ramadhan :) 


Tuesday, June 11, 2013

Tengok Cik Ta ke?

As-salam =)





Sebut sahaja Cik Ta, memang terbayang Rozita Che Wan, betul tak? Asal pukul 9.00 malam sahaja mesti mengadap channel 104! Tak cukup dengan tu, walaupun dah tengok, esok pukul 1.00 petang mesti buka lagi channel 104 untuk siaran ulangan. Kenapa? Sebab nak tengok Cik Ta! 

Jujurnya, aku suka tengok Master Chef sebab banyak tips yang boleh belajar dari program tu. Contohnya, baru-baru ni Chef Adu bagitahu Cik Ta yang cendawan tak perlu dibasuh. Cukup sekadar lap-lap sahaja dengan kain basah. Haha. Oh, okay! Thanks, Chef Adu! Memang tak tahu benda tu. Mama pun like, "Oh, yeke?". 


Truely, ramai wanita tercangak depan TV pukul 9.00mlm dan 1.00ptg kerana Rozita Che Wan! Walaupun mulut banyak mengomel sana-sini tentang pakaian sendat Cik Ta dan bulu mata palsunya, tapi masih tak jemu mengikuti program ini. Kenapa? Jawapan aku ialah, deep down ramai yang nak jadi Rozita Che Wan. HAHA! Sebenarnya discovery ni bukanlah memeranjatkan sangat pun. Ramai yang tahu benda ni jauh di lubuk hati, cuma ego jek! Tak mahu mengaku! Ramai yang mengata-ngata sebab ramai yang sangkakan bahawa Cik Ta dipanggil untuk join program ni sebab untuk market semata. Mungkin juga! Siapa buat bisnes tak mau untung lipat ganda kan? Itu salah satu strateginya. Dan juga ramai menyangkakan bahawa Cik Ta ni tak tahu masak. Bukan tak pandai, tetapi tak tahu masak! Ada beza di situ okay?

Macam cabaran hari ini (12 Jun 2013), bagi penyingkiran aktiviti kumpulan, cabaran hari ini ialah memasak bubur lambuk. Sebelum tu, peserta kena meneka bahan-bahan dalm bubur lambuk. Aku pun secara tak langsung turut meneka. Beria-ria jerit depan TV hah! Banyak tekaan tak mengena, tapi tekaan Cik Ta semuanya tepat! Kagum kejap dengan Cik Ta! Aku tahu yang bubur lambuk memang guna banyak bahan dan rata-rata jenis main campak bahan aje, tapi tak sangka pula banyak gilos jenis rempah-ratus yang digunakan dalam bubur ni. Adohai! Nak masak pun letih!

Aku bukanlah PRO-CIK TA, tapi bila tengok drama di akhir sesi masak bubur lambuk tu, aku boleh rasakan bahawa tu bukanlah salah satu adegan drama yang dirancang, tapi lebih kepada luahan hati seorang wanita. Memang stress bila dicanang dan dituduh macam-macam. Tak pernah pula aku berada di tempat Cik Ta sebab aku bukanlah seorang yang cantik dan hot macam anu-polan tu, cuma common-sense. Kalau mula-mula nak cakap Cik Ta tak pandai masak, memang boleh sebab tak terserlah lagi kebolehan dia. Plus, Cik Ta banyak 'play safe' dalam permainan, kalau korang perasan, terutama dalam cabaran luar. Dia banyak ambil part potong-potong dan hidang sahaja. Aku percaya kata-kata dia yang dia sebenarnya tahu masak, cuma tak mahu masak. Orang cantik, kan? Typical sangat! But, bila tengok cara dia potong, memang kita tahu yang dia memang boleh buat kerja. Tak percaya sila pergi tengok siaran ulangan atau search online sahaja.

Part yang 'ramai nak jadi Cik Ta' tu, typical sebab perempuan ni memang kuat cemburu dan suka bersaing siapa  yang lebih cantik. Cik Ta memang cantik walaupun tanpa bulu mata palsu tebal, make-up pengantin dan korset Premium-Beautiful double layers. Bila dealing dengan orang cantik ni, kita akan cenderung untuk cari kesalahan pihak lawan untuk membuatkan kita rasa senang hati atau lebih dari anu-polan tu. Betul kan? Tepuk dada, tanya diri sendiri. Memang ada asas apa yang aku ngomelkan di sini.

Jujur, bila aku sendiri tak dapat teka bahan dalam bubur lambuk tu, pemikiran aku tentang Cik Ta dah sedikit berubah. She's not so bad after all! And yes, aku pun ada la jeles sikit dengan Cik Ta. Entah bila boleh dapat badan macam dia. Ada cutting gitar gitu. HAHA! Gilos di malam hari. Pengakuan tu oi. 

Apa yang aku cuba sampaikan ialah, berhentilah beri komen percuma anda! Bukan hanya terhadap Cik Ta, tetapi terhadap sesiapa sahaja. Tak perlu menjatuhkan orang untuk mengangkat diri sendiri, tapi cukuplah hanya menjadikan seseorang sebagai sumber inspirasi. Tak perlu mulut-mulut jahat dan asap-asap kemenyan! Benda tu semua tak bawa ke mana-mana pun. Hang tetap hodoh tara tu jugak, kan? Baik hang pi telan kolagen dan beli korset 2-3 set untuk jadi cantik! Paling kurang ada juga hasil positifnya.








Monday, May 27, 2013

Case closed.

As-salam 

For some reason, I prefer blog to express the hell out of me. I love writing, although I know people might not have interest of what's going on with my life. Just, WTH? As you know, the school holiday had just begun. I also having my semester break. I don't have any particular event, or anything. I kind of a family-person kind of girl. I stayed home like a lot. Due to that, people rarely notice me as someone that they could rely on. I don't blame them. I might have a slight of heart-ache, sometimes, but I really don't blame them. Really! Really? Hmmm... don't know for sure. 

I am going to tell the truth about what's going on now. You see, I rarely have best friend. And only have several friends that can be labelled as 'best friend' and 'close friend'. Whenever I go, I will try my best to visit her, and at least have dinner together. But, things had changed since her break-up. We rarely contact each other, not even on FB! I was a bit worried about her since her ex keep calling me asking about her. And of course, I would back her up, even she's way wrong! But the thing is, she don't give me much to tell. I called her on her birthday last year, which was on April. She was celebrating, I think and I couldn't get the best of our conversation. I left a long message on her FB, asking her to reply or call me back, or at least arrange a meet-up later, but NEVER! 

On August, I was having a blast on my birthday, celebrating it with hubby and housemate. I keep on checking my FB's wall looking for her post, but NOTHING IS THERE! I smiled a little when I received a text message from her, wishing me a happy birthday and a slight of personal message wrote as, "kau marah aku lagi ke mek?". My ego is as high as the mountain, but I sincerely reply, "yes. dah banyak bulan aku tunggu explaination kau. and dalam banyak2 wishes, kau punya la yang aku tunggu2!". Too direct, right? But best friend are suppose to be direct! We are like sisters (back then!). But, NOTHING IS HAPPENING! No phone call, no meeting up!

It goes about a year. And this year, I don't even wish her a birthday. I bare in mind that she would notice about me not wishing her, but hell no! The truth is, this is hurting me! 

Last Saturday (25th May 2013), she got engaged. I just found out about it not until yesterday on FB. That is not even  a private engagement ceremony. She got all her best friends coming over, and I don't even get an invitation! Not even a phone call. Ya Allah, aku tahu bahawa orang yang berkecil hati lebih berdosa dari orang yang mengecilkan hati orang, tapi sedihnya bukan kepalang. Aku sangat sedih. Entah! Rasa semua tak kena. :'( Dia dah berubah, that's for sure!

Mungkin aku pun bukan sahabat yang baik. Aku tahu dan aku sedar. Aku memang tak berapa reti berkawan, terutama dengan perempuan. Aku masih tak berapa boleh faham kenapa perempuan-perempuan boleh berkawan baik? Tak nampak bondnya di situ! Entah. 

Dan aku pun tak tahu macam mana nak coretkan lagi. Apa-apa pun, aku kena teruskan juga melangkah. But, now I really know where I stand! Maafkan aku Ya Allah sebab tak redha dengan ketentuan-Mu! Dugaan sekecil ni pun aku dah rasa goyah, apatah lagi dugaan-dugaan lain? Aku redha. Kuatkan aku. Semoga aku dah tak sebut tentang perkara ini lagi.

Case closed. Alhamdulillah. Terima kasih kerana telah meminjamkan dia dan keluarganya kepada aku. =)

Saturday, February 9, 2013

I could not save you guys.

As salam

It's sort of a routine to 'pack' all my fishes whenever I am gone for a long holiday, like more than three days. But, this time is a bit different that I don't bring along the over-size aquarium. Just a medium size plastic one, without the water regulator and the anti'chlorine. And, guess what? All the fishes are now gone, DEAD! I burst into tears. I couldn't even save one. The last survived fish, named 'Mamang', she had turned upside down yet still breathing. I hold on to her so that she would be in the normal size, like always. Last for few minutes, then nothing. The fins had stopped moving. They're all gone. 

It's kind of my habit to take pictures, but not this time. It's so sad to see them like that, especially the little fishes. :'( Now, I am officially fish-less. A little mistakes like mine made others lose a life. 

Monday, January 21, 2013

First of my final phase.

As-salam =)

Alhamdulillah, my day went perfectly smoothly fine. Except for the part where my friend and I also got hit today by a motorcyclist, while driving. You see, the kid's driving like a drunk guy that he suddenly turn right while I was speeding my car. He hit me, not hard, I can tell. So, I just drive my car just until I reached school. Then, I noticed some new scratches on side of the front bumper. Arrgghh! My car's already in bad shape. Lucky you drunk cyclist! 

Overall, my day went just fine. There's one thing that thrilled me like crazy! I have my own desk! Aaauuu! So happy about it that I already imagine what am I going to do with it. I was thought about having some bottles filled with candies, asam jeruk and instant 3 in 1 coffee, since I get tired too easily. Haha. Dream much! 

As for the day, I haven't got my schedule just yet. Maybe tomorrow. So, I just go filling up all the borang-borang, prepare another tajuk for my action research (A.R) since it's hard to conduct a gymnastics' lessons there. I don't know. From the conversation I had with one of the P.E's teachers, school don't have enough accommodation for gymnastics. No mattresses, no nothing. And I was like, are you kidding me? But if I insisted to go along with my gymnastics' lesson, I might have to figure out about how to overcome this. Maybe I'll have this consulted with the lecturers, especially about the gymnastics' part. Because, you know, safeties are the priority. 

Overall, from what I've seen, I have this very supportive environment. Nice and comfortable! The teachers are the best, Insha Allah! They're nice, friendly and helpful. The GB's also very soft spoken. The students are very well-behaved. Not rude. They still have respects for teachers, and that's important. 

I'll keep update about this, since this is the only way I found to distress me (without costing me any $$)! Since it's hard to find someone to really to talk to, this is the best medium just yet. Oh, and again, really excited about my desk! Maybe I'll have an update only to share about the personal desk. HAHA. Nerd much!

Until then, just keep on smiling =) And have faith. Insha Allah.

Saturday, January 19, 2013

First impression.

As-salam =)


It's not like 'the first impression' is everything, but first impression may help us in gaining others respect. Believe me, when I first someone, I'll first look at how he/she dresses. No need to spend a fortune on a piece of cloth. The key is to be neat, and finish it off with 'confident'. And confident can be gain by straighten up your posture, walk straight, have an eye contact with people and don't even forget to smile. Easy right? Oh, and make-up skills are not included, okay?

Teaching, is a profession with personalities. Teachers gain respect by how he/she's doing the works, how he/she taking care of oneself and by how he/she mix around. My tips are not based on action research, or something. Just using my own logical thinking, based on my life's experiences. 

I had repaired most of my mistakes from time to time. For example, I don't mix just enough with the teachers on my first phase of practicum. So, I cover it up by joining more on my second phase of practicum. That's how I learn. We get things right inch by inch. We won't succeed on the first try, okay? There're still something that need to be top-up. Do things slow, just don't loose the tempo, or might have to struggle more later. Honest. 

Don't be too excited about being the best among the rest. Do something with Lillahi Taala. Insha Allah. He will always be there for us. He knew us better than we knew our self. Like, pray to Him more frequently. Whenever we have a free time, don't forget to do solat Dhuha. No need to put on just 'too much make-up' just to impress people. People will not judge you on how well you blend your make-up. In the end, it's always performance that people want to see and to judge you with.


So, let's use this one last day like there's no tomorrow. Make sure everything in order and packed before you go to sleep tonight. Remember, first impression is what things are about! You'll be motivated later. Oh, and don't forget to call up parents for their blessing and prays. Also important, y'all! 

Insha Allah. This is our final phase, so let's do our best! Reach for the extended. 


















Minggu lapang terakhir - 19.01.2013

As-salam =)


Minggu ni cuma berhujung minggu di maktab sahaja. Tak ada ke mana-mana. Hasratnya nak uruskan segala persiapan untuk praktikum. Oh, kali ni tak ada 'hot hot chicken shits', memang betul-betul fokus ke urusan kemas bilik, balut fail dan buku RPH dan urusan-ursan peribadi yang lain. Adoi, tak mula lagi pun dah  boleh rasa bahang praktikum final. Tak apa, keep on smiling! Stay positive, most of times. 

Dari mula masuk semester, sampai ke hari ini, memang jarang dapat bergomol dengan bantal-bantal dan tilam empuk ditindih dua. Dari hari pertama hingga ke hari ini memang sangat sibuk, hinggakan tak ada masa untuk diri sendiri. Ada pun hujung minggu. Kesian! Nak dating pun dah tak berapa nak sempat. Sedih. Bukan setakat dating, nak jejak kaki ke library pun sampai terpaksa 'larikan diri kejap' dari kelas petang dan segala macam program yang last minutes. Ades! Sadis betul.

19.01.2013 -  Hubby dah pun berangkat ke Nibong Tebal. Dengan rasminya, bermulalah episod matang. Semuanya kena berharap dekat diri sendiri, joli elaun sendiri, makan sendiri. Adoi, betul ni episod yang sedih! Mana ada pasangan yang bercinta kat maktab ni yang berjauhan? Semuanya dapat dekat-dekat. Aku tak kisah bab dating, sebab episod dating memang kena beku kejap untuk semester ni sebab sibuk dengan A.R (Action Research). Apa yang aku risaukan ialah dengan siapa aku nak bersembang, mengadu dan bergosip nanti? ..... Fasa praktikum ialah fasa yang stress dan banyak kerja, serius! Tambah-tambah pula kalau dapat surrounding yang kurang supportive. Walau betapa positifnya kita, akan ada masanya kita akan rasa down and give-up, betul kan? Itu yang paling aku risaukan sekarang. Hmmm... nak bercerita dengan family? Mungkin mereka akan kurang faham sebab mereka tak sama-sama berada di tempat aku sebagai pelajar IPG. Nak cerita lebih-lebih pun, macam menambah beban family. Oh, tidak! Cerita pada kawan? Bukan semua akan setuju dengan kita. Ramai yang lebih gemar beri komen dari mendengar.

Tapi, tak apa. Asalkan kita ingat Allah S.W.T, Allah akan sentiasa ada untuk kita, tak kisah masa susah dan masa senang. Hubby ada pesan juga, bila dah masuk fasa praktikum nanti, banyakkan solat Dhuha. Kalau boleh, kurangkan tepek make-up, eye-liner, etc. Hubby cakap, kalau dulu tak sempat nak jejak kaki di surau, masa praktikum ni peluang kita. Insha-Allah. Pesanan hubby lagi, tak perlu kejar dan taksub dengan tittle GURU CEMERLANG! Jangan lakukan sesuatu hanya kerana hendakkan pujian, tapi laksanakannya dengan lillahitaala (kerana Allah S.W.T). 

Insha Allah =)











Thursday, January 17, 2013

#Coret.

As salam =)

Hari ni hampir dua bulan Babah bermastautin di negara orang. Rindu, sungguh! Kalau ada handphone canggih, boleh la jugak nak berviber, tapi malang sungguh handphone stok yang seminggu pun tak perlu charge. Lepas habis kelas, rehat-rehat, golek atas katil buat santapan minda dan jamuan mata. Terus log-in FB jugak. Belek-belek notifications yang sikit tu, 'Zainalabidin Said added 17 photos of you'. Sahih! Mesti gambar salji yang kami minta Babah upload tu. Tak dapat main salji, tengok salji pun jadilah. HAHA.

Orang Malaysia je giler main salji time sejuk2 ni.

Office cantik.

Put on a happy face.

HAHA. Gambar paling over!

HAHA. Tak sangka Babah pun sibuk nak tangkap gambar melompat jugak! Over-nya! Babah dah umur 55 tahun ni, yet still fit and look young! Alhamdulillah, masih sihat bebas penyakit. Sebab tu pihak atasan calonkan Babah untuk pergi berkhidmat ke Lubnan. Belive me, diorang bukan pergi sana untuk makan angin, main salji, shoping semua. Tapi atas dasar kerja. All about works. Pada hemat aku, askar-askar sangat pandai sembunyikan wajah sengsara, wajah pahit dan wajah payah. Tengok ajelah gambar-gambar atas ni, semuanya tersenyum riang. Tapi, sebenarnya bebanan kerja teramat-amat berat, kerja tak tentu masa. But, Babah never complaints! Respect him! 

Ada satu masa, aku dan kawan-kawan makan pagi di kantin, dan ada yang buka mulut tanya pasal Babah. "Yaya, bila babah pi Lubnan?", "Eh, dengar kata bapak kau pi oversea kan? Bila balik?", "Kalau pi bertugas kat oversea, gaji banyak!". Kadang-kadang orang lupa apa yang ada disebalik gaji dan elaun tu. Yes, aku mengaku yang memang kalau bertugas di kawasan perang and all that, ada peruntukan elaun. Memang ada. Tapi, berbaloi tak dengan beban kerja yang ada dan beban emosi berpisah dari keluarga? Macam mana aspek-aspek tu dinilai? Jawapan aku, not worth a RM! Bila dah pergi, susah nak balik. Kalau boleh balik pun, kejap sangat sebab kena gilir-gilir cuti. 

Tapi, alhamdulillah, setakat ni Babah dibenarkan balik masa bulan Ramadhan dan Syawal. Mungkin sempat berbuka puasa sama-sama lagi tahun ni dan sempat beraya juga. Walaupun kejap, tapi sekurang-kurangnya bolehlah terubat rindu kami pada Babah dan rindu Babah pada masakan mama dan Malaysia. Sibuk cakap bila balik Malaysia nanti nak makan banyak-banyak! Nak makan daging, kambing, sotong, udang, ayam! Makanan yang paling mengeliurkan Babah kat Lubnan ialah, KELI BERLADA! Asyik ulang tu aje bila buat videocall. Haiiissshh! Keli berlada memang hard to resist! Keli goreng bodoh pun asyik duk ngidam jek. HAHA. 

Tahun ni juga, kalau diizinkan Allah S.W.T, kami akan beraya dengan ahli keluarga yang baru. Insha Allah, masa Raya nanti, mungkin anak kakak dah boleh tengok dunia. Laki atau perempuan, belum ada khabar berita. Due bulan Julai. Aku sangat-sangat excited nak tunggu dua berita besar ni! Insha Allah. Doa supaya kami sekeluarga dipanjangkan umur untuk sama-sama rasa moment indah ni. 

Bila dah besar, umur dah masuk 20-an, memang sikit touching bila boleh kumpul dengan semua ahli keluarga, sebab dah jarang boleh berkumpul, jumpa dan makan sama-sama. Betul la tindakan Mama suruh kami semua makan sama-sama setiap kali waktu makan, sebab waktu tu ajelah semua akan berkumpul, tengok muka masing-masing. Bila makan, hati senang, perut kenyang, mood pun happy aje! ^ ^

Entah apa yang aku ngarutkan hari ni. Walaupun penat, tapi aku tetap happy dengan beberapa good news today! Alhamdulillah. HAHA. Perlu ke state di sini? ... masih tak perlu. 






Tuesday, January 15, 2013

Episod matang pula.

As-salam

Like a kid trying to be mature.

Sekali lagi bermula episod ditinggalkan dan harus berdiri atas kaki sendiri. Oh, sungguh-sungguh tak best bila semuanya kena buat sendiri. Rasa matang sangat pula. Praktikum Fasa III tinggal beberapa hari saja lagi. Persiapan dari segi external; baju-baju kurung pemangkin semangat and kasut hitam tinggi melangit dah lama aku siapkan. Hadiah sempena result 'alhamdulillah', kata Mama. Seronok bila tengok Mama dan Babah tersenyum dengan perkembangan aku. Alhamdulillah. Paling tidak, dapat gembirakan Babah jauh di negara orang. Sekurang-kurangnya berbaloi dengan pengorbanan yang Babah buat untuk kami sekeluarga. ILY.

Tapi, persiapan internal; mental? OMG. Terlupa. Haha. Aku amat memandang kepada first impression. Aku anggap first impression tu adalah the most important things, compared to anything else. How we talk, walk and dress, semua tu amat penting kepada orang sekeliling kita sebab dari situ mereka akan menilai tahap profesional kita, pada mulanya sahaja. Dan, secara tidak langsung, kita akan turut bersemangat untuk turut membuktikan bahawa penilaian orang lain terhadap kita tu adalah betul dan benar belaka. Tapi, itu aku. Orang lain aku tak tahu. Semangat aku datangnya dari baju, beg, kasut dan beg yang cantik-cantik, ikut personal taste . Haha. Boleh macam tu? Ngada.

Episod kali ini dah tak wujud makna 'hubby balik hujung minggu', sebab dia jauh di Nibong Tebal dan aku di Butterworth. Rasanya, akan kurang wujud juga episod, 'SMS - Sy kua mkn dgn bdk2 ni', sebab tahap kesibukan yang melampau-lampau bila masuk tahun akhir ni. Mungkin akan terus call sekali-sekala. Senang. Zaman SMS dah berakhir dah. Episod matang pula mula menerjah. Selain selangkah menuju alam kahwin, semuanya masih bosan.

Harap-harap di semester akhir sesi praktikum ni semuanya berjalan dengan lancar. 3 bulan di tempat orang, boleh stress kalau tak bijak atur jadual hidup, jadual kerja dan jadual sorak-sorai. Sorak-sorai mesti masuk juga dalam carta, oke? Wajib. Untuk nyahkan anasir-anasir stress.

Amat berharap untuk masih lagi boleh gelak tawa macam zaman foundation dulu, when there are no prejudices, at all - ^ ^ Walaupun makin lama nampak makin susah untuk perkara ni berlaku, masih perlu fikir positif untuk seru semangat praktikum. Penting sangat! Kalau tidak, boleh jadi mental break down.

Insha Allah.


Thursday, January 10, 2013

When people are cloning you.

As-salam =)


Have you ever been in this such situation? People copying most things you did. Well, I've been in both ways, I copied people and people copied me. Nature's law. What you did is what you'll get back. To be honest, I have this type of 'annoying' feeling at first when I first spotted some people. But, it just fade away after that. I was talking to myself, "WHY?". Doesn't A have better things to do? Why don't A just trim and add on something else, rather than using my plain way of doing thing? Doesn't A know the word 'MODIFIED'? Hmm. I felt like I have lost some parts of the identity. Guess I have to find another way or a new way to express in whatever I am doing. 

I once copied a person. I kind of adore B because of the way B handles things. But I soon had this wake up call that really wake me up, like pronto. Why would I copy B? I have more potential than B. I am Zainal Abidin's daughter! I've my father's potential inside of me. In fact, I have actually beaten B in most ways. Alhamdulillah ^ ^ This such situation only will be happening if we don't trust our own potential, that we need someone else to be like a shadow to oneself. For my situation, I don't simply copy whatever B is doing. In fact, I modified. I learnt from B's mistakes and soon get on with it. That's how it's done. 

A, A would take a sneak peek to my doing and do exactly the same as me. I noticed, trust me I did. Awhile ago. It annoys me a bit. Now, this copycat doing somehow spread to C. Hmm. I am loosing another part of myself. I have to struggle for more of myself. Must dig deeper. Haaiish.


Some people would say, "It's good when people willingly to be you". But the thing is, don't be exactly me. Don't do exactly what I am doing. Take me as an inspiration to you, and that's it. Just, don't be me. I don't think I am worthy enough to be copied or cloned. 

I've face kind of situation "when people cloning you", like the exact you. The subject happened to be my former high school's classmate. She would do exactly as I did. She copied the way I walk, talk, act and even my favorite food. She insisted to like it, even she's not. It's sushi. Not everybody would love sushi, right? OMG. Get your own life, please.

This copying or cloning thing, is so not good, at the age of 22. I am truly understand if this occur in the teen age, when teens are at lost of what are they going to be, that they need somebody to be inspired by. Truly, I am okay with it. It's just, now appropriate enough for young adults to still have this kind of behavior. Like, come on. Cloning else where, okay? I am not perfect. I have my own ups and downs. I get mad even to the most ridiculous things to get mad on. I stingy to what I think is mine, and I rarely share unless it's important. 


WHY I BOTHERED SO MUCH?

This is such a big ?? for me. I keep on asking myself. Why I bothered the matter so much? ... because I have to compete with my another self, like with plenty of other extra good criteria. And it's such a big job too. And also, I felt like this is sort of another version of 'sabotaging'. The person would copy you, copy your way of doing chores, and claiming it to be theirs, and you've to alter all the works all over again. All over again by finding new ideas and elaborate everything in a new form of understanding in last minutes. Before you getting any further, this is not about Hubby. Not even a bit. He's truly not this kind of person. We fight with each other in a good way, really. No sabotaging, never. 

Tired, even just to write the dilemma down. I am mentally tired of all this cloning-cat things. Hope for this to end soon and never happen again. 


Please. 




Monday, January 7, 2013

Bila berharap.

As-salam =)


Today got class. Lecturer ada mention pasal "susah bila dah berharap". Contoh situasi yang beliau bagi adalah lebih kepada situasi rumah tangga, atau situasi pasangan kekasih yang baru berangan nak bila mahligai. Kata beliau, kaum Hawa lebih banyak dan suka berimaginasi yang macam-macam, berbanding kaum Adam. Betul atau tidak? Aku pilih betul, sebab antara aku dan dia, memang akulah gerangannya yang suka fikirkan perkara yang indah-indah lepas kahwin nanti. Contohnya, nak berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa, makan duit gaji sorang-sorang, hubby tolong bayar duit kereta, dll. Kalau terbayang perkara-perkara ni, memang aku akan senyum selebarnya. Rasa disayangi sangat, kan? Tapi, memang amat bahaya kalau dalam stage percintaan sekarang aku dah mula bayang benda-benda ni 'cause I tend to feel the frustration kalau ia tak berlaku seperti yang dirancang dan dibayangkan.

Kan?

Ada juga situasi "susah bila berharap" ni yang, bila kita buat sesuatu kebaikan, kita berharap yang individu tersebut juga akan balas seperti mana kita pernah berbuat baik padanya. Aku mengaku, aku individu yang macam ni. Aku cepat rasa kecewa bila semuanya tidak seperti yang diharapkan. Hampa sangat! Boleh ganggu mood for the whole day. Contoh yang nyata, kita tolong teman seseorang ke mana-mana, tapi bila masa kita perlukan dia untuk temankan kita pula, he/she couldn't make it. Kalau alasannya kukuh kita bolehlah buat ubat hati, tapi kalau alasannya, "malaslah!', "eh, kau pergilah sendiri", "hmm.. tak mau pergi kot?", tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi, alhamdulillah, kawan-kawan kat sekeliling aku semuanya bukan jenis yang 'jual ikan' seperti yang dinyatakan. Bertuahnya badan, kan? Weee.

Contoh yang tak nyata pula, seperti kita berharap agar orang tak sakitkan hati kita, mengeji kekurangan kita dan memalukan kita di khalayak ramai, seperti mana yang kita selalu bertindak untuk tak sakitkan hati dia, tak mengeji kekurangan diri dia dan tak memalukan diri dia di khalayak ramai. Kita tak pernah mention anything pasal kekurangan dia. Tak terlintas. Tapi, bila semua tu berlaku, bila kita sendiri dah set tahap-tahap mana kita letak dia sebagai individu, bila dah berharap, rasa kecewa mula terbit. Susah nak padamkan. Tapi, cuma sekadar contoh. Alhamdulillah, tiada insan-insan yang sebegitu di sekeliling aku. Rasa hidup macam dalam syurga.. syurga.. syurga.. (impak gema). Haha. Haruslah fikir seperti hidup di syurga, kan? Baru hidup ceria-ceria selalu. Senyum sampai ke telinga sebab Allah S.W.T izinkan aku hidup di kalangan orang-orang yang baik hatinya, lurus perbuatannya. Hasad dengki? Jauh sekali. Nauzubillah. Ada ke yang nak berhasad dengki dengan aku? Aku ngak punya apa-apa yang boleh dibanggakan. LOL.

HAHA. Overstress ye? Tarik rambut nanti botak pulak.

Tulisan malam-malam macam ni penuh dengan emosi. Emosi redha dan pasrah. Tak ada apa yang boleh dibuat selain redha. Pahit mana sekali pun, alahai aku telan sahaja la. Campur budu cap Peladang sikit, tak adalah rasa pahitnya tu, kan? Senang macam tu. Tak perlu nak banyak cakap. Tak perlu nak heboh. Mengadu pada Allah S.W.T. Itu yang terbaik. Kalau orang lain nak riak atas kelebihan yang mereka ada, biarkan. Biarkan saja. Tengok dan telan saja. Mungkin kelebihan tu hanya sementara, siapa tahu? Aku sedang diuji, kau pun diuji juga. Jangan tak tahu. Ya Allah, tabahkan aku. Dah nak hampir sampai sempadan kesabaran dah ni. Jangan kerana tak sabar, habis segala aib aku perihalkan. Aku tak mau dicop sebagai mulut lantang, sibuk jaja gosip aib orang, aib sendiri tak terjaga. Minta simpanglah. 


Banyak yang boleh dihurai. Cuma malas. Baik peruntukan masa dengan sesuatu yang lebih manfaat. Banyak lagi yang perlu dikisahkan dari melayan asmaradana yang tak sudah-sudah. Paling kurang, buat sesuatu yang boleh buatkan aku tertawa dan gembira. 


Tidur dengan senang hati. Tidur dengan Robeerto sambil tengok Everybody Loves Raymond, repeat sampai pagi. Gembira. Semoga bila bangun esok pagi, dah boleh senyum puas-puas, senyum lebar, nampak ceria dan tak kusam-musam lagi. 

Weee ^ ^










Saturday, January 5, 2013

Minggu tanpa mengeluh.

As-salam =)

Hai. Hari ini hari Ahad, alhamdulillah semuanya OK saja. Permulaan hari yang baik, harapnya. Celik saja mata terus solat, basuh baju dan angkut barang selebihnya dari blok G. Penat! Tapi, terubat juga penat bila tengok gelagat kucing ngada-ngada bertenggek depan bilik. Semuanya sibuk jamu selera dengan makanan kucing timbang tu. Sedap agaknya? Atau pun depa sangat-sangat lapar. Hehe, so comel!

Sekarang ni masa untuk aku berehat. Lepas ni sambung kerja lagi. Buka saja blog, aku amat tertarik dengan satu entri ni, mengenai 'Allah Melarang Hambanya Mengeluh'.


MengeluhPerbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
 
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasib orang."
 
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang
yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)



Bila tengok saja sabda Rasulullah S.A.W di atas ni, aku rasa jahil sangat. Rasanya minggu lepas memang tak putus-putus aku mengeluh perihal bilik asrama, kan? Sampai mencarut. Sampai macam-macam kata-kata nista aku semburkan pada individu yang terlibat. Macam-macam aku doakan. Urut dada, isyhtifar. Ya Allah, apa sudah aku lakukan? Allah Maha Mengetahui. Mungkin sebab itu jodoh aku masih lagi tak sampai-sampai. Aku masih tidak layak pangku gelaran 'ISTERI'. Mungkin. Allah Hu Akbar. Betul rancangan Allah S.W.T. Aku masih budak lagi dalam menguruskan perihal hati. Lancar saja aku mengeluh bila semuanya tidak seperti yang aku rancang. Berkali-kali pula tu. 

Dan, bila kita tengok orang mengeluh, pada masa yang masa, kita pun akan turut mengeluh sama? Kan? Rasa makin berat masalah yang dipikul, makin berat untuk selesaikannya. Betul kan? Rasa bersalah pula dekat kawan-kawan. Mesti diorang pun rasa terbeban sama. Ya Allah, berdosanya aku.


Bila dah tahu yang mengeluh itu berdosa, harap-harap aku boleh dan mampu untuk kurangkan mengeluh. Kadang-kadang kita mengeluh, cuma kita sendiri tak sedar. Kan? Apa yang mampu, mungkin keluhan boleh diganti dengan senyuman atau pun cuma sekadar ketawa kecil. Hilangkan stress. Bila semuanya serba tak kena, itu maknanya kita memang perlu walk away dari situ dan relax, sebelum sambung semula. Betul kan? Everything just fall off when we stress out. So, the best is to relax and chill out, until it feels right again. 


Walau apa pun, aku bersyukur kerana berkat ketabahan kami semua, kami sudah pun ditukarkan ke blok dan bilik baru yang lebih releven dengan tahap kesibukan semester tahun akhir ni. Kami tak putus-putus merayu dan ikhtiar selesaikan masalah ni. Alhamdulillah. Bilik pun dah semakin tersusun. Cuma tinggal barang kecil-kecil saja yang masih belum diuruskan. Lepas ni boleh lah fokus study pula (konon kan?). Paling kurang pun, kurang sikit bebanan dan tekanan untuk belajar dengan uruskan bilik yang tak sudah-sudah. 

Kan? Umur dah makin meningkat. Sepatutnya sudah banyak perkara yang kita dah tahu dan amalkan. Tapi aku? Masih di takuk lama. In fact, masih tak matang-matang. Masih kuat complain itu ini, situ sini. Sedih dengan diri sendiri.





Berdoalah supaya kita terhindar dari tanda kekafiran. Kita cuma hamba Allah S.W.T yang biasa, yang tidak akan lari bari berbuat silap. Oleh itu, sentiasalah berdoa memohon Allah S.W.T mengampuni dosa-dosa kita. 

Hidup bukan sekadar di dunia sahaja, kan?











Monday, December 10, 2012

Istanbul Aku Datang KLISE.

As-salam


'ISTANBUL AKU DATANG' - 

Petang ni luangkan masa nonton IAD dengan family. Personal opinion tentang cerita ni, MEMANG BEST SANGAT! Klise sikit, tapi BEST! Boleh jangka, tapi BEST! Jalan cerita IAD pun simple and sweet! Nama pun komedi romantik, kan? Sesuai untuk tengok waktu-waktu santai.

Mengisahkan tentang Dian (lakonan Lisa Surihani) yang berhijrah ke Istanbul semata-mata untuk berjumpa dengan BF, Azad (lakonan Tomok) yang sedang menuntut di universiti di sana dalam jurusan Medic. Dian pasang angan-angan untuk menamatkan kisah percintaan mereka dengan mendirikan rumah tangga bersama si BF setelah BF tamat kursus pendek dekat sana di Universiti yang sama. Kiranya, tunggu BF melamar la ^ ^


Sibuk cari rumah sewa lepas BF cakap tak manis tinggal serumah.

Tomok dalam ni macam typical buaya darat. Menyampah pulak!


Tapi, semuanya berubah lepas Dian ditipu penduduk tempatan semasa mencari rumah sewa lain kat sana. Dian bertemu dengan Harris (lakonan Beto Kusyairi) yang merupakan housemate tanpa disedarinya. Konflik dan perbalahan antara Dian dan Harris telah mencetuskan kontroversi dan secara tidak sengaja turur mengheret BF ke kancah perbalahan itu.

Angan-angan Dian mendirikan rumah tangga semakin pudar apabila BF menuduh Dian curang kerana tinggal serumah dengan lelaki lain (Harris). Tetapi, dalam masa yang sama juga, BF juga ada GF lain. BF ambil kesempatan itu untuk menutup kesalahannya. Aduhai!

Walaubagaimanapun, kehadiran Harris telah mengubati luka di hati Dian. Dalam diam, Harris menyimpan perasan kasih dan sayang terhadap Dian. Sebelum Dian pulang ke Malaysia, Harris telah menghadiahkan Dian 1000 kenangan manis dengan membawanya melawati Kota Istanbul. BF mulai sedar akan kesalahannya dan merayu kepada Dian agar menerimanya kembali dan segera melamar Dian sebagai isterinya. 

Persoalannya, sudikah Dian terima BF semula?

Masih relevankah kata-kata ini di hati Dian?

"Apabila dua kehidupan bersatu,
bukan semudah itu untuk dileraikan"


Aduhai, comel betul!


Cerita ni sumpah comel. Aku siap senyum sorang-sorang bila tengok cerita ni, seriously! Tapi, a bit klise la. 
Aku cakap klise sebab:
  1. Very typical for BF to find a new GF while studying aboard. Penghilang sunyi katanya, macam yang Tomok cakap dalam IAD. WTF? Menyampah betul!
  2. GF found new BF on the spot. Kiranya macam terpaksa pilih antara dua masa tu juga. 

Untuk makcik-makcik, mungkin rasa jalan cerita ni macam 'nafas baru', tapi untuk remaja muda belia or young adults, terutama yang asyik putus cinta dan masih tak kahwin-kahwin, semua ni adalah klise semata. Yela, potensi untuk curang memang sangat tinggi bila berjauhan, kan? Aku sendiri pun pernah merasa putus cinta sebab kes macam ni. Dulu lar... zaman cinta monyet. Memang macam jalan cerita IAK, cuma tidaklah sampai Istanbul. HAHA. Kaya mana pulak korek poket nak pi Istanbul? Sebab tu aku kata KLISE! 

Tapi, tetap BEST! Lakonan Lisa Surihani dalam ni comel-comel aje ^ ^ Nasib Lisa comel dan genit, buat perangai XOXO nampak serasi aje dengan dia. Cuba kalau perempuan lain? Mahu di-seliparjepun-kan! HAHA. Aduhai. Kesihan betul. Judge via rupa semata.

Comel kan, LISA SURIHANI? ^ ^ 

IAD - mesti tengok, oke? Tak rugi. 














Saturday, December 8, 2012

Impian SG.

As-salam

Rasa sedih sangat bila fikir-fikir yang aku tak berapa mampu nak bela SUGAR GLIDER! Oh, memang so comel giles diorang ni! Geram pula bila tengok videos kat youtube. Rasa macam 'ibu' sangat bila SG manja-manja nak tidur dekat bahu, dalam beg sempit (bounding pouch). Haaiisshh, kalau ikutkan hati memang nak beli seekor. Kalau tak ada masa nak bela pun, aku akan cukup-cukup kan masa. Animals are so cute! Just hard to resist, though. Betul. Comel sangat! Kalau tak percaya, google lar, oke? 

GOOGLE jek.

Cuma nya, kalau berniat nak bela SG, memang kena poket tebal sikit. Duit-duit yang diperuntukkan untuk beli baju-baju comel kena limitkan. So, no more clothes and make-up, etc. Tak adalah no more sangat, cuma more like kena cut short. Hmmm...susah betul! Tapi depa sangat comel, ayyyooo! Tak boleh tahan tengok mata comel besau tu. Arrrgghh! Stop looking at me, you cutey!

So, sepanjang petang ni hanya dihabiskan dengan menatap wajah-wajah comel ni sahaja. Cari gambar kat google, tengok video di youtube. Gelagat comel depa ni memang boleh buat aku gelak dan senyum-senyum sorang diri. Giles pulak! Adooii! Memang ketagih bila deal dengan perkara yang kita suka ni. Aku dah macam tanam semangat nak bela jejugak sebelum grad tahun depan. In Sha Allah, boleh bahagi masa antara family, ikan Molly, kucing-kucing, SG dan shopping! HAHA. Praktikum? Kuliah? Kajian tindakan? Abaikan je la.... dulu. HAHA.

Kena kumpul RM500 dari sekarang la. Mana nak cari dana ntah? Mama CONFIRM tak mahu kasi muka dengan hobi baru ni sebab mama geli binatang kecik berbulu ni. So, kalau nak bela, memang tak boleh minta tolong orang langsung nak uruskan SG. Semuanya penggeli, kot? HAHA. Yang pasti, mama memang geli la.

Sementara tak ada duit ni, kasi fokus ke hobi IKAN dulu. Oh, baru dapat anak baru semalam. Anak si Nomie, Swordtail fish warna oren. Kecik molek sangat anak-anak dia, hampir 'BUNUH' semua masa nak cuci aquarium. Nasib ada yang berenang ligat! Kalau tidak, semua mati. 

Cerita ikan ni sambung di entri lain pula ^ ^ Baru boleh hurai panjang lebar. Oke, gambar penutup untuk entri kali ni memang sangat comel. Jom beli 1! 

cute sugar glider Sugar Glider Haiwan Lincah Dan Aktif





TQ for reading this ^ ^


Wednesday, December 5, 2012

Salam dari Lebanon.

As-salam

Setakat hari ni, semuanya dalam keadaan yang okay-okay aje di Lebanon. Walaupun berita siarkan banyak huru-hara di sana, alhamdulillah di tempat babah bermastautin masih lagi aman. Makin hari pun babah makin sibuk. Tapi, of course kita faham. Tadi, sedang sibuk jamu mata, mata aku tertancap dekat satu gambar ni. Macam kenal aje kan?

Symbol of Peace, Prosperity & Friendship to Commemorate The Official Visit Brigadier General Antonio Bettelli, SecWest Commander on 5 Dec 12
Brigadier General dari Itali datang untuk majlis rasmi. I don't know if I am suppose to post this out 'cause it may be confidential. But, since it goes out on the FB, so confidential no more, I guess? 

Macam ni la hidup anak askar. Bapak sibuk jaga keamanan negara. Ramai yang tak tahu. Ramai juga yang beranggapan "Askar zaman sekarang kerja apa sangat? Zaman sekarang mana ada perang?". Kalau public beranggapan macam tu, kiranya memang betul-betul sulit la pergerakan askar-askar di Malaysia ni. Underground betul. Hanya orang yang alami aje yang akan faham. 

Kami kat Malaysia memang sangat rindu kat babah. Aku sampai termimpi dua hari berturut-turut. Dalam mimpi pun aku boleh rasa sebak dan rindu sampai mengalir air mata. Semoga Allah S.W.T sentiasa lindungi babah dan yang lain-lain kat sana. Semoga dipermudah urusan juga.

Bangga jadi anak Zainal Abidin M. Said ^ ^ Siapa nak jadi anak angkat En. Zainal, sila isi borang ye? Hehe. Jadi menantu pun boleh (Lelaki sahaja). 3 tempat kosong.

Masih kosong: POLKA DOTS ITAM, BAJU PINK, BAJU MERAH shj ya?