As-salam =)
Rasanya Vitamin C memang tak asing lagi kan dalam kehidupan kita?
Semuanya dah sedia maklum akan kebaikan vitamin c terhadap ketahanan tubuh
badan dan kecantikan kulit. Bila cakap pasal cantik sahaja, memang sangat
sinonim dengan perempuan tanpa mengira peringkat umur. Okay, secara sepintas
lalu jom tengok kebaikan vitamin c secara umum terhadap tubuh badan kita.
- Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
- Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
- Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti
- Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
- Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
- Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi
- Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
- Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
- Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas
- Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
- Merawat jangkitan saluran kencing.
- Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
Rata-rata,
vitamin c ini terkandung di dalam buah-buahan dengan kadar yang tinggi, diikuti
dengan sayur-sayuran dengan kadar yang sederhana dan rendah. Okay, jom lihat
pula sumber di mana kita boleh dapatkan bekalan vitamin c ini.
Tapi, dengan kesibukan tugas zaman sekarang ini, amat susah untuk 'eat
right' kan? Ada ke masa kita nak kupas, duduk dan makan buah-buahan?
Ya, masa memang ada, tapi rajinkah kita? Rasanya kebanyakan masa lapang kita
akan habiskan dengan memakan makanan ringan dan makanan segera yang jauh lebih
sedar, murah dan mudah sedia. Jadi, macam mana nak dapatkan vitamin c? Dan
di Malaysia, mana pula nak dapatkan stok sumber vitamin seperti yang tersenarai
di atas ini dengan harga yang berpatutan?
Sekarang ada banyak jenis supplemen vitamin c di pasaran yang membantu
membekalkan vitamin c kepada tubuh secara berterusan sepanjang hari. Vitamin C SR 500mg dari Shaklee membantu
membekalkan vitamin c ke tubuh badan dengan pelepasan berkala.
Kenapa Vit. C SR Shaklee lebih hebat dari Vit. C jenama lain?
1.
Vitamin C Shaklee adalah berbentuk Sustained Release (SR) iaitu
pelepasan berkala dan perlahan selama 12 jam ke dalam tubuh badan untuk
membolehkan vitamin c ini sentiasa berada dalam tubuh sepanjang hari. Vitamin C
adalah sejenis vitamin larut air, mudah musnah serta tidak dapat disimpan lama
dalam badan yang akan dikeluarkan melalui air kencing. Oleh itu, dengan adanya
teknologi SR ini, maka tubuh akan mendapat khasiat yang lebih.
2.
Vitamin C SR Shaklee ini adalah bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren
bagi setiap tablet 500mg. setiap sejam, 100mg akan dilepaskan dalam badan bagi
memenuhi keperluan vitamin c harian.
3.
Vitamin C + 120mg Bioflavonoid (diekstrek dari kulit buah oren)
mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin c dalam tubuh, melegakan
dan mementang inflamasi, infeksi dan radikal bebas.
Selain daripada kebaikannya seperti yang disenaraikan di atas, percaya
atau tidak, vitamin c dari Shaklee ini ternyata jauh lebih murah berbanding
pelbagai jenama lain di pasaran! 1 botol mengandungi 180 biji vitamin c 500mg
yang hanya perlu diambil sekali sehari sahaja. Ini disebabkan oleh teknologi SR
yang membantu membekalkan vitamin c sepanjang hari. Mudah dan murah kan?
Vitamin ini hanya berharga RM90.00/botol. Murah kan? 1 botol boleh tahan 6
bulan tau? Stok vitamin adalah amat terhad kerana permintaan yang tinggi. Jadi
pastikan di rumah sentiasa ada botol tambahan ya.
Untuk pertanyaan lanjut, sila tinggalkan komen di ruangan di bawah. Thank you ^ ^